Beli dan Blah Di Uniqlo Seremban 2

Mati idea dah nak update apa. Nanti kekok pula nak menaip kalau dibiarkan lama tak berupdate. Baiklah, buat entry santai-santai je jalan-jalan membeli dan blah di Uniqlo Seremban 2 yang baru dibuka pada bulan 9 Mei haritu.

Uniqlo Seremban 2

Masa baru buka memang sesak lah. Tidaklah kami nak pergi dengan ramai-ramai orang begitu. Sekarang dah susut orangnya, barulah kita pergi menjengah.

Senanglah Uniqlo dah ada di Seremban. Senang nak shopping baju. Kalau tidak, ke AEON Nilai je lah paling dekat. Paling jauh kat IOI City Mall atau MyTOWN.

Menariknya, Uniqlo Seremban 2 bukan dalam shopping mall. Standalone store. Senang nak berurusan membeli. Tak perlu masuk shopping mall. Parkir pun percuma je. Kalau setakat nak membeli pakaian tu okaylah. Kalau nak beli benda lain, baiklah masuk shopping mall.

Ini baru kali kedua saya singgah. Kalau ada keperluan barulah kita pergi. Kalau setakat nak jalan-jalan cuci mata tu tak ada lah. 

Uniqlo Seremban 2

Lepas beli barang dapur di Mydin, barulah kita singgah sini. Setiap kali tengok kemeja ni berkenan dengan motif bunga tu. Encik suami kata kemeja Yakuza. A'ah lah, geng gangster suka pakai kemeja bunga-bunga ni. Seganas-ganas mereka, dalam hati ada taman.

Uniqlo Seremban 2

Berkenan tapi taklah membeli. Tak ada keperluan membeli. Bila kala nak memakai sebab encik suami sarung Tshirt je. Baju kemeja yang ada pun tak terpakai, bilamana ada urusan atau acara tertentu je pakai. 

Dah dapat barang yang nak dibeli. Kita belek-belek kejap sementara ada masa sebelum tutup kedai. Tak sampai 15 minit disini, jomlah balik. 

Uniqlo Seremban 2

Kita self checkout. Sekarang dah mudah bayar di self checkout. Letak je barang dalam tempat tu, auto scan berapa items dan nilainya. Scan code bar member, terus buat pembayaran. Senang gitu. Ikut je arahan yang ada di situ.

Sama macam di Decathlon. Rasanya baru tahun lepas kot Uniqlo buat sistem pembayaran self checkout. Sebelum ni di kaunter macam biasa. Tapi ada je kaunternya. Ikutlah nak bayar kat mana satu. 

Uniqlo Seremban 2

Terima kasih Encik Suami belanja. Semoga terus bertambah-tambah rezekinya. Aamiin...

Suka membeli di Uniqlo disebabkan material, kualiti dan saiznya kena dengan orang Asia. Jenis AIRism cotton selesa dengan cuaca di