Header Ads

Lunch Bubur Nasi Segera

Bila tinggal seorang di bilik, kita makan apa yang ada je. Nak keluar sorang malas, nak order grab malas nak turun juga. Jadinya kita lunch bubur nasi segera je lah. Sebelum check in dah siap-siap beli stok makanan dalam bilik.

Nak makan mi segera macam tak kenyang. Tukar selera makan bubur segera cup lah pula. Tak ada pilihan lain, terpaksalah beli jenama ni. Ini je yang ada. 

Bubur Nasi Segera

Dalamnya cuma ada sebungkus serbuk bubur dan ada sudu plastik. Eh, macam dah lain rupa bubur segera sekarang ye. Dulu kalau tak silap bubur nasi macam butir-butir besar dan perisa berasingan. Nampak sangat dah lama tak makan bubur segera kan.

Bubur Nasi Segera

Cara buat bubur nasi segera

Penyediaan sangat mudah. Masukkan je air panas sampai paras yang disyorkan. Tak lama lepas tu serbuk tu akan mengembang dan jadilah tekstur macam bubur.

Bubur Nasi Segera

Kena tunggu sejuk sikit baru makan. Kalau tidak, melecur bibir uii... Bubur nasi segera ni tekstur dia halus. Rasa pun sedap. Tambah sedap lagi makan sambil menikmati permandangan indah terbentang luas dengan KLCC tu.

Bubur Nasi Segera

Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar. Tapi makan suam-suam gitu sedap. Bubur nasi segera jenama apa yang sedap? 

Sila komennn...

19 comments:

  1. baru2 ni try bubur lambuk knorr ni, ok gak..not bad

    ReplyDelete
  2. Sedap ya, boleh beli dan simpan untuk emergency atau tak ada selera ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sesuai sangat kalau untuk emergency tu. Boleh buat stok.

      Delete
  3. Akak x pernah cuba makan lagi...so x pasti mana yang sedap...tgok dari gambar yg Fiza share ni nampak macam sedap betul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini untuk emergency okaylah. Kalau di rumah masak sendiri lagi sedap yang pastinya. hihi..Kalau nak cuba bolehlah try mana-mana bubur nasi segera.

      Delete
  4. Teringat pulak waktu operate gigi makan bubur knorr ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau operate gigi atau sakit gigi, buburlah penyelamatnya kan.

      Delete
  5. Di sinipun ada bubur instan begini. Sesekali saja saya beli.

    Kalo saya sedang ditinggal sendiri dalam hotel, dan suami pergi kerja, saya pun malas pesan delivery, sebab malas turun ketemu driver 😅.

    Yg ada selalunya room service, bawa ke kamar langsung 🤭. Tapi kalo ada mie segera atau bubur segera macam nih, dah laah, makan itu saja cukup 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama tak beli. Baru kalini saja mencuba. Itulah, lebih baik berehat saja dalam bilik. Makan apa yang ada. Itu pun dah cukup. Room service pun malas, kena bersiap juga tu sebelum staff hantar makanan. hihi...

      Delete
  6. wah aku baru liat ada bubur nasi instant... kalo di indonesia itu seperti pop mie.
    Sepertinya enak. entahlah.. kapan bsa seperti malay. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terus google pop mie, kelihatan macam mi segera begitu ya. Enak bubur nasi segera ni. Semoga ada rezeki datang bercuti di sini.

      Delete
  7. Tak pernah makan bubur nasi instant ni... Tp nampak sedap juga yg fiza makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba. Sedap jugalah dikala sedang lapar. hihi..atau emergency food ke kan.

      Delete
  8. Senang la cam ni kalau ada orang demam yg rasa nak makan bubur kan? Cari kat 7e je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul uncle. Beli buat stok di rumah pun boleh. hihi...

      Delete
  9. Boleh cuba try cari bubur nasi segera ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.