Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North
Encik suami ada urusan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nak menginap di hotel tersebut macam tak ada bajet. Semalam je pun dah cecah hampir 1k. Tengah bulan pula tu kan. Nak menginap sehari okay lagi tapi kalau menginap 4 hari 3 malam, jauh sangat lari bajet.
Jadi, kami menginap di hotel berdekatan je lah. Sekurang-kurangnya tak perlu nak ulang alik jauh selama 2 hari. Walaupun encik suami dah biasa ulang alik ke tempat kerja Seremban-Selangor.
Tapi ke Kuala Lumpur rasa macam penat kalau ulang alik. Penat dengan jemnya. Badan penat, jiwa penat, mental pun penat. Lebih baik kita stay hotel yang dekat sikit.
Urusan kerja Khamis dan Jumaat. Kami check in hari Rabu dan check out hari Sabtu. Saja lajak sehari untuk berehat-rehat. Kalau saya check out hari Jumaat. Lepas tu saya nak kena tunggu sampai encik suami habis kerja pula. Melangok sorang-sorang. Nak berjalan sorang-sorang lagilah malas.
Lajakkan sehari je lah senang cerita.
Kami check in lewat, lebih kurang jam 10 lebih. Tunggu encik suami balik kerja, siap-siap semua bagai. Sampai di hotel pun lewat lah. Booking pun last minit. Encik suami balik kerja tu baru booking. Tak sempatlah nak belek sangat dan bace review semua.

Walaupun satu bangunan tapi check in lain-lain tempat ikut North atau South. Sampai je bangunan hotel melilau mencari parkir pusing sampai ke belakang bangunan.

Encik suami uruskan check in dulu. Disebabkan lambat check in, taklah ramai di receptionist. Urusan check in pun cepat.
![]() |
suami uruskan check in |

![]() |
valet service |
Setiap kali nak keluar masuk kereta begitulah cerita dia kena park kereta tepi jalan depan hotel, lepas tu pergi ke kaunter valet, bagi kunci. Nak keluar bagi kad dan dia akan letakkan kereta di tepi jalan depan hotel. Begitulah berulang-ulang sampai Abang Jamil mam...
Aduh, leceh lah pula macam tu. Hmmm...Terpaksalah. Nak buat macamana kan. Bayar siap-siap untuk 3 hari. Sehari RM15.90

Suami dah uruskan hal check in tadi. Kita angkutlah terus barang-barang dari dalam kereta terus ke bilik. Kereta tepi jalan tu pandai-pandailah mereka parkir nanti. Dalam hati risau juga.

Minta 2 access kad sebab dia bagi 1 je. Apa-apa hal senang ada 2 kad. Dapat tingkat 11. Lately check in hotel asyik tingkat 11 je. Kalau kita request higher level memang dia bagi tingkat 11 je ke? Musykil dalam kepala otak adinda.

Okay sangatlah dapat bilik hujung. Tak terganggu dengan bunyi bising orang lalu lalang. Privacy sikit. Kita nak stay sini 4 hari kot. Saya nak tenang-tenang je.

Bilik hujung tapi dekatlah pula dengan lif. Pula dah! Janji tak bising sudahlah.
Tengok dalam gambar macam luas biliknya. Ada bench tepi tingkap. Dah masuk rasa kurang luas pula. Tapi okaylah. Bench pun tak ada. Hmm...hadap je lah. Malas nak tukar bilik cerita dia.
Oleh kerana check in malam, gambar pun kelam lah juga. Ambil gambar beberapa keping dulu. Tak banyak ambil gambar sebab first impression biliknya agak menghampakan jugalah. Mujur booking last minit dapat harga murah sikit.
![]() |
POV dari dalam bilik ke pintu |
Masuk bilik jumpa cermin dinding yang besar gedabak ni sebelah kiri. Kita posing dulu depan cermin. Saya suka bilik berkarpet tebal ni. Selesa kaki memijaknya. Karpet walaupun nampak masam kusam tapi tak berbau kepam. Tak ada bau yang menyenangkan. Okay, approved!
![]() |
Selepas cermin barulah kita cerita ruang biliknya. Ada TV, open wardrobe, meja dan kerusi, tingkap dan katil. Siaran TV banyak juga tapi tak tengok. Sekadar buka bagi meriah suasana je lah. Wi-Fi laju, laju jugalah saya blogwalking.


Semua kemudahan lengkap. Hanger, peti besi, iron, iron board, hair dryer, selipar bilik. Hanger bukan jenis melekat di rod. Ada dua jenis. Satu yang biasa, satu ada penyepit. Bagus, saya suka hanger macam ni. Banyak pun banyak.


