Resepi Udang Goreng Berlada

Saturday, October 25, 2014

Resepi Udang Goreng Berlada pulak ye. Menu lunch tadi kat kampung. Selain udang masak lemak cili api, masak goreng berlada @ bercili pun sedap juga. 


Bahan Bahan
Udang
Cili Api ikut kepedasan yang korang nak
Bawang kecil 3 biji
Bawang putih 2 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Garam
Asam keping 1 kpg

Cara Cara
1. Blend cili api, bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
2. Tumiskan bahan blend sehingga naik bau dan sedikit garing
3. Masukkan garam dan udang yang telah disiang dan dibasuh.
4. Masukkan asam keping
5. Masukkan air dan gaulkan. Biarkan sehingga udang masak
 Siap!

18 comments

  1. Uih..sedap ni ..kalau dapat ratah saja pun sedap ..hehe

    ReplyDelete
  2. timm campuq dgn santan, so jadilah masak lemak cili api..hehe..

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. besar plak udang tu..
    betul Fiza. selain dari masak lemak cili api, goreng pon sodap.. dapat plak podeh2.. slurrrppppp :D

    ReplyDelete
  4. Alahai Fiza buat Kak Lya terliur sudahhh .Dapneyrrr nak cikit nak cikit .......

    ReplyDelete
  5. Waaa besar2 sungguh udang Fiza tu ya ...Berselera la Fiza dan en suami makan ..Nanti Kak Lya nak g umah Fiza okeyyyy ..Tolong masakann boleh hehehehee

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap. Mudah. Boleh try guna yg ayam. IM tak makan udang. Hehe

    ReplyDelete
  7. TERLIURRR LA PAGI2 tengok udang lagi hehehe ...Nak masak apa tgh ni pon tak tau ..

    ReplyDelete
  8. udang pun dah naik harga sekarang nie... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya udang...Diana paling suka ni...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. Resepi pun simple.. Ni kena cuba nih.. Thanks Fiza sudi berkongsi resepi..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  11. tak nampak macam berlado sangat je........tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Nk2 klau udang besar.. Puas mkan..

    ReplyDelete
  13. simplee....jenuh laa nk kopek kulit utk zaryth,,,

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.