Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Kehebatan PERLAKING. Kulit Jadi Putih, Gebu dan Licin


Menjadi-jadi pula kehebatan PERLAKING yang semakin laku di pasaran. Mana taknya, dengan masa seawal 3 hari dah boleh nampak kesannya kulit menjadi putih, gebu dan licin. Perempuan mana yang tak teruja bila kulit jadi cantik macam tu kan! 

PERLAKING mengandungi 1,000,000 MG Serbuk Mutiara Asli yang dikatakan raja mutiara (100% serbuk mutiara asli) yang selamat digunakan dan tahap keberkesanan yang paling tinggi. Tak hairanlah kalau boleh nampak kesan seawal 3 hari tu. Tapi kena ingat, tak semestinya semua orang akan mendapat kesan seawal itu, bergantung pada masalah kulit masing masing.

PERLAKING RAJA MUTIARA ASLI dari laut dlm Philippines.

Bahan kandungan premium Mutiara Asli ini adalah daripada Philippines yg sangat bermutu tinggi, bukan dari cina ya seperti kebanyakan supplement lain. Paling penting, Perla King mempunyai dos paling tinggi 1,000,000mg untuk keberkesanan maksimum tanpa ada kesan sampingan. Paling Fiza suka sebab dengan pengambilan PERLAKING ni tak perlu nak berpantang minum kopi

Sebelum ambil sesuatu produk tu kenalah tahu bahan bahan yang ada dalam produk tersebut. Jangan fikir nak cantik je tau.

4 BAHAN UTAMA dlm PERLA KING serta manfaatnya:

Serbuk Mutiara Asli Philippine

✔ Berkualiti premium, lebih ringan, halus serta mempunyai mineral dan kadar vitamin yg tinggi
✔ Amat diyakini golongan bgsawan Cina berkesan sebagai bahan pencerahan, pemutihan juga kulit menjadi awet muda
✔ Bersifat semulajadi & anti radikal bebas
✔ Menyingkirkan & membuang segala toksin dlm badan
✔ Menghilangkan jerawat di muka dan badan
✔ Kesannya kulit menjadi cantik, gebu tanpa parut @ cela

Collagen Ikan Salmon

✔ Tak menaik @ menggemukkan badan seperti collagen ikan biasa
✔ Collagen salmon yang digunakan lebih berkualiti, antara yg terbaik dan turut digunakan oleh negara Philippine, Korea & Jepun
✔ Menyerap lebih pantas ke dalam sel kulit dan menggalakkan penghasilan sel2 kulit baru
✔ Mengandungi asid amino, omega 3 serta plbagai mineral yang membantu dlm menambahbaik kesihatan & kecantikan
✔ Memudar, menghilangkan parut & menghaluskan kulit

Hyaluronic Acid Gred A

✔ Bermineral & lebih halus
✔ Menggalakkan penghasilan collagen dlm badan
✔ Bertindakbalas dgn vitamin C untuk menghilangkan garis halus, kedutan, jeragat & parut dimuka
✔ Melembap & menegangkan kulit

Grapeseed Ekstrak & Vitamin E

✔ Sebagai antioksidan semulajadi
✔ Menyokong composisi collagen & serbuk mutiara dalam badan sekaligus mempercepatkan kesan
✔ Membantu menghilangkan parut
Kesemua bahan bahan yang ada dalam PERLAKING ni jadikan PERLAKING antara produk TERHEBAT di pasaran.

