Dah habis kot musim viral flat peach atau donut peach ni. Sekarang orang tak berebut dah nak membeli. Kalau pergi Jaya Grocer nampak buah flat peach ni memang tak fikir panjang dah, ambil terus masuk bakul.

Dulu masa tengah viral kemain susah nak mencari. Sekarang susah juga sebenarnya nak dapat. Dia tengok musim juga. Kalau ada, merata dapat cari macam di Mydin, Family Store atau Zemart. Ini antara shopping mall yang ada jual flat peach. Ikut nasib jugalah kalau ada stok.

Dulu harga dia macam mahal sikit, selepas viral ni harga dia macam turun sikitlah RM21.90 per pack. Ada 6 biji semuanya. Bukan 7. 

7 biji tu dragon ball!

Flat Peach

Melihat dari warnanya, masih belum matang. Boleh dimakan tapi kurang juicy sikit dan kurang sikit manisnya. Ranguplah tapi. Kena tunggu dia merah semua barulah sedap dimakan, lembut, manis dan berair.

Tips dia kalau nak makan terus kena cari dan beli yang merah-merah tu. Jadi, tak perlu lah nak tunggu peram sampai masak.

Flat Peach Selepas Viral

Flat peach white flesh ni lebih kurang 500gram dari Valencia, Spain. Baru makan sebiji buat rasa-rasa sebelum yang lainnya masak elok.

Flat Peach Selepas Viral