Resepi Ikan Lais Masak Pais

Saturday, October 25, 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Resepi Ikan Lais Masak Pais resepi paling mudah nak memasak. Bahan bahan pun simple je tapi bahan bahan macam susah je nak dapatkan kat bandar. Kalau kat kampung kat kawasan rumah dah boleh  dapat dah tak perlu nak membeli. Ini resepi mak turun temurun. Salah satu favourite masakan kampung yang Fiza suka :)

Bagi yang tak tahu ikan lais ni, ikan lais adalah ikan sungai@ ikan darat. Kalau orang kampung tahulah kot. 

Resepi Ikan Lais Masak Pais

Bahan Bahan
Ikan Lais. 
Cili api ikut kepedasan yang korang nak
2 inci kunyit hidup
Garam
Belimbing buluh. Boleh juga gunakan asam keping atau air asam jawa.
Daun Pisang
Daun Kunyit

Cara Cara
1. Blend cili api, kunyit, belimbing buluh dan garam
2. Gaulkan bersama ikan yang telah disiang dan dibasuh. Biarkan sebati seketika.
3. Kemudian bungkuskan ikan yang telah digaul bersama daun pisang dan daun kunyit.
4. Masakkan di dalam pemanggang ajaib. kalau takde pemanggan ajaib boleh gunakan kuali dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan sehingga masak. 


Sangat mudah kan? Selamat mencuba resepi dari kampung ni :) Resepi ni boleh juga di aplikasi untuk ikan lain juga. Ikut taste masing masing lah ye

With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

  1. tak pernah tau pun nama ikan lais..
    mungkin kalau ditukar pada ikan lain pun boleh kan Fiza..
    maksud Fiza masak ikan tu sama seperti goreng ke atau panggang.

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau pun nama ikan lais..
    mungkin kalau ditukar pada ikan lain pun boleh kan Fiza..
    maksud Fiza masak ikan tu sama seperti goreng ke atau panggang.

    ReplyDelete
  3. emm, simple n dap2..aah..timm duk kpg, mmg senang nk dpt semua bhan ni..petik jer..

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedapp nampak ... Tapi kak lya tak pernah kenal la pulak ngan Ikan Lais tapi tak tahu la kot kat sini panggil lain..
    Tapi kalau tgk pada gambar tu macam ikan layur..Rasa2 ya dah tu IKAN LAYURkat sini panggil hehehe ..Kalau ikan layur mak kak lya biasa gulai masin ..huhhh mmg sodappp .........

    ReplyDelete
  5. Boleh try buat. Tapi jarang2 nak makan ikan ni.

    ReplyDelete
  6. Ikan lais... pertama kali dengar nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. mudah sangat nak buat pais nie rupanya... baru tahu... :P

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba buat lepas ini. Nampak macam sedap jer.. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.