Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian

Thursday, October 30, 2014

Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian. Awas!!! 16 October 2014 lepas ada terima dari panggilan dari 'withheld number'. Selalunya number yang tak kenal, takde nama, private atau yang sewaktu dengannya memang susahlah Fiza nak angkat. Kalau untuk bussiness pun Fiza lebih prefer sms/whatsapp. Cuma tu lah kan kalau ada panggilan urgent ke emergency ke risau juga.

Ntah kenapa tetiba hari tu nak angkat panggilan dari 'withheld number' ni. Selalunya insurans yang akan call. Bab insurans ni dah malas nak layan dah sebab dorang ni kalau cakap kita busy sibuk juga dia nak bercakap. Kekadang tak faham bahasa dan tak hormat orang pun ada jugak. Asal dengar insurans je memang malas nak layan ni. Maaf lah ye bukan kurang ajar tapi rasanya alasan 'sibuk' tu takde lah kurang ajar dan itu lebih sopan kot.

Okay, lupakan pasal insurans tu kejap. Lepas Fiza angkat call dari withheld number tu, katanya dari Maybank Visa. Pelik pulak lak bank rajin sangat nak call. Dia tanya pasal debit card,valid bila? Tarikh luput bila? Lepas tu dia tanye debit card tu ada bersama ke tak untuk check? Err..dah macam pelik lagi tu.

Pihak bank selalunya akan inform benda penting tukar kad pun kat website,atm atau melalu surat. Takdelah rajin nak call sorang² pengguna kan. Disebabkan sekarang dah banyak penipuan ni kenalah ambil langkah berjaga² dalam apa² pun. Bila dia dah tanya macam tu Fiza cuma jawab 'kad takde kat saya sekarang'. Then dia kata dia akan call esoknya. Fiza just cakap okay je padahal esoknya dia call Fiza tak angkat. Dan Fiza tengok bukan setakat withheld number je yang call tapi adalah number yang kerap call lately. 0320806200, 0322609888, 0321763666 antara number ni ada sesiapa pernah angkat tak?

Salah satu number tu Fiza pernah angkat dulu dari insurans tapi kurang jelas penjelasannya terus Fiza tak layan tapi memang kerap call. Rasanya semua number tu dari agent yang sama lah kot. Agak annoying bila sangat kerap call. Tapi selepas google ada dua number yang tergolong dalam kes yang tidak jelas dan mungkin lebih tepat lagi dalam agent penipuan.

Kebetulan baru baru ni jugak ada kawan facebook share pasal penipuan panggilan dalam talian. Dan paling mengejutkan suara dan dialognya memang sama dengan panggilan yang Fiza dapat tu. Cumanya panggilan Fiza stop sampai dia tanya kad ada bersama ke tidak tu je. Nasib baik Fiza alert supaya tidak mendedahkan data peribadi kepada orang yang dikenali kecuali urusan rasmi. Lagi lagi berkenaan dengan kad atm. Jangan sesekali bagitau orang lebih lebih lagi 3 angka belakang kad tu. Itu lagi penting, kalau orang tahu boleh habis licin duit dalam bank tu.

Korang dengar sampai habis ye. Terbukti menipu je kerja dorang ni.



Lagi satu kalau agent insurans bila dorang merakamkan panggilan ni dan berjaya mendapatkan number yang diperlukan dorang akan membuktikan yang kita ni setuju melalui rakaman tanpa hitam putih. Dan setiap bulan duit secara automatik akan dipotong tanpa kita sedar. Ini pengalaman husband masa dia study dululah. Dia terus call bank dan bank cakap memang ada agent insurans yang buat perjanjian melalui rakaman dan nasib baik bank boleh stop kan. Kalau tak memang habis duit setiap bulan, dahlah masa study kan. Bukan ada duit sangat pun.

Siapa dalang dalam scam/penipuan dalam talian ni kan?? Dalam link yang Fiza share tu ramai dah terkena dan hampir tertipu kalau baca dari komen yang ada. Siap gunakan nama besar pulak tu, maybank, maxis, insurans..

Harap semua lebih berhati hati tidak mendedahkan data peribadi ye. Apa yang Fiza buat untuk semua number ni Fiza dah set siap siap send calls directly to voicemail. Setiap kali dorang call terus masuk voicemail takde lagi panggilan annoying. Selalunya kalau ada number tak dikenali Fiza akan google dulu. Kalau diketahui number tu dari mana Fiza akan angkat kalau tak memang taklah nak angkat, dan kalau kerap call Fiza angkat sekali. Kalau katanya dari company insurans Fiza save siap siap dan tengok dia call lagi ke tak..kalau asyik call dan dia tak faham jugak terus send calls directly to voicemail. Haa amik..senang kerja.

