Resepi Keropok Lekor Mudah

Tuesday, October 28, 2014

Peminat keropok lekor? Boleh cuba Resepi Keropok Lekor mudah ni. Senang je boleh dibuat di rumah sendiri. Kalau nak mencuba tu bolehlah. Kot rasa lebih sedap dan mengikut citarasa ke. Bahan bahan pun tak banyak sangat. Ada masa teringin juga nak mencuba sebab keropok lekor salah satu favourite food :)

Resepi Keropok Lekor


Bahan Bahan
1kg ikan kembung atau apa jenis ikan
300 gm tpg ubi (1 1/2 cwn)
150ml air sejuk dr peti (3/4 cawan)
2 sudu kecil garam


Resepi Keropok Lekor

Cara Cara
1. Asingkan isi ikan dr tulangnya..potong kecil²
2. Masukkan dlm food prosessor, kisar hingga hancur dan masukkan garam. Kemudian masukkan air, kisar lagi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit

Resepi Keropok Lekor

3. Jika food prosessor tak berupaya nak kisar dengan banyak atau takut rosak buat separuh² dahulu
4. Dan satu lagi cara, kisar dulu isi ikan dan air dan garam kemudian keluarkan dari food prosessor dan masukkan dalamm bekas besar baru masukkan tepung dan kacau hingga sebati
5. Tabur tepung ubi atas alas pencanai. Dengan menggunakan sudu besar ambil lebih kurang 2 sudu besar adunan letak atas alas pencanai dan tabur sedikit tepung ubi atas adunan ikan tadi. Uli adunan ikan tadi memanjang sehingga habis adunan.

cara buat keropok lekorcara buat keropok lekor

6. Sebelum tu panaskan air hingga mendidih dan masukkan keropok tadi jangan masukkan semua masukkan beberapa batang dulu. Kacau supaya keropok tak melekat didasar periuk
7. Rebus hingga keropok itu terapung seketika dan angkat serta toskan
8. Kalau nak goreng terus pun boleh tapi lagi sedap rebus dulu baru goreng :)

Selamat Mencuba.

Credit Resepi dan gambar : Tahrunnisah Jali

22 comments

  1. ni dah boleh lawan kpok lekor tganu ni
    btw thanks sharing the recipes :)

    ReplyDelete
  2. paling tak best kena asingkan isi ikan tu..tangan bau hapak punya susah nak hilang.serik dah nak buat.akak beli je sekarang..haahaha

    ReplyDelete
  3. beli isi ikan jer senang... tp susah nak dapat

    ReplyDelete
  4. Wah wah wahhh Fizabuat keropok la pulak hehehe

    ReplyDelete
  5. Bestnyerr dapat buat sendiri tak perlu la nak beli lagi kan kan kan

    ReplyDelete
  6. Nampak macam senang je...pas ni x yah pi Ganu dah kan...buat sendiri jer...

    ReplyDelete
  7. kalau buat sendiri boleh guna ikang banyak2.. baru sedappppp
    mmg mudah je cara nak buat tapi agak rumit hehehe

    ReplyDelete
  8. nampak macam sedap... tapi lebih suka beli jer... :P

    ReplyDelete
  9. wah nampak mudah.. tapi tak terbuat pun Ros ni.

    ReplyDelete
  10. my fav...klu duk kg hari2 mkn ni pon xpeee

    ReplyDelete
  11. Kak Lya org ganu pon tak penah buat la Fiza ..hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.