KEHEBATAN PERLAKING 1,000,000 MG

✔ Merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menghasilkan collagen penyembuhan
✔ Meneutralkan radikal bebas dan menyingkirkan toksik dlm bdn yg merosakkan kulit
✔ Menghapuskan kedutan dan garis halus pada muka
✔ Wajah kelihatan muda dari usia sebenar
✔ Menyingkirkan ulser kulit, bintik hitam, jeragat & melasma
✔ Memulihkan eczema, ruam dan melembabkan muka
✔ Mencantikkan kulit dgn menjadikannya licin, anjal, sihat & halus secara semulajadi
✔ Mencerahkan kulit wajah & seluruh badan secara kekal
✔ Mengecut jerawat + menghilangkan kesan parut jerawat
✔ Melancarkan peredaran darah dlm tubuh
✔ Kulit menjadi lembap berseri dalam masa 24 jam
✔ Menjadikan kulit lebih flawless, gebu & glowing seolah anda memakai mekap
✔ Kulit semakin putih kemerahan dlm masa yg singkat
✔ Jeragat mula pudar seawal 1 biji pengambilan
✔ Jerawat mengecut dan muka kurang berminyak
✔ Parut jerawat akn perlahan-lahan pudar dan hilang
✔ Mengecilkan liang pori dimuka & membuang whitehead + blackhead
✔ Kulit tegang, awet muda, cantik serta byk lagi manfaat lain
✔ Tak ada pantang termasuk kafein
✔ Pencerahan kulit secara semulajadi
✔ Melindungi dari matahari (sunburn)
✔ Merangsang pertumbuhan sel kulit baru
✔ Menguatkan folikel rambut
✔ Menambahkan daya ingatan
✔ Menguatkan antibody & daya tahan
✔ Mempercepatkan metabolisma badan
✔ Melancarkan pengaliran darah
✔ Mengurangkan kadar kolesterol
✔ Menguatkan & meningkatkan kepadatan tulang
✔ Melambatkan penuaan, menghalang kanser & kesan2 bahaya sinaran UV
✔ Memulihkan keadaan kulit seperti kulit blotches merah, zits, jerawat, rosacea, tompok kering, garis-garis halus dan kedutan
✔ Menghapuskan parut dlm masa seminggu @ kurang

FAKTA TENTANG PERLAKING

✔ Senang Diambil, Tak payah Berpantang
✔ Kesan awal sepantas 3-7 hari
✔ 100% bahan asli & semulajadi
✔ HALAL JAKIM, ADA GMP & PATUH kelulusan akta makanan!
✔ Dijamin tak mengandungi RACUN berbahaya dan Selamat digunakan
✔ Cukup utk penggunaan 30 hari

CARA PENGAMBILAN PERLAKING

✔ Koyakkan 1 paket & boleh terus dimakan (tak perlu bancuh)
✔ 1 paket mengandungi 5 GM
✔ Ambil hanya 1 kali sehari sebelum breakfast (perut kosong)



✔ Minum air putih atleast 3 liter sehari

Perlaking boleh di ambil oleh ibu mengandung dan menyusu. Dapatkan harga promosi sekarang. Bolehlah bercantik-cantik lepas ni tanpa perlu make up.

Harga PROMOSI RM120
Harga biasa : RM160
Untuk harga Promosi Terkini boleh hubungi : 
Whatsapp : 012-9072776


Apa kata Pengguna Perlaking

Jom Perlaking!
Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Cabaran Mendaki Gunung Angsi



Hari sabtu lepas, seperti yang dirancang oleh husband nak ajak isteri dia ni mendaki Bukit Angsi dengan tujuan nak warm up untuk mendaki Bukit Nuang minggu depan. Bukan main bersemangat lagi husband nak Fiza ikut sekali mendaki Bukit Nuang dengan kawan kawan dia. 

Selama ni Fiza hanya mendaki Bukit je. Kali ni nak kena berlatih mendaki gunung pula. Risau dan lebih kepada tidak bersedia lagi sebenarnya memandangkan dah lama tak buat rutin work out kat rumah. Nak tak nak, macam kena paksa diri untuk pergi juga.

Sebenarnya rancang untuk pergi berdua. Tapi bila husband bagitau kawan dia, ramai yang nak pergi. Lebih ramai lebih meriah. Kesemuanya 9 orang termasuk Fiza dan husband. Sebelum mendaki kenalah warm up (memanaskan badan) bagi segala sendi-sendi dan urat-urat mengembang bersedia untuk melakukan aktiviti sukan.
Sebelum mendaki, perlu register dan bayar RM5 seorang
Lebih kurang pukul 8:45am kamiorang gerak naik Gunung Angsi. Awal awal lagi husband dah pesan dengan yang lain suruh jalan depan dan tak perlu tunggu kami. Sebab wife dia ni memang kena berhenti banyak kali kalau panjat gunung ni. Panjat bukit pun banyak berhenti, inikan pula panjat gunung. Lagipun first time panjat gunung sebenarnya.


