Resepi Homemade Nasi Ayam

Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Resepi Homemade Nasi Ayam mudah je bila dah terlebih rajin. Kali kedua buat Nasi Ayam ni lebih confident sebab first time buat nasi ayam tu menjadi je cuma kekurangan kuah cili je sebab takde cili besar merah tu. Guna je apa yang ada kan.

Husband paling suka sup ayam Fiza buat tu. Alhamdulillah..sebelum ni nak buat sup ayam jugak tapi dia kurang sikit bab sup² ni. Tapi Fiza buat sup ayam, habis licin mangkuk tu. Kata tak suka sup?? Heh..sedap ye? Mestilah sedap sebab di tambah dengan kasih sayang :) Ini pun resepi simple je Fiza buat. Cepat je siap.

homemade nasi ayam

Sup Ayam
1. Potong dan basuh ayam. Lemak dan kulit basuh dan asingkan.
2. Didihkan air. Masukkan potongan ayam,kulit dan lemak ayam.
3. Tumbuk 1/2 biji bawang besar,3 ulas bawang putih dan 1 inci halia agak lumat sikit. Kemudian masukkan ke dalam air didihan air.
4. Masukkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk secukup rasa dan 1 kiub ayam. Biarkan sehingga ayam masak.
5. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan toskan.
*tambahkan daun sup dann bawang goreng untuk sup lagi sedap.

Nasi Ayam
1. Basuh beras dan toskan.
3. Tumbuk 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1inci halia.
3. Panaskan rice cooker, masukkan 1 sudu margerin/butter. Setelah cair, masukkan bahan tumbuk tadi dan sedikit lebihan lemak dan kulit air dari sup ayam tadi.
4. Biarkan garing seketika dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi.
5. Kacau rata dan masukkan sup ayam yang dah masak tadi. Sukat sup macam sukat air untuk masak nasi tu. Biarkan nasi masak macam biasa.

Ayam Goreng Madu
homemade nasi ayam

1. Tadi dah toskan ayam dari sup kan. Kemudian letakkan kicap manis, kicap pekat sikit, sos tiram dan jugak madu. Kalau takde madu boleh gaulkan sekali dengan brown sugar.
2. Gaul dan perap seketika. Kemudian goreng macam biasa. Goreng sekejap je ye sebab ayam tu dah masak. Dah nampak kekuningan sikit dah boleh angkat dah.
3. Ayam goreng toskan dulu kemudian ketuk dengan pisau besar tu dan potong sikit untuk memudahkan kita makan nanti. alah macam kat kedai selalu buat tu.

Kuah sambal merah
1. Blend 3 biji ladar besar merah dan 2 ulas bawang putih. Masukkan sedikit air dan garam. Kalau nak pekat jangan letak banyak air. 
2. Kemudian masukkan gula. Nak tahan lama simpan boleh panaskan kuah sambal tu dulu.

Kuah kicap.
1. Ambil kuah kicap ni dari perapan ayam tadi dan campurkan dengan sup ayam. Kalau pekat sangat tambah sup ayam sikit.

Jangan lupa hidangkan bersama tomato, salad dan juga timun.

Alhamdulillah menjadi. Bukanlah pandai masak pun. Kena rajin sebenarnya :) Selamat mencuba! Opss.tomato pulak takde hari ni.

homemade nasi ayam

Notapink : Tak sabar nak tunggu husband balik untuk komen masakkan hari ni pulak.. Bila dia kata sedap, terus rasa kenyang..hihi..Hilang penat masak bila orang yang tersayang suka makan kan?


With Love, Sihatimerahjambu

32 comments

  1. lapar niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. terus rase nak makan nasik ayam...tapi malas nak masak....

    ReplyDelete
  3. kalau orang tersayang puji..hilang segala penat lelah..lagi semangat nak masak!!
    dah macam kat kedai dah..mesti sedap ni..:)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa akak, ni buat suami akk syg ni hehehehehe. Hasil masakan dari isteri tersayang.. aaauuummm... bila tengok gambar yang akk share, serius terliur!

    ReplyDelete
  6. wah!! terliur cx tgk! tiba2 rs nk mkn nasi ayam. huhu post boleh? ngee

    ReplyDelete
  7. nampak sedap je akak punya resepi. nanti kita nak try buat pulak :)

    ReplyDelete
  8. serius nampak sedap..suka ayam madu tu. sos nye pun menyelerakan. nak cuba nanti !

    ReplyDelete
  9. kejammmmm..akak tgok time baru lepas makan megi haaaa......sedihnya...rindu nasi ayam mak buat....

    ReplyDelete
  10. Sedapnyerrr Fiza masak ..nak sikit nak sikit ..Kak Lya tak makan nasi lagi arini makan keropok jer huhuhu........

    ReplyDelete
  11. Wow..npk menarik..menyelerakan tentu sedapkann

    ReplyDelete
  12. wahh sumpah sedapp. cukup mnyelerekan >_<

    ReplyDelete
  13. fuyyo mcm nasik ayam kat kedai je..
    plating menarik.. rasa mst sedap :D

    ReplyDelete
  14. lama tak buat nasik ayam nih.......nakkena buat nih nanti

    ReplyDelete
  15. caya la ! nyum..nyum.. hasil tgn sdiri mmg mmuaskan hati kan ? =D

    ReplyDelete
  16. Sdapnya nasi aym.. Fav ni.. Baru je jap ni mkn nasi aym jgk mtk mak buatkn..

    ReplyDelete
  17. i pun selalu buat nasik ayam sendiri tapi tak pernahnya nak amik gambo....malas..terus baham je

    ReplyDelete
  18. yess..dah ade idea nk msk malam ni,,tocei2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.