Pelik dengan manusia sekarang ni. Lebih berusaha kepada ke arah negative untuk mengaut keuntungan. Gigih betul dia call sorang² menjadi mangsa. Tapi itulah selalunya kena berhati hati dengan withheld number sebab susah nak detect kan. Moga kita semua tak menjadi mangsa penipuan.

Sorry terpanjang pulak bebel pulak.

24 comments

  1. betullah sis...macam-macam scam sekarang.malas nak layan panggilan nombor tak dikenali ni

    ReplyDelete
  2. Klau private2 no ni slalunya x angkt..yg insurans tu slalu je diorg kol mls nak lyn

    ReplyDelete
  3. betul...N duluuu selalo sgt dpt call..tgh keje, org sibuk nak call weekend pn sama..bile dh xangkt call, skrg dh xde dah..

    annoying giler diorg ni, dh la jahat...hahaha..gerammm!!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    singgah pagi
    sory x sempat nk komen anum bz hari ini

    ReplyDelete
  5. yg 6200 tu rasanya yui pnh agkt..insurans.. tu tak suka jwb kalau no tak dikenali.

    ReplyDelete
  6. Memang selalu jugak dapat panggilan dari nombor2 macam ni.. And selalunya dari pihak insurans la.. Sekarang mmg dah malas nak jawab panggilan dari nombor2 yang takde dalam contact list.. Sakit hati kadang2.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  7. OOoo..akak dah dengar dah ni..kalau nak tau akak pun pernah dapat panggilan gitu seminggu lepas..dia tanya pasal kad terus akak letak.lepas tu call lagi..sampai sekarang akak tak jawab.

    ReplyDelete
  8. penah juga kne mcm ni.. tp mls nk layan.. dlu pn penah keje insurans. dah tahu mcm mna dia tipu owg.. menyesal keje insurans tu.. serius.. senang2 je dia tipu owg.. xtw mna dia dpt no kita sume.. kdang2 tu ada da no 3 digit number tu.. takut..

    ReplyDelete
  9. Bebel panjang2 pun tak apa.. at least Fiza dah share something yang boleh kita semua alert dengan panggilan tipu ni..
    takut akak dgr phone communication tu.. siap BODOH kan orang lagi.. nasib baik lah budak tu bijak tipu bagi nombor kad.. lepas ni kena alert dgn mana2 no telefon.. huhu

    ReplyDelete
  10. nak kena kuat semangat... jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu scammer

    ReplyDelete
  11. Macam macam sekarang. Pernah call nk buat inilah itulah, tp IM malas nak layan. Kalau nak apa apa terus ke bank, senang nak tau info apa2.

    ReplyDelete
  12. Macam Kak Lya la kan Fiza ..kalau no tak naik nama Kak Lya tak angkat tapi kalua dua tiga kali call baru angkat kot2 kita tak save nombor dia ke apa ke..Sebab kita tak rasa selamat kalau semua nombor kita nak angkat ,..Sekarang ni macam2 kess pukau dalam phone pon ada ..

    ReplyDelete
  13. Kadang banyak buruk dari baik dengan angkat panggilan yang kita tak tahu hujung pangkal ni kan Fiza ..Adihai macam2 kess berlaku buat kita lbh berwaspada ..Hati2 tau..

    ReplyDelete
  14. Bahaya juga ni, terima kak Fiza mengingatkan.. =D

    ReplyDelete
  15. uuuish bahaya zaman skRang. orng buat Pe aje nak dapat duit

    ReplyDelete
  16. selalu dapat call dari syarikat insurans,. yes, dorang akan petik nama syarikat besar pun. malas nak layan, terus letak :)

    ReplyDelete
  17. bagus perkongsian nih.. huhuhu dah 2-3 hari nih no dari 0320806200, 0320809000 dan 0321763666 asyik call jer.. naik menyampah.. memang tak jawab lerr.. apapun check kat internet dulu nombor nih datang dari mana..

    ReplyDelete
  18. Salam fiza,memang btl kita kena beware kalau ada call mcm tu.Tapi apa kata u seldik dulu sblm u update kt block ni.Xsemua telemarketer menipu tau.I pnh dpt panggilan yg u maksudkan ni bila I check , mmg btl2 wujud.No yg u maksudkn tu no sistem computer.bila u call balik mmg xkan dapat.Kalau dia petik nama maxis, I mmg akn dgr dulu then I selidik.u blh call customer servis.Biasalah , antara golongan di kalangan kita ni, kalai dgr insurans mmg sakit telinga nk dgr.Nak2 plak dorg membebel panjang2 kan? Tp kalau benda betul, murah, apa salahnya.Apa2 pun kita mesti selidik dulu kalau bnda x btl jgn layan.Mcm I, I siap amik no id pekerja diorang lg no ic semua..:) bkn ape takut jugak kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.