Merarau di Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Azhafizah MN
By -
32
6 Syawal, ada urusan di Kuala Pilah. Belum habis penat, terpaksa juga pergi untuk uruskan hal tanah keluarga encik suami sebab encik suami pun dah ambil cuti hari Isnin. Macam biasa, urusan tanah jarang selesai cepat. Ada je hal yang bercanggah dan sudahnya tak selesai juga. 

Dah urusan di situ tak selesai, tak dapatlah nak teruskan urusan lain-lain. Moh lah kita merarau dulu. Kononnya nak merarau di Senalingbucks Coffee. Sekali tutup daaa...Kempunan nak mencuba spaghetti dan minum kopi sedap.

Bertukar arah lah kami ke Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah yang memang buka hari-hari. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Memandangkan kami pergi hari Isnin, orang pun tak ramai. Parkir kereta pun ada beberapa ketul kereta je.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Disini kalau ramai pun masih banyak meja dan kerusi di letakkan di luar. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Bila tak ramai orang, dapatlah kami merasa duduk dalam tempat yang ada pendingin hawa. Haritu masa pertama kali pergi Richiamo Coffee sini, ramai orang duduk dalam. 

Kali ni dapat duduk dalam, dapatlah juga menjamu mata dengan permandangan cantik di belakangnya. Ada kolam dan ada tanaman.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Ada banyak jenis kerusi dan meja disini. Ada jenis kerusi dan meja tinggi. Mulanya nak duduk sini tapi rasa macam kurang selesa lah pula.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Di hujung sebelah sana ada sofa. Yang tu selesa untuk duduk tapi tak selesa bila nak menjamu selera nanti. Dalam ni susunan meja dan kerusi agak rapat. Kalau ramai-ramai kurang selesa lah pada saya. Lepas tu kalau bercakap tu, bergaung. Memang boleh dengar perbualan setiap orang.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Semua pesanan siap dalam masa yang sama. Macam biasa, hazelnut latte panas untuk saya. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Encik suami beli kopi sejuk, iced caramello cappucino. Saya pilih spaghetti chicken bolognese, encik suami pilih menu nasi, nasi lemak ayam rendang. Beli juga chocolate roll danish.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Pertama kali cuba spaghetti chicken bolognese Richiamo Coffee. Selama ni asyik pesan set nasi je. Tukar selera lah pula. Sedap! Kena dengan selera saya. Tak masam sangat, tak manis sangat sos dia. Just nice.

Cuma tak puas hati sosej 3 hiris je atas tu. Sekadar buat rasa-rasa je kot. Isi ayam macam tak berapa nak ada je. 

Chocolate roll danish juga pertama kali cuba. Bestnya bau butter! Rasa dia pun sedap walaupun tak meriah coklatnya. Rasa macam tak cukup pula kongsi berdua. Lepas ni kena beli dua, tak nak kongsi. hihi...

nota
merarau = makan tengahari


Post a Comment

32Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Kat luar macam selesa lagi daripada dalam ni. Kalau tak ramai orang okaylah.

      Delete
  2. Bagus juga ada stop macam ni kan? Kupi2 untuk hilangkan ngantuk

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik dan unik pulak outlet Richiamo di Kuala Pilah ni .. lain dari di bandar yg hanya di dalam ruang kedai.. boleh la singgah andai ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kawasannya. Lain dari yang lain. Kalau terlimpas tu bolehlah menyinggah sebentar.

      Delete
    2. Itulah adik dah duduk pilah delat dua tahun tapi belum sempat berkunjung ke rumah adik di pilah..

      Delete
    3. Ada kesempatan ziarah, boleh singgah sini dan juga senalingbucks tu sekali. hihi...

      Delete
  4. Alamak... dia bubuh tiga hiris sosej saja?
    Tambahlah lebih hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. 3 hiris je dia bagi. Mungkin stok tak banyak raya raya ni kot. hihihi...

      Delete
  5. agak luas richiamo kat sini.. kat rumah saya kecik je.. ada la 4 meja.. sebab dalam stesyen minyak caltex..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan parkir luas. Cuma ruang untuk order dan dalam ada air cond tu kurang luas sikit. Ohh kalau share dengan station minyak biasa kawasan terhad sikit kan.

      Delete
  6. richiamo ni patut dapat pujian sbb diorg x pilih tmpt
    ada sesetengah bisnes tu dia fokus dlm mall je
    tak kawasan2 mcm ni tak dipandang pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Anies. Bagus cari tempat-tempat yang menarik dan stand alone kan.

      Delete
  7. Belajar perkataan baru hari ni. merarau. :)
    Sedap tengok. Akak tak pernah cuba menu berat lagi di Richiamo, seperti spagetti dan nasi. Lain kali boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarapan, Kudapan, Merarau, Cicipan, Makan malam dan Gabi. Istilah yang baru yang boleh digunakan.
      Nanti sesekali cubalah Kak Nur.

      Delete
  8. Besar kedainya. Belum pernah lagi cuba menu lain selain air kopi dan biskut. Segan nak order sebab terasa macam kedai kayangan. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang parkir sangat luas. Ruang makan tu untuk indoor agak sempit jugaklah. Ohh ada biskut juga ye. Tak perasan pula. Sesekali bolehlah cuba. Selalu tu memang tidaklah, rabak poket.

      Delete
  9. Dah kembali semula di pilah nanti, bolehlah saya cuba ke sini :)

    ReplyDelete
  10. Tempatnya keren banget
    nyaman sekali
    saya juga mau pesan kopi ah

    ReplyDelete
  11. Secoit je ya sausage tu. First time dengar merarau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je rezeki yang saya dapat. Merarau jarang digunakan.

      Delete
  12. cantiknya view kat luar tu.. mmg seronok menikmati kopi kat tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. View belakang tu mendamaikan juga. Ya, memang syoklah mengopi tempat macam ni.

      Delete
  13. CCL jarang nak order spaghetti Bolognese . Risau sos dia tu terlampau masam, sebab CCL pernah order dekat 1 kedai ni , sos diaemang terlampau masam sampai tekak ni tak boleh terima . Nak tak nak kena habiskan juga sebab dah order . Harga pun boleh tahan juga la .lepas kejadian tue memang serik da nak order di mana2 kedai . Buat sendiri better

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak best kalau dapat sos yang masam sangat tu. Kalau harga mahal memang tak best la. Tak enjoy menikmati kan. Tapi so far saya belum serik lagilah. Saja cuba kot sedap. Buat sendiri boleh ikut selera kita kan.

      Delete
  14. Spaghetti bolognese bagi saya kadang sedap kadang tak sesuai. Kalau saus nya pas, tak terlalu masam, saya pun sukaa. Kalo dapat yg masam sangat, confirm tak akan habis 😄.

    Msh penasaran sangat dengan coffee richiamo ini kak fizah. Pasti saya coba pas ke KL june esok. Richiamo dan Zus 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada kalanya dapat yang sedap. Yang masam sangat tu memang susah sikit nak menghabiskan. Jangan lupa cuba menu di Richiamo dan Zus nanti.

      Delete
Post a Comment