Sepatutnya temujanji braces hari Sabtu, 28 Jun tapi tengok klinik buka Jumaat, 27 Jun cuti umum. Ingatkan cuti, rupanya buka. Jadi, kita pun minta lah tukar nak datang hari Jumaat. Senang selesaikan awal sehari, hari Sabtu bolehlah balik kampung. 

Lepas daftar, sign consent dan pilih getah o-ring. Sekali lagi kecewa sebab warna hitam tak ada stock. Laku keras betul warna hitam ni. Dah 2 bulan tak ada. Ke saya yang terlambat dah kehabisan stok. 

Saya pun pilihlah warna merah. No choice maaa. Warna lain tinggal yang cerah-cerah kurang menarik di mata saya. Jadi, hitamlah pilih pertama saya.

Braces Monthly Review Setahun Sebulan, Jun 2025

Braces Monthly Review Setahun Sebulan, Jun 2025

Sebelum tukar getah o-ring dan power chain. Doktor scaling dulu gigi. Saya request masa daftar di kaunter. Staff kata sempat, kita pun okay je lah nak scaling. Sepatutnya bulan lepas scaling sebab dah 6 bulan.

Scaling

Tapi sebab bulan lepas braces monthly review dari pakar Orthondontic, jadi kita tangguh lah bulan ni baru scaling. Kali ni punya scaling macam ngilu sikit gusi tu. Bila dah ngilu macam terasa lama pula proses tu.

Nak tak nak kena scaling juga. Dah target nak scaling setiap 6 bulan untuk kebersihan gigi sementara pakai braces ni. Rasa bersih sikit gigi walaupun kita gosok hari-hari kan.

Bracket tercabut

Sebelum scaling doktor check dulu gigitan tu. Kena buka tutup buka. Tanggalkan getah o-ring dan power chain. Doktor perasan ada bracket tercabut. Saya pun tak tahu bila masa tercabutnya.

Doktor kata dia pun baru perasan. Dia ada kat situ tapi macam tertanggal gitu.

Getah o-ring dan Power chain

Dah selesai scaling, barulah doktor tukar getah o-ring dan power chain. Power chain pula tak ada warna merah macam getah o-ring tu. Saya minta warna hitam. Tak ada stok juga. Sudahnya saya pilih warna blue metallic untuk power chain.

Lepas tu macam tak padan pula getah o-ring merah dan blue metallic. Padahal Okay je biru merah macam JDT kan. Dentist Assistant suggest warna grey. Saya okay kan je. Okaylah nampak padan sikit.

Tapi itulah tak boleh nak makan makanan berkunyit berkari bagai. Nanti confirm cepat berubah warna getahnya. Hmm...

Wayar masih maintain saiz. Doktor kata gigi bawah depan kanan tu macam dah rapat sikit. Jadi, hanya tukar getah ketatkan je. Gigi 4 batang depan bawah tu degil betul ye taknak bergerak masuk ke dalam.

Kali ni pakai power chain tak rasa tekanan tarikan tu sangat. Tak macam masa mula-mula pakai bulan lepas, dia punya sakit tarikan tu rasa macam mula-mula pakai braces. Baguslah kali tak ada sakit tarikan tu. Ngilu scaling tu je lah.

Total cost

Braces monthly fee : RM150
Scaling : RM99
Total : RM249