Resepi Jeruk Mangga Mudah

Resepi Jeruk Mangga Mudah | Musim buah mangga sekarang kan. Sana sini dok tengok blogger upload gambar macam² jenis mangga. Kebetulan sabtu lepas balik kampung, dapatlah bawak bekalan mangga sikit dari kampung. Ni namanya mangga epal. Isinya rangup tapi agak masam sikit ni. Kena peram tunggu masak.

Sementara nak tunggu masak tu Fiza amek sebiji buat jeruk. Jeruk versi cepat ekspress mudah dan fresh tanpa pengawet tambahan. Tak perlu peram berhari² punya. buat dalam setengah jam je dah boleh makan. Fresh macam rasa buah segar pun ada.


Bahan- Bahan
1 biji Buah Mangga
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
Air

Cara- cara
1. Kupas kulit buah mangga dan basuh
2. Potong buah mangga (ikut korang nak potong camna pun) dan gaulkan dengan garam

 3. Masukkan air panas dan biar seketika 1-2minit.

4. Kemudian basuh dan toskan.

5. Masukkan mangga ke dalam bekas bertutup
6. Kemudian masukkan gula dan simpan dalam peti ais dalam 15-20 minit.

7. Dah boleh dimakan.

Terliur bila tengok jeruk masam² ni kan. Kalau masam sangat korang letaklah gula lebih ye. Fiza suka rasa yang tak masam dan tak manis sangat. Cara ni tak perlu perap lama..tekstur mangga pun masih rangup. Kejap je abis satu bekas Fiza makan sorang sebab husband tak suka masam² ni.

Buat sebiji mangga je pun sebab makan sorang kan. Kalau nak makan, bebila masa je boleh buat. Nak buat pun kejap dan mudah je. So korang boleh cuba cara ni ye.

Mangga ni kalau potong cicah dengan sambal kicap pun best jugak ni kan..
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. mmg terliur nengok mangga muda buat jeruk macam ni..cumanya CM tak suka makan benda masam-masam..sikit2 blehlah...:)

    ReplyDelete
  2. Waahhhhhh kecur liur dh ni..haha
    singgah sini sambil klik iklan ^^

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum, kebetulan ada 2 bijik mangga dari mertua saya, boleh lah saya gunakan seperti yang tertera,,

    salam perkenalan dari saya, sam sufiya

    ReplyDelete
  4. wahhh..xpenah tahu pn blh buat jeruk sndri ekspress lg hehee..mst cuba ni fiza!

    ReplyDelete
  5. Terliur pulak tengok jeruk mangga ni.......:)

    ReplyDelete
  6. perghhh..terliuk habis.meleleh air liur tgk..sodap nih.. skang msm buah mangga.. leh petik n try buat nnti.. :)

    http://www.norainyusoff.com/2014/05/resepi-kek-batik-yang-simple-lagi-sedap.html

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa..

    husna selalu basuh potong, letak gula dan garam pastu masuk dlm freezer.. dlm sejam lebih dah boleh mkn..:)

    ReplyDelete
  8. ooo macam ni buat jeruk rupanya..semua buah kalau nak buat jeruk cara macm ni ke

    ReplyDelete
  9. perghhh mmg favourite sy ni...huhuhuuh...

    ReplyDelete
  10. pokok depan uma makk dah bbuah byk sgt.. tp ada ulat bulu gak.. ulat bulu tu byk geng laaa.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. menjejes air liur dah ni....tp senang plak eh resepi eh..x yah guna cuka bagai...erm.....

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa kan..
    tapi jijah xgemar jeruk2 o masam2..hee

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaa.. ~~ suka gak buatt.. senang jaa.. hehe

    ReplyDelete
  14. Mak azwar selalu buat, sedap kan?tapi masamm gila..

    ReplyDelete
  15. saya dah 2 kali buat..
    sedap sangat2...
    hehe..
    lepas tu buat aiskrim batang..
    perghh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.