Mula mula panjat dan mencabar dengan trail yang pacak. Yang dalam gambar atas ni tak berapa nak pacak tapi mencabar juga. Betul-betul rasa nak pitam dan susah nak bernafas dengan betul masa tu. Lama juga berhenti. Mungkin sebab dah lama tak bersenam dan warm up pun ala kadar je sebelum tu. Rasa nak patah balik je sebab rasa tak larat dah. Sudahnya lepas berehat tu dah stabil sikit. Teruskan perjalanan... tak jadi give up.

Trail pacak tu agak lama tak panjang pada awalnya. Lepas tu barulah jumpa trail yang agak mendatar. Dapat juga rehatkan kaki ni berjalan seperti biasa. Tengok orang lain steady je berlumba naik atas, yang kita ni terhegeh hegeh nak naik. Takpe, MENTAL kena kuat kalau nak sampai ke puncak. Waktu baru lepas hujan, lagilah mencabar sebab licin. Ada sekali tu tergelincir. Nasib baik tak tinggi sangat kawasan tu. Phew~


Pukul 11:30am, Fiza dan husband sampai puncak Gunung Angsi. Yang lain dah lama sampai dalam pukul 10:45. Memang tertinggal jauh dah kamiorang berdua dari team dorang ni. Dorang lajuuu kemain lagi, memang tak larat nak kejar lah.  


Dah sampai tu lepak dalam setengah jam macam tu. Tak snap gambar memang tak sah lah kan. Wajib amek gambar tandanya dah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi. Kebetulan hari tu agak ramai hiking, ramai juga kat atas tu. Nak bergambar kat satu-satu tempat pun kena beratur. Kau rasa??? Nak tak nak tunggu je la.






Bekalan hiking cuma air masak 1.5L, air 100plus dan 2 bars snicker dan 1 bar mars. Makan coklat berikan tenaga cepat sikit berbanding roti dan sebagainya. Makan nasi lemak memberatkan pula. So bekalan coklat dan air dah memadai. Lagipun bila dah penat, takde nak selera makan sangat sebenarnya.

Pukul 12:30 start turun ikut trail yang sama, sebelum tu team 7 orang lagi ikut trail lagi satu turun kat Ulu Bendul. Trail tu jauh sikit dari yang naik tadi. Memang tak sangguplah Fiza. Lagi-lagi trail tu lagi mencabar. Bila turun ni laju sikit. Laju tak laju sangatlah. Sampai bawah dalam pukul 2:30 petang. 2jam! Naik hampir 3 jam, turun 2 jam. Sepatutnya waktu naik 2 jam je tu. Disebabkan beginner nak warm up, lambatlah sikit.

Rentetan dari naik Gunung Angsi tu, kaki sakit sampai 3-4 hari. Nak buat pergerakan kaki sikit pun tahan je sakit. Sakit yang di cari sendiri kan tapi puas hati sampai ke puncak yang selama ni memang nak cuba naik gunung. Memang mencabar betul naik gunung ni. Agak agak boleh ke nak naik Gunung Nuang pula nanti? Jeng jeng jeng..Nantikan.

Last but not least
, kagum dengan adik adik yang hebat ni. Laju betul dorang mendaki. Bila di tanya"tak penat ke dik?" Dengan confident dorang jawab "TAKKK". Amboiii dik perli akak lah tu.
"Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. -wikipedia "

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Baby's Breath Flower



Kalau korang perasan, dalam setiap jambangan bunga ataupun bunga tangan (hand bouquet) mesti ada Baby's Breath Flower ni. Kebanyakkannya lah yang Fiza nampak. Tengok jenis bunga juga nak digabungkan dengan Baby's Breath Flower ni. Kalau Baby's Breath Flower sahaja pun dah cukup cantik dah tak perlu bunga lain.
Baby's breath
Gypsophila is a genus of flowering plants in the carnation family, Caryophyllaceae. They are native to Eurasia, Africa, Australia, and the Pacific Islands. Turkey has a particularly high diversity of Gypsophila taxa, with about 35 endemic species.- Wikipedia
Biasanya kalau di kedai bunga, Baby's Breath Flower di jual dalam bundle dan harga nya berbeza di setiap kedai. Ada yang bawah RM20 dan ada yang lebih dari itu. Selain di jadikan bunga tangan, sesuai juga di gubah menjadi head crown yang comel.

Bila digabungkan dengan bunga lain jadi lebih cantik dan menarik.