Seterusnya ruang keseluruhan biliknya. Kira luas jugalah ruang tu. Bilik ni tak ada pilihan katil. Yang ada saiz Queen je. King tak ada.




Seterusnya kita ke bilik air pula. Bilik air design moden. Saya suka bilik air dinding putih macam ni. Nampak terang dan luas. Sinki berasingan dengan tandas dan bilik air.

![]() |
Dental kit disediakan |
![]() |
hand wash dan body lotion |
Tuala mandi macam biasa, ada 2 helai. Selain tu ada tuala tangan dan tuala apa entah lagi satu di bahagian sinki. Ada stain lipstick pada tuala. Kami tak guna tuala ni, ada bawa tuala sendiri. Jadi tak mengapalah. Abaikan je.

Tandas dan bilik air terpisah oleh dinding kaca. Bilik air sangat tidak memuaskan untuk saya. Berkulat,t ak dicuci bersih. Penapis saluran air pun macam berkarat sikit. Kita ni expectation tinggi sikit kalau rate lebih 4 bintang. Kann...
Air laju cuma bidet dia bocor sikit. Tempat letak bidet pun macam nak tanggal je.

Dah check in malam, kita berehat je lah sambil layan permandangan malam KLCC dan kotaraya Kuala Lumpur. Dulu berangan je nak bercuti-cuti di Kuala Lumpur. Sekarang dah dapat. Sekali dapat, terus dapat duduk lama sikit.
Walaupun bukan motif untuk bercuti, dapat jugalah kita healing berehat duduk dalam bilik. Lepas ambil gambar bilik, tak sabar nak tengok permandangan luar bilik.
Wow! Tersergam keindahan KLCC nun jauh disana. Jelas tak ada sipi-sipi. Jauhlah tapi. Walaupun tak dekat, tetap menarik untuk dinikmati.
Bolehlah kita tatap setiap hari sepanjang menginap di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North ni.

Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North ni location dia dekat Chow Kit Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi yang agak sibuk. Mungkin sebab tu tak ada ruang parkir untuk tetamu. Yang ada untuk valet service je kot.
Perkhidmatan di sini bagus. Cuma tu lah yang tak bestnya bab parkir leceh sikit. Ruang bilik yang selesa tapi itulah ada beberapa kerosakan yang patut diambil kira. Permandangan memang tip top!
Kalau diberi peluang menginap di sini, mungkin boleh cuba di South pula. Mana tahu boleh dapat view KLCC dan juga KL Tower sekali. Kena ambil yang disudut lah baru dapat dua-dua.
Laju² baca sbb nak tengok view KLCC tu ahaha...
ReplyDeleteKalau bab parking susah, pening juga kan...
Hihi..permandangan KLCC jauh tapi cantik. Itulah tu, susah juga jenis parkir macam tu.
DeleteAkak pun pernah stay sini cuma x ingat belah south ke North...
ReplyDeleteCuba ingat di masa check in kat bahagian tengah atau hujung bangunan. Kalau hujung tu South.
Deletecantik
ReplyDeleteYa, cantik.
DeleteHotel ini sempat saya nak booked waktu itu kak. Pas ke KL dengan kluarga besar saya. Tp tuh lah, akhir nya memilih corus Krn Bus aeroline berhenti di depan Corus kan. Seandainya tak ada bayi dan papa bisa jalan jauh, mungkin akan tetep saya book. Tp Krn ada bayi di rombongan kami, saya mengalah , cari hotel yg sesuai utk mereka.
ReplyDeleteBaguuus laaah. Walau tak ada parkir. Terpikir juga kalo ada orang Malaysia yg kesana pakai mobil dengan jenama high end, agak kuatir dari sisi safety tak.
Tapi Hilton memang dah trusted lah, pasti nyaman 👍👍. Saya beberapa kali stay di Hilton saat traveling , semua memuaskan
Ya, saya pun trusted dengan Hilton. Corus pun apa kurangnya. 4 bintang lagi dekat dengan KLCC. Harga pun boleh tahan juga tu. Baguslah begitu cari yang lebih mudah untuk seisi keluarga. Baru seronok bercuti ramai-ramai.
DeleteRasanya golongan yang pakai jenama high end pastinya memilih hotel 5 bintang berbanding hotel 5 bintang ke bawah. Ya, safety tu yang kita risaukan. Syukurlah semuanya OK je dan dipercayai sepanjang menginap di sini.