Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah dan Sedap

Thursday, October 23, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah dan Sedap dah menjadi fenomena resepi makanan yang boleh buat korang kecur air liur. Tengok gambar je dah buat korang mengidam masa tu jugak. Betul tak? Sana sini orang dok post gambar " Jeruk Mangga Asam Boi" ni. Dah² lap air liur tu :p

Oleh sebab dah menjadi viral phenomena so ingin menjalankan misi mencari buah mangga petang ni kat pasar malam. Mesti ada mangga kampung yang rangup tu kan. Lagi sedap rasanya. Share dulu Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah ni nanti senang nak membuatnya. 

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
Credit Image :google dan tuan punya gambar 

Bahan Bahan
Mangga
Asam boi
Gula 
Garam
Cili api

Cara Cara
1. Kupas dan potong buah mangga, cuci dan tos hingga air agak kering.
2. Gaulkan buah mangga dengan semua bahan.
3. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Kemudian boleh menjamu selera.

Mesti korang dah buat dulu kan? Selain mangga, ada juga buat menggunakan apple hijau dan buah buahan lain yang sesuai untuk di applikasi kan dengan resepi ni. Terbaik!

Resepi Jeruk Mangga mudah

Tapi kalau yang ini tak kecur air liur lansung..hihihi
gambar dari whatsapp group family

23 comments

  1. sedapnya... kecur ayaq liur tgk entri nie.. blm ada kesempatan nak buat -,-

    ReplyDelete
  2. Senang jgk nak buat..antara rajin ngn malas je..huhu

    ReplyDelete
  3. serius menyampah tengok FB...banyak betul gambo ni. huu..kita nak buat jugak tp takde mangga..mangga solex ada la..hahaha

    ReplyDelete
  4. Gambar no 2 tu buat akak gelak besar...hahaha....

    ReplyDelete
  5. kenapa ada solex sekali??? petua ke apa tu? hehehe

    ReplyDelete
  6. makan asam ni memang sesuai sangat orang yang sedang mengidam...

    ReplyDelete
  7. awas.... asam sangat tidak sesuai buat orang yang sedang belajar ... nanti jadi pelupa pulak, penat belajar :P

    ReplyDelete
  8. hadoii... mangga tu buatkan mangga jadi karat boleh la... hehe

    ReplyDelete
  9. huwwaaaa..nape ramai sgt yg pos jeruk ni skang..mmg nk try buat..

    ReplyDelete
  10. Klau resepi no 2 tu bisa rongga Gigi hhere

    ReplyDelete
  11. nasib baik akak bukan pencinta jeruk & asam.. so tak payah lap air liur hehehe
    gambar last tu lawak sangat.. mangga tu kalau makan mau patah gigi.. hahaha

    ReplyDelete
  12. dah jadi trend kat ofis pulak... ada pula grup mak-mak ni... apa lagi :P

    ReplyDelete
  13. Wlpun dpn umh ni ada buah mngga, ntah knpa la hti ni x meronta2 nk buat.. Blum terpnggil nk rasa kut.. Hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.