Buat hand bouquet memang cantik. Tak kisahlah campur atau baby's breath flower sahaja.

Selain warna putih, ada juga warna soft blue, pink, purple dan lain lain lagi. Comel kan bunga ni. Kalau boleh tanam kat rumah dah lama tanam dah. Macamana nak tanam ye? Ada sesiapa tahu?


Kredit foto : Google

Azhafizah Md Nor
7 Comments
Share :

Ubat Ketumbit


 
Beberapa hari lepas bangun tidur mata rasa pedih-pedih dan gatal. Kalau dah gatal, memang menggaru je la. Terus lah mengadu kat husband, "Entah-entah kena ketumbit kot"katanya. Takkanlah kot Fiza jawab. Sebelum tu memang tak tengok cermin pun. Lepas tanya husband baru tengok kat cermin sebab nak pastikan betul ke tidak kena ketumbit.

Tengok je kat cermin. Alamak!!!! Betullah kena ketumbit. Alahaiii..ni yang tak best ni. Orang dulu-dulu kata kalau kene ketumbit ni sebab mengendap orang! Eh..siapa pula yang Fiza nak mengendap ni. Nak mengendap pun tak ingin.. Itu orang dulu-dulu punya ceritalah. Padahal kena sebab lain.

Tak tahulah kenapa boleh kena ketumbit ni. Kemudian, carilah petua macamana nak hilangkan ketumbit ni. Dengan menggunakan perkhidmatan pakcik Google, jumpalah beberapa petua. Tapi dalam kebanyakkannya gunakan bawang putih. Fiza ni kalau dengan bawang putih tak berapa suka sangat. Lagi lagi bau dia. Kalau masak letak sikit je pun.

Jadi, lupakan segala petua tu. Mintak husband belikan eyeglo je senang. Takpun beli antibiotik kat farmasi. Balik tu, husband belikan antibiotik kat farmasi je. Harga RM6.00. Cecair dia jenis macam liquid yang separa likat. Bila letak tu rasa macam letak eyemore tapi rasa melekat-lekat sikit. Pejam mata sekejap sampai cecair tu menyerap. Tapi paling tak best bila cecair antibiotik tu menyerap sampai melalui tekak. Rasa pahit lain macam! Minum air banyak kali pun susah nak hilang rasa tu. Nak tak nak tahan je la sebab nak elok cepat kan.


Malam sebelum tidur tu Fiza titiskan ubat antibiotik tu dan esoknya bengkak mata ketumbit tu dah susut tak jadi membengkak dengan jayanya. Sakit dan gatal pun berkurang. Alhamdulillah.

So kalau terkena ketumbit tu, guna antibiotik mata je dah okay dah. Itulah ubat ketumbit yang terbaik. Sekurang kurangnya dapat melegakan dan menghilangkan ketumbit dalam masa yang singkat. Kalau ikutkan mesti berhari hari baru elok tu.

Ataupun gunakan ubat mata "Chloramphenicol" pun berkesan juga. Dah beli ubat baru teringat husband pernah kena sakit mata haritu ada dapat ubat antibiotik untuk mata. Kalau tak, guna yang tu pun boleh. packaging jenis tiub dan bahan seperti gel.

Kalau susah nak ingat ubat apa, tanya je kat farmasi staff tu lagi senang sebab dia suggest ubat apa yang sesuai.
Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Sampul Duit Raya Gaya Hipster




Untuk makluman semua, tahun ni Fiza tak buat kad raya cuma buat e-card je dan jangan risau Fiza tak tag sesiapa. Cukup sekadar upload dan ditujukan untuk semua. Sebabnya tahun lepas, banyak kad yang Fiza hantar tak sampai ke tangan penerima. Rasa rugi di situ bila pihak pos Malaysia tak menjalankan tugas dengan baik. Mungkin di sebabkan terlalu banyak surat untuk di hantar.

Sudahnya tak tahu kemana kad tu. Yang sampai pun tak banyak. Fiza hantar kad raya 2 batch (100pcs) Yang first batch kebanyakkannya tak dapat. Cuma ada beberapa yang tag bagitau dah sampai. Yang selebihnya ada bagitahu tak sampai. Kecewa sungguh!

