Masa Shopping di Jaya Grocer haritu nampak baby nanas ni, Phulae Pineapple yang diimport dari Thailand. Selaku peminat buah nanas, mestilah tergoda kan. Lalu ambil masuk dalam bakul. Padahal dah ambil buah flat peach tu.

Takpelah sesekali tambah stok buah lebih sikit. Saya suka baby nanas lagi berbanding buah nanas yang biasa. Nanas MD2 atau nanas yankee pun sedap, manis.
 
Baby Nanas, Phulea Pineapple Manis

Phulae pineapple asalnya dari bahagian utara Thailand, terutamanya dari wilayah Chiang Rai. Tengok pada label pun dari Thailand. Sejenis buah nanas premium di sana.

Baby Nanas, Phulea Pineapple Manis

Rasa buah nanasnya manis dan tak ada lansung rasa masamnya. Tidak terlalu tajam sebab tidak berasid, lidah tak rasa lidas pun. Sedap di makan begitu saja.

Tapi dia lagi sedap kalau dimakan dengan kuah rojak dan serbuk asam masin. Kebetulan ada lebih kuah rojak dan serbuk asam masin beli buah potong haritu, kita curahkan sekali. 

Baby Nanas, Phulea Pineapple Manis

Fuhhh...kecur air liur tengok. Lain kali beli baby nanas yang dah siap potong ni je lah. Kalau beli yang besar tu leceh juga nak potong. Dah lah kita sorang je makan. Encik suami tak berapa sukaa buah nanas. 

Sebelum ni ada berita tentang baby nanas bahaya sebab diletakkan pemanis. Harapnya bukan yang inilah.