Bubur Nasi Ikan Bilis Ayam Madu

Thursday, October 30, 2014

Petang petang hujan ni sedap pekena Bubur Nasi Ikan Bilis Ayam Madu makan panas² lagi. Sesekali menu bubur nasi apa salahnya kan. Tapi pelbagaikan sikit rasa tu. Hari ni buat bubur nasi campur carrot yang di sagat halus. Cepat sikit nak masak tu.

Bubur Nasi Ikan Bilis Ayam Madu

Then goreng ikan bilis bagi rasa masin sikit dan rasa manis tambah ayam goreng madu. Cukuplah bubur rasa masin manis. Bukan masam manis ye. Alhamdulillah..kenyang ikut selera tekak sendiri. Makan bubur ni cepat kenyang dan juga cepat lapar. Kalau masak bubur memang masak lebih sebab mesti nak bertambah nanti.

Makan bubur kena ada sup jugak baru sedap. Bubur ni kalau dibiarkan lama dalam periuk air jadi kering. So kenalah stand by sup untuk makan dengan bubur. Masak bubur ni simple je tapi ambil masa yang lama jugak tu.

1. Resepi bubur Nasi dan Sup Ayam
2. Resepi Ayam Goreng Madu.

19 comments

  1. Dah lma lya x msk bubur..dah ingt2 lupa hhee

    ReplyDelete
  2. Kalo tambah kicap sikit mengangkat lagi ni

    ReplyDelete
  3. haaa sedapnya.. ayam madu tu pembuka selera..

    ReplyDelete
  4. Nyum2! Sedapnya bubur.. Sesekali tukar selera makan bubur pun ok jugak kan? Tapi tu lah.. Macam Fiza cakap, makan bubur ni cepat kenyang cepat jugak laparnya.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. tambah sikit cili kicap.... pasti terangkat !

    ReplyDelete
  6. Sedapnya bubur.. Sesekali mkn, bertambah2 dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. Arini Kak Lya demam bila tgk jer bubur Fiza ni rasa cam berselera jer nak makan huhuuhu..Tapi penat sgt nak masak huhuhu

    ReplyDelete
  8. Dah lama rasanya tak makan bubur nasi.. :(

    ReplyDelete
  9. adoiyai bukak entry makanan pepagi mmg menggoda sungguh. lama dah tak makan bubur nasi cemni.. eventho senang nk sediakan tp CT pemalas hahahaks

    ReplyDelete
  10. time demam, mesti Ros cari bubur. hihihi

    ReplyDelete
  11. MEMANG LAME MSAK BUBUR, TIME DEMAM JE MEMANG TELAN BUBUQQQ,, HAHAHA

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.