Jadi, tahun ni Fiza ambil keputusan tak nak print dan buat e-card sahaja. Sampul duit raya pun Fiza DIY je senang dan lebih jimat. Tahun ni Fiza buat sampul duit raya gaya hispter. Cewahhh hipster sangatlah tu kan. Idea dari anak buah dan Fiza laksanakannya untuk tahun ni.

Dengan menggunakan recycle craft paper, Fiza print corak yang Fiza dah design. Potong dan lipat secara manual. Ada herot berot tu harap maklumlah faham faham lah ye. Paling best sebab tak perlu nak guna gam. Memudahkan kerja! Itulah sebabnya Fiza buat sendiri je.

Selain tanpa gam, boleh custom design dan boleh tulis ikut suka. Untuk recycle craft paper ni hanya sesuai print warna hitam je. Baru lah nampak macam lukisan atau gaya hipsternya. Unik dan lain dari yang lain. Tak nampak murah dan nampak exclusive pun ada.

Sampul duit raya untuk anak anak buah, mak abah, mak abah mertua dan uwan² dah siap awal. Cuma tinggal masukkan duit raya je. Duit raya pun nak kena siapkan awal ni. Sehari letak satu duit raya. Senang tak perlu nak tukar kat bank nanti. Pun idea yang bagus juga kan.

Kalau Fiza buka tempahan ada yang nak tempah tak? Boleh tempah minimum 10pcs. Maximum 50pcs je sebab tak larat nak gunting banyak. Tentang harga tu kena fahamlah kalau cas mahal sikit sebab nak bayar tenaga sendiri untuk design, print, gunting, lipat dan pos. Nak murah, buat sendiri dan baru tahu kenapa custom made itu mahal. Opsss..jangan sentap!


InshaAllah kalau ramai yang nak tempah Fiza akan buka masa untuk tempahan dan tarikh tutup. Sebab nak kumpul semua order, print sekali dan pos sekali. Lebih mudah sistem macam tu. Sekali hadap kerja kan. Kalau berminat boleh tinggalkan email untuk Fiza hantar quotation nanti ye.
Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Pertama Kali Berurusan Dengan Courier Ninja Van


Beberapa hari ada beli barang di zalora.com.my. Bila dah confirm order, pihak zalora akan email status order dan Email seterusnya akan diberikan tacking number bermakna parcel dalam proses untuk penghantaran kepada pelanggan.

Masa dapat email tu, terperasan yang tracking number yang diberikan tak macam yang biasa pernah dapat menggunakan pos laju, atau Gdex. Kali ni pihak Zalora menggunakan perkhidmatan courier Ninja Van yang mana pertama kali Fiza dengar nama courier Ninja Van ni.

Bila pihak Zalora dah bagi tracking number tu, menjadi kebiasaan Fiza terus track kat website www.ninjavan.co/en-my. Ada pulak icon ninja yang comel tu dalam website. Macam biasa masukkan tracking number dan check. Dia akan bagitau estimate date bila parcel akan sampai.
Sehari je dah sampai parcel. Waktu delivery pun selepas office hour. Punyalah Fiza tunggu dari tengahari. Rupanya dorang sampai pukul 6:21 petang. Biasanya kalau pos laju, tengahari atau petang sebelum pukul 5.

Keluar je nak ambil parcel, terus staff courier hulurkan parcel. Fiza macam pelik dan tanya dia "Eh, tak payah sign ke?" Ada katanya. Dia mintak no ic dan taip menggunakan handphone dan hulur handphone untuk Fiza sign kat handphone je. Wahh dah maju courier sekarang  ni. Main sign gitu je tak perlu kertas dah. Zaman sekarang kan sistem jadi lebih mudah dan cepat.

Lepas dapat parcel, masuk je rumah terus check tracking lagi sekali. Nampak dah status update delivery tu. Senang kan macam tu. Dapat jugak view signature yang ntah apa apa tu. Janji sign.


Pada Fiza okay je courier Ninja Van ni macam courier biasa cuma waktu penghantaran tu lebih dari office hour. Fiza fikir lepas pukul 5 takde delivery dah, delivery esoknya. Rupanya silap. Sistem dorang pun cepat dan mudah. Alhamdulillah parcel selamat sampai dalam masa sehari je. Zalora memang tak pernah mengecewakan. Dapatlah shopping baju Tshirt untuk husband. Terima kasih zalora dan Ninja Van!

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Cara Kreatif Jahit Seluar Jeans Koyak




Alamak! Seluar jeans koyak! Tanpa berfikir panjang, terus campak seluar buat jadi kain buruk. Walau sayang seluar tu macamana sekalipun, bila dah koyak terus kecewa dan fikir memang takde harapan nak pakai semula. Pernah tak jadi macam tu kat korang? Kalau seluar tak muat tu lain cerita lah.

Ini kes seluar jeans koyak kalau tercarik ke tersangkut ke di bahagian tertentu. Jangan sedih-sedih dah sebab setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cara kreatif jahit seluar jeans koyak ni boleh di applikasi kan pada seluar jeans yang memang koyak tu. Ye lah kan, mana tahu yang dulunya suka pakai jeans fesyen koyak tu, apakata bagi tutup mana yang koyak tu.

Cara nak jahit tak perlu nak jadi seorang tukang jahit yang handal. Asalkan tahu asas menjahit dah cukup bagus dah. Walau apapun hasilnya tetap nampak kreatif dan satu fesyen baru yang tak kan sama dengan orang lain. Peralatan dan bahan  Asas yang diperlukan cuma secebis kain untuk tampal, benang, jarum dan gunting.

Bagi yang menutup aurat, jangan gunakan kain lace sebab kain lace tu jarang. Jadi, kena guna kain yang lebih sesuai. Untuk padanan yang sesuai pilih warna dan corak yang sesuai dengan warna jeans. Tepi tepi koyakan jeans tu boleh di jahit corak bunga dan sebagainya untuk nampak lebih stail.

Atau boleh cuba cara jahit tampal macam ni untuk koyakan jeans yang lebih besar.

Untuk tampalan koyak yang kecil jika taknak nampak jahitan jelas kelihatan boleh jahit corak begini. Nampak cantik dan juga menarik.

Nak lebih kreatif lagi, jahit tampal cara macam ni pun dah nampak cantik.
Gaya jahit tampal macam gambar di bawah ni antara stail yang Fiza suka sebab nampak macam menarik sangat. Selain menggunakan warna yang kontra, ianya nampak lebih menyerlah. Silap-silap orang pandang tang corak tu je dari jauh.

Kalau tak nak guna warna yang kontra boleh je gunakan warna yang dull . 

Okay, yang tu semua untuk corak dan stail jeans perempuan kan. Kalau jeans anak-anak koyak, cubalah cara yang lebih kreatif dengan menghasilkan satu karakter untuk jahit tampal yang koyak tu. Contohnya seperti di bawah ni.


Nampak comel kan semua cara kreatif jahit seluar jeans koyak ni. Sekurang kurangnya kita dapat pakai semula jeans yang koyak dan ternyata ianya mengubah jeans tersebut jadi macam jeans baru beli. Fesyen jeans koyak-koyak tu pun mahal tau! Ini lagi mahal. limited edition lagi tu.

Cara ni boleh juga diguna apakai untuk seluar, kain dan apa-apa yang koyak. Yang penting kena bijak dan kreatif. 


Sumber gambar :listotic.com

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Tutorial Buat Bunga Rose Riben


Dalam banyak banyak bunga, bunga rose atau bunga mawar yang paling Fiza suka. Selain bunganya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna, baunya juga lebih wangi dari bunga yang lain. Bunga rose juga mempunyai pelbagai jenis guna dan mempunyai khasiat yang tersendiri bukan sahaja hiasan semata semata tapi dari segi kesihatan juga.

Ada sesetengah orang tak suka dengan bunga rose, mungkin disebabkan alahan atau mempunyai sebab sebab lain. Takpe, kalau alahan tu tapi suka dengan bunga rose, boleh cuba tutorial buat bunga rose daripada riben ni.

Selain di jadikan hiasan, bunga rose riben ni boleh dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis majlis seperti majlis kahwin. Boleh juga dijadikan bunga telur, brooch, dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Nak buat pun mudah je. Boleh ikut langkah satu persatu dalam setiap gambar di bawah. Tak perlu terangkan lagi kot cukup terang dah pada gambar.













Mudah kan? Nak tanya lebih lanjut kena tanya pada tuan punya gambar' Jay Salon' tu. Nak berikan link, link kurang jelas pula pada gambar. Selamat mencuba!

Sumber gambar : Jay Salon


Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :
[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor