
Masa baru buka memang sesak lah. Tidaklah kami nak pergi dengan ramai-ramai orang begitu. Sekarang dah susut orangnya, barulah kita pergi menjengah.
Senanglah Uniqlo dah ada di Seremban. Senang nak shopping baju. Kalau tidak, ke AEON Nilai je lah paling dekat. Paling jauh kat IOI City Mall atau MyTOWN.
Menariknya, Uniqlo Seremban 2 bukan dalam shopping mall. Standalone store. Senang nak berurusan membeli. Tak perlu masuk shopping mall. Parkir pun percuma je. Kalau setakat nak membeli pakaian tu okaylah. Kalau nak beli benda lain, baiklah masuk shopping mall.
Ini baru kali kedua saya singgah. Kalau ada keperluan barulah kita pergi. Kalau setakat nak jalan-jalan cuci mata tu tak ada lah.

Lepas beli barang dapur di Mydin, barulah kita singgah sini. Setiap kali tengok kemeja ni berkenan dengan motif bunga tu. Encik suami kata kemeja Yakuza. A'ah lah, geng gangster suka pakai kemeja bunga-bunga ni. Seganas-ganas mereka, dalam hati ada taman.

Berkenan tapi taklah membeli. Tak ada keperluan membeli. Bila kala nak memakai sebab encik suami sarung Tshirt je. Baju kemeja yang ada pun tak terpakai, bilamana ada urusan atau acara tertentu je pakai.
Dah dapat barang yang nak dibeli. Kita belek-belek kejap sementara ada masa sebelum tutup kedai. Tak sampai 15 minit disini, jomlah balik.

Sama macam di Decathlon. Rasanya baru tahun lepas kot Uniqlo buat sistem pembayaran self checkout. Sebelum ni di kaunter macam biasa. Tapi ada je kaunternya. Ikutlah nak bayar kat mana satu.


Terima kasih Encik Suami belanja. Semoga terus bertambah-tambah rezekinya. Aamiin...
Suka membeli di Uniqlo disebabkan material, kualiti dan saiznya kena dengan orang Asia. Jenis AIRism cotton selesa dengan cuaca di Malaysia. Cuma lately ni harga dia semakin naik dan naik. Beli masa promosi baru berbaloi sebab harga akan turun RM20 daripada harga asal.
Walaupun agak pricey tapi tahan lama ye. "Kalah membeli, menang memakai".
14 Comments
owh, baru buka.. wife saya suka shoping kat uniqlo.. saya tak sangat...
ReplyDeleteYe, betul. Yang standalone store ni baru buka di Seremban 2.
Deletex sampai lagi...gaji nanti leh jengah ni.. he he
ReplyDeleteBila-bila nanti boleh sampai sebab dah dekat je tu. hihi...
DeleteSuka tengok design baju2 di Uniqlo ni. Tapi cutting tak sesuai sangat sebab lengan kita sado hehe.
ReplyDeleteHihi...takpe, boleh cari lain yang lebih sesuai dengan kita.
DeleteSekarang banyak kedai yang dah boleh self checkout ni, bagus sebab memudahkan dan cepat.
ReplyDeleteA'ah banyak sudah. Yang saya jumpa dua store ni je. hihi...Senang dan cepat gitu.
Deletesaya pun suka uniqlo sebab material kain best sangat! sampai lusuh saya pakai tshirt kemeja saya tu.. haha
ReplyDeleteBetul. Yang lama tu pun masih selesa dipakai sampai sekarang. Kita pakai selagi boleh pakai gitu.
DeleteOoo... dah macam Decathlon, boleh self check-out. Akak kalau datang Uniqlo, beli underwear atau bra je, Airism. Suami pun dah belikan untuk dia boxer. Selesa sangat, dan tahan lama.
ReplyDeleteA'ah, self checkout ada dah. Innerwear AIRism memang selesa sangat.
Deleteuniqlo ni selalunya pakaian sahaja kan? rasanya Brand Outlet hari tu pun, store nya mcm uniqlo ni. pattern pakaian astetik gitu.
ReplyDeleteAda juga accesories macam bag, topi, spek dan macam-macam lagi. Brand Outlet saya tak pernah masuk lagi. Sama ye? Kalau dari negara sama, mungkinlah tu sama konsep dia.
Delete