Header Ads

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Rantai putus sebab tersangkut dengan baju ke rambut entah. Tahu-tahu putus. Patah seribu hatiku...Bila mengenangkan...eh, terus nak menyanyi lagu Shila Amzah. Mahunya tak sakit hati bila rantai emas Habib yang baru beli haritu dah putus.

Itulah beli halus sangat. Tak sturdy tak strong. Nak buat macamana, bajet kita tak besar. Itu je lah yang dapatnya ikut bajet.

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Dia putus bahagian cangkuk S tu. Bercita-cita nak tukar baru yang besar sikit dan pendek sikit setara dengan harganya kalau tak dapat disambungkan. Bila tanya di kedai emas Habib tempat saya beli tu, katanya rugi ni kalau tolak. 

Kalau sambung semula ni lebih kurang dalam RM100-150 macam tu. Tempoh dia pula kadang seminggu, kadang 2 minggu, ada juga yang sebulan. Kalau nak cepat, boleh pergi HQ Habib di IOI City Mall Putrajaya atau Ampang

Okay baiklah. Sebelum ni pernah tukar rantai lama cangkuk S ke cangkuk lobster di sini, lebih kurang seminggu jugalah dapat. Sebab nak hantar ke HQ kot ambil masa.

Kita nak cepat. Nak tunggu lama-lama malas. Kebetulan encik suami ada training dekat-dekat situ. Jadi hantar di HQ Habib di IOI City Mall Putrajaya je lah.

Balik training encik suami singgah lah kejap nak hantar. Sekali, eh boleh siap kejap je. Dalam setengah jam dah siap. Cepat betul! Sebab tukang emas dia ada kot. Kalau tak ada, mahu kena tinggal sehari tu.

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Upah repair/baiki rantai emas putus Habib

Alhamdulillah..kejap siap. Harganya pun tak sampai seratus. RM80. Kira murah dah tu. Tapi berkuranglah sikit kita punya berat rantai tu. Harga pun ikut susutlah. 

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Jangan putus lagi sudahlah. Makan modal.

20 comments:

  1. Alhamdulillah, dah boleh pakai...sebab tu linda tak minat sangat rantai..pernah ada dulu hat gila2, amik saiz 45cm ja..Alhamdulillah, bertahan lah tak putus, tapi kita letgo dah , sebab nak guna dit..kikiki...gitu je lah kitaran emas nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah boleh pakai semula. hihi..begitulah kan. ikut keadaan semasa.

      Delete
  2. Kira murah dan ok sangatlah cuma perlu bayar RM80. Buat di Habib Jewel ni boleh dipercayai.

    Rantai leher akak pun pernah putus, kita tunduk buat kerja, sekali bangun rantai tersangkut di bucu kabinet dapur terus putus dua.
    Hantar ke Habib di Alamanda untuk baiki, tapi katanya jadi rugi sebab perlu tambah emas untuk sambung dan harga emas tengah mahal. Rantai tu dah 12 tahun beli, harganya dah naik sekitar 60%. So, akak decide jual dan beli baru jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kira murah dah tu. Ya, kena buat di kedai yang trusted.

      Sayangnya. Kadang kita tak jangka benda macam tu boleh jadi. Walaupun dah berhati-hati, kalau nak putus. Putus juga dia. Kalau dia dah cakap macam tu, kita pun terpaksalah letgo kalau itu lebih untung.

      Delete
  3. Cie punya rantai ni dari kecik sampai sekarang. Emas dulu kuat. Emas sekarang ni alahai. Beli gelang untuk anak2 asyik putus je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, emas dulu tahan lasak. Ada rantai lama tu tapi jarang pakai sebab pendek sikit. Tu yang beli baru panjang sikit tapi tulah emas baru dahlah mahal, tak kuat pulak tu kan.

      Delete
  4. Emas ni umpama putus benang boleh disambung... Bukan macam patah arang...
    Pepatah la pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..kemain handal uncle berpepatah. hihi...
      Yelah kan, selagi boleh sambung kita sambungkan.

      Delete
  5. Tak mahal sangat, bolehlah Akk bawa bracelet Akk yg putus juga. Lama dah tak repair lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab putusnya tak teruk. Dan mungkin juga dia gunakan emas yang putus sikit tu untuk sambungkan. Lain rosak lain kosnya. Bolehlah cuba hantar tu, kot harga murah bolehlah sambungkan.

      Delete
  6. Rantai Dania putus pun akak x repair lagi..pas tu ada cincin dan gelang maaa dia baby..rasa nak tukar tapi x tukar2 lagi...dia plak x suka pakai badang kemas macam.emas..lebih suka pakai accessories je..tapi kena pi tukar gak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, kena tunggu nak kahwin baru tukar baru. Emas pun makin hari makin naik harganya.

      Delete
  7. Nasib baik putusnya tu masih kat badan. Kita pun ada yg putus2 ni, takut mahal, kalau RM80 tak la mahal sangat ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau terputus di masa kat luar, lagi haru nak mencarinya. Dia kena tengok putus camne kot. Saya punya rantai halus kot, tu yang tak banyak pakai emas. Guna semula yang putus dan upah sikit macam tu. Kena tanya dulu harganya. Kalau murah lagi okaylah.

      Delete
  8. sy dulu, gelang patah sbb jatuh akibat eksiden. punya laa lama nak baiki. last2 hantar kat kedai emas kat kg. dia cas RM20 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, lagi murah tu Anies. Dia macam tu lah kan. Kalau putus, nanti²lah hantar kedai, risau mahal je kan.

      Delete
  9. Nasib baik perasan bila putus tu & x cicir kannn... Alhamdulillah ok dah

    ReplyDelete
  10. Akak pernah ada gelang beli di habib jewels. Tercicir, Fizah. Tak sedar pun jatuh kat mana. Halus sangat. Tade rezeki. Ok la tu, repair emas, cepat siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii… lagi sedih macam tu tercicir tak tahu kat mana. Ye, kita anggap takde rezeki kita.
      Cepat siap tak adalah kena datang semula ambil kan.

      Delete

Powered by Blogger.