Harini tak kemana sebab kereta masuk wad, dah sampai masa tukar itu ini. Kena jugalah tukar kalau tidak lagi sakit dikemudian hari. Pagi hantar, petang baru siap. Nak ambil kereta tu kirim pada Encik suami beli Kenangan Coffee sekali.
Nak mencuba Osmanthus In Bloom, minuman baharu Kenangan Coffee yang beraroma eksklusif katanya. Wajib cuba bila keluar minuman baru.
Dalam Bahasa Melayu pula disebut sebagai bunga kayu manis cina atau bunga gui hua walaupun bukan dari keluarga kayu manis sebenar. Nak tahu bunga dia macamana boleh google atau tengok di instagram Kenangan Coffee.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang bunga Osmanthus. Ini pertama kali saya dengar nama bunga ni. Bunganya pun cantik.
Kiranya dijadikan minuman teh moden yang dicampurkan dengan susu dan sirap manis mungkin. Ada 4 jenis minuman dalam rangkaian Osmanthus in bloom ni iaitu:

Nak mencuba Osmanthus In Bloom, minuman baharu Kenangan Coffee yang beraroma eksklusif katanya. Wajib cuba bila keluar minuman baru.
Apakah Osmanthus?
Osmanthus merupakan tumbuhan berbunga yang terdiri daripada keluarga Oleaceae. Asalnya tumbuhan ini dari Asia Timur, khususnya China, Jepun dan Asia Tenggara. Dikenali dalam bahasa Cina sebagai 桂花 (guì huā).Dalam Bahasa Melayu pula disebut sebagai bunga kayu manis cina atau bunga gui hua walaupun bukan dari keluarga kayu manis sebenar. Nak tahu bunga dia macamana boleh google atau tengok di instagram Kenangan Coffee.
Ciri-ciri Bunga Osmanthus
- Bunganya kecil berwarna putih, kuning atau oren.
- Memilik haruman yang sangat wangi dan bau manis terutama bila dikeringkan.
- Sering digunakan dalam minuman teh, pencuci mulut dan manisan tradisional Cina.
Penggunaan Osmanthus
- Mempunyai manfaat seperti membantu penghadaman dan menyegarkan nafas.
- Dijadikan sebagai minuman iaitu Teh Osmanthus (Osmanthus Tea), teh yang beraroma manis diperbuat daripada bunga kering.
- Untuk makanan pula digunakan dalam kuih bulan (mooncake), jeli, dan manisan Asia.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang bunga Osmanthus. Ini pertama kali saya dengar nama bunga ni. Bunganya pun cantik.
Bagus juga Kenangan Coffee keluarkan rangkaian minuman Osmanthus in bloom ni. Barulah kita tahu tentang kewujudan dan manfaat Osmanthus secara tidak lansung.
Kiranya dijadikan minuman teh moden yang dicampurkan dengan susu dan sirap manis mungkin. Ada 4 jenis minuman dalam rangkaian Osmanthus in bloom ni iaitu:
- Sea salt osmanthus milk, with oat milk topped with sea salt cream
- Sea salt osmanthus latte, freshly pulled espresso with osmanthus-infused oat milk, topped with sea salt cream
- Sea salt osmanthus milk tea, infused black tea, topped with sea salt cream for a refreshing twist
- Sea salt osmanthus slushy, infused black tea with ice-crushed sea salt cream and served without whipped cream

Untuk buat rasa-rasa, saya pilih sea salt osmanthus latte panas. Aromanya wangi bau manis-manis bunga osmanthus. Walaupun tak pernah bau bunga tu tapi bau wangi floral dia tu terserlah dan sangat eksklusif. Wangian bunga premium gitu.
Macam bauan rose dalam kopi atau teh tu ibaratnya. Kan wangi. Kalau buat perfume bau osmanthus ni mesti best dan harum baunya.
Rasa dia macamana pula? Rasa dia macam kopi susu lemak manis yang pekat beraroma floral. Rasa macam teh susu pun ada. Eh, kita confused lah! Untuk cuba kali pertama ni okaylah rasa dia. Boleh minum. Tapi nak ulang beli tu mungkin kalau teringin.
Osmanthus in bloom ni special sikit didatangkan dengan cup warna hitam edisi terhad bermotifkan bunga osmanthus tu sendiri. Kalau beli yang panas saiz kecil, beli yang sejuk dapat saiz besar.
2 Comments
Sama lah kak....baru kali pertama dengar nama tu....
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi kenangan coffee ni. Masa pergi KL nampak je tapi takde keinginan nak mencuba lagi.
ReplyDelete