Header Ads

Ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur

Lepas selesai membeli luggage, terus gerak ke Banting rumah abang saya melawat kakak ipar sakit. Tak lama melawat, gerak ke Kuala Lumpur pula melawat mak mentua di wad Institut Perubatan Respiratory (IPR) Hospital Kuala Lumpur.

Ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur

Di IPR ni tak terlalu sibuk. Khas untuk penyakit tertentu sahaja. Ini bukan kali pertama datang sini. Sebelum ni pernah datang melawat arwah abah mentua di sini masa pasang stent. 

Ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur

Dapatlah melawat mak mentua sekejap. Nak melawat pun kena ikut masa. Lambat keluar sikit dah kena halau. Kita pun faham lah kerja guard yang menjalankan tugas menurut perintah.

Ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur

Dalam perjalanan balik sempatlah memotretkan suasana kesibukan di bandaraya Kuala Lumpur. Haritu dapat merakam KL Tower dari jauh. Kali ni dekat sikit. Kuala Lumpur yang tak pernah sunyi. 

Ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur

Doakan mak mentua dan kakak ipar saya terus kuat dan sabar melawan sakit. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan memberi kesembuhan buat mereka. Aamiin...

11 comments:

  1. Semoga kakak ipar dan mak mentua Fizah cepat-cepat sihat. Amin..

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kesembuhan buat keduanya 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh. Yg penting patuh nasihat doktor

    ReplyDelete
  4. Pernah gak ke sini..hantar arwah suami MA buat sleeping study dulu. Moga diberikan kesembuhan buat keduanya...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Aamiin...Terima kasih Mummy Ayu doakan untuk mereka.

      Delete
  5. syafakillah untuk mak mertua & kak ipar fiza...
    kalau tak silap sy laa IPR ni khusus utk pesakit tibi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.