Late Dinner Nasi Lemak Royale Kedah
Keluar dari 99 Wonderland Park Selayang dah lapar. Jam menunjukkan dah pukul 10 lebih. Nak beli makanan apa pun tak tahulah. Nak mencari macam dah penat. Kononnya nak pergi beli nasi lemak Wanjo on the way balik Hotel. Tapi macam penat dan confirmlah tak ada parkir.
Order by Grabfood je lah cerita dia. Kami order Nasi Lemak Royale Kedah. Sebelum ni masa bercuti di Melaka pun kami pernah order Nasi Lemak Royale Kedah by Grab juga. Bila dah malas nak mencari makanan, kita fikir mana yang mudah je.
Sebelum gerak ke hotel tu kami order siap-siap. Nanti sampai hotel tunggu kejap je. Kami sampai hotel jam 11 lebih. Tunggu kejap je tak sampai berapa minit, rider Grabfood sampai. Rider terlajak sikit sampai ke South. Dia patah balik ke North.
Dah settled urusan dengan grabfood, jomlah kita naik atas. Masuk bilik je. Eh, bilik dah kemas? Tuala mandi pun dah ganti baru. Lahh kita ingatkan housekeeper tak masuk. Biasa ada tag yang do not disturb tu kan untuk kita letak di pintu bilik. Ini tak ada pula.

Encik suami tanya di kaunter esoknya. Rupanya kena tekan butang merah di pintu. Butangnya tak ada pun kat pintu. Confused sudah. Abaikan je lah. Malas nak fikir. Perut pun dah lapar. Tunggu apa lagi, jom makan!
Nasi Lemak Royale Kedah, Kuala Lumpur

Menu pilihan Nasi Lemak Royale Kedah
Nasi Lemak Royale Kedah versi kering tanpa kuah. Kuah belum letak, saya request asingkan. Tak lalu nak makan kalau campur kuah. Nanti nasi kembang. Saya bukan jenis pemakan yang jenis kuah banjir-banjir ni.
Trademark Nasi Lemak Royale Kedah ni, nasinya warna kuning. Nasi lemaknya sedap! Lemak santan tu terasa. Nasi pun lembut je. Makan nasi je pun dah rasa sedap dia.
Ayam goreng tu macam ayam goreng biasa. Kuah campur dia tu yang luar biasa sikit. Sedap makan dengan ayam goreng dan ulam bendi.
Minta kobis tapi dapat bendi. Suka lebih suka bendi berbanding kobis. Tapi ambil langkah berjaga-jaga takut dapat bendi tua bersabut. Saya ni gigi dahlah tak kuat. Jenis bersabut keras tu memang tak boleh dibuat makan dah. Rebuslah macamana pun. Kann...
Dah rezeki saya dapat bendi juga. Mujurlah lembut boleh dimakan. Berselera kami makan di kala masing-masing kelaparan. Dah lepas waktu makan malam, memang laparlah. Nasi Lemak Royale Kedah ni gagal buat kami patah selera. Berselera terus makan sampai licin.
Harga Nasi Lemak Royale Kedah
Kami beli pun set biasa je. RM13 lebih kalau di grab. Di kedai of courselah murah lagi. Set biasa ni pun dah mencukupi buat rasa kenyang. Tak perlu dah nak tambah itu ini.
Akak pernah makan yang kat Melaka tu je...
ReplyDeleteLebih kurang juga rasa dia yang KL ni. Putrajaya pun ada. Cuma Nismilan tak sampai lagi kot.
DeleteSpecial, warna kuning nasi lemak royale ni. Ada ternampak kedai jual hidangan ni, masa duduk hotel dekat KLCC dulu. Entah bila nak ada cawangan nasi lemak royale ni di tempat akak. 😊
ReplyDeleteA'ah special warna kuning. Ada je jual nasi lemak warna kuning cuma yang ni paling popular kot kan Kak Nur. Di Nismilan ni pun belum ada lagi rasanya.
Deletenasi lemak special ni
ReplyDeleteSpecial sikit daripada nasi lemak biasa. hihi...
DeleteDekat Kedah mmg banyak nasi lemak kuning ni... Tp yg royal ni mmg special dan famous la kan ..byk cawangan dia
ReplyDeleteA'ah. Perasan juga tu. Pernah makan nasi lemak royale hijau kuning di Alor Setar. Yang ni memang popular dan banyak cawangan dia.
DeleteWah saya bacanya sampai nahan ngece, karena begitu pengennya hehehe
ReplyDeleteNasi lemak, itu kesukaan saya
Nikmat pol
Harga juga masih tergolong terjangkau
Hihi..kena cari nasi lemak lah lepas ni. Kalau favourite mesti selalu juga dapat makan nasi lemak. Harganya masih berpatutan lagi.
DeleteWow! Cantiknya wall paper kat hilton tu.... nice!
ReplyDeleteBerkenan juga dengan wallpaper tu uncle. Menarik kan.
Delete