Resepi Mee Goreng Kampung Ala Western

Thursday, October 02, 2014

Kemain lagi nama menu Mee Goreng Kampung Ala Western gitu. Inspirasi idea dari kakak Fiza. Biasanya Nasi Goreng Kampung kan, kali ni di applikasikan untuk mee kuning pulak. Cara dan bahan sama bezanya cuma mee kuning dan nasi je la dan tambah black pepper sikit untuk jadikan dia ala western kononnya.

Gabungan tradisional dan moden yang menjadi. Walau nampak pucat je tanpa warna tapi sedap. Lagi sedap kalau korang masak pedas!

Resepi Mee Goreng Kampung Ala Western

Ada yang nak mencuba. Meh tengok Resepi Mee Goreng Kampung Ala Western simple ni.

Bahan bahan
Mee kuning * Make sure rendam dengan air panas dan bilas untuk hilangkan rasa kapur.
1/2 biji bawang merah besar ( Nak guna bawang merah kecil pun boleh dalam 3ulas)
2 ulas bawang putih
Cili api ( ikut kepedasan sendiri la nak sukat banyak mana)
Sayur sawi ( sayur lain pun boleh ikut citarasa la ye)
1 biji telur
garam
Minyak masak
Black Pepper

Cara cara
1. Blend bawang merah, bawang putih dan cili
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan bahan blender tadi sehingga naik bau dan garing
4. Masukkan garam sikit
5. Masukkan sawi biarkan masak seketika dan masukkan telur dan kacau.
6. Last sekali masukkan mee kuning kemudian black pepper. Kacau rata dan siap!

Mudah je kan. Selamat mencuba :)

23 comments

  1. Salam fiza..wahh nampak sodapppp....blh cuba ni..thanks fiza..

    ReplyDelete
  2. Insya Allah boleh try...
    sekali sekala memang cari resipi online...dah blur nak masak apa tiap2 hari...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tengok pada gambar mmg nampak mcm pucat je.. tapi bila tengok ingredients terus terasa mcm sedap je bila dah campur semua bahan2 tu.. nak nampak seri, boleh taburkan cili padi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. wah..boleh tahan menu ni..boleh jugak try..mana tau kena dgan tekak nti..hehe

    ReplyDelete
  5. senang sangat nak buatnya, bahan pun senang dan ringkas

    ReplyDelete
  6. mudah macam ni... hari-hari boleh goreng mee

    ReplyDelete
  7. makan dengan cili jeruk tu kan?/sedap la pulak..akak suka makanan pucat2 ni..heheh

    ReplyDelete
  8. Jom makan ...mee goreng kampung pun ada plak dah..hehe

    ReplyDelete
  9. macam senang je nk buat..ok..nnt blh try..

    ReplyDelete
  10. menarik jugak, kalau sesekali buat macam ni..

    ReplyDelete
  11. Ala2 aglio olio ni kan...selalu org kg buat mcm ni...x yah letak kicap...pun sodap...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.