Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun. Nak cepat-cepat habiskan makan je. Dengan penuhnya orang, dengan beratur lagi. Makan pun macam kurang selesa sikit tapi mujurlah nasi kerabu sedap.
Selaku peminat nasi kerabu, saya mengesahkan nasi kerabu di sini memang sedap. Kita tolak tepi bab ramai orang tu. Biasanya kedai yang ramai tu yang sedap. Kann...Harga makanan pun murah di sini. Kena cuba sekali bila dah sampai Kuala Terengganu.
Dah mengisi perut, barulah senang hati nak berjalan jauh. Untuk perjalanan pulang, kami merancang ikut jalan dalam melalui persisiran tepi pantai (Kuala Terengganu-Marang-Kuala Dungun-Paka-Kerteh) je. Tak ikut highway. Kami singgah di Chendering beli keropok lekor dan keropok ikan buat bekalan.
Sebaiknya beli keropok lekor tu masa balik. Taklah rosak nanti bila sampai rumah, terus simpan dalam kulas. Selepas tu kami tak singgah dimana-mana sampailah Kijal baru berpisah haluan sebab biras jumpa kawan dia.
Kami pula mencari port ngopi menarik di tepi pantai. Jumpalah Kopi Penunjuk di yang terletak di tepi Pantai Penunjuk Kijal. Pertama kali sampai di Kijal dan pantai di sini.
Pantai Penunjuk Kijal ni pun pertama kali sayang dengar. Aduhaiii...lemah geography betul! Boleh dikatakan pantai ni macam kurang popular dan hidden gem pada saya.
Tempatnya tak sesak. Tenang ribut jiwa je. Ada beberapa gerai di tepian pantai. Mungkin masa kami sampai terlalu awal lebih kurang jam 3 petang macam tu. Masih panas dan orang pun belum keluar untuk lepak-lepak waktu petang.
Sampai di gerai Kopi Penunjuk, buat pesanan dan pembayaran di kaunter. Harga kopi cukup murah di sini.
Tak kelihatan mesin kopi. Maksudnya kopi bancuh macam kopi klasik tu lah kan. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan salted caramel. Disini tak ada minuman panas tak silap saya. Jadi dua-dua minuman ais.
Sementara menunggu, jomlah kita layan permandangan laut yang cukup indah ni. Syok betul ye lepak tepi pantai sambil mengopi. Layan angin sepoi-sepoi bahasa. Nampak panas tapi berangin gitu. Taklah rasa panas.
Sedang duduk menunggu, abang kopi tu cakap hazelnut latte habis. Jadi saya pilih vanilla lah. Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Itu yang ada contengan pada cup tu. Cacat sikit rupa cawan dah diconteng tu dalam gambar. Saya ni cerewet tau bang bab gambar. Kena aesthetic. Hihi..gurau je.
Duduk sini rasa macam tak nak berganjak. Setiap sudut rasa nak bergambar sebab cantik sangat permandangan di sini. Tempat boleh repeat kalau ke Terengganu ikut jalan dalam.
Disebelah kiri pula ada banyak pondok papan untuk seisi keluarga berkelah tepi pantai. Macam seronok je tengok dorang lepak. Ini kalau duduk dari pagi sampai petang pun seronok. Tak jemu mata memandang laut hijau biru perairan laut China Selatan yang cantik.
Alhamdulillah selepas 5 jam perjalanan dari Kijal kami selamat sampai rumah. Singgah di R&R mana entah berhenti solat. Boleh tahan jauh perjalanan ikut jalan dalam. Tapi kalau nak explore, why not mencuba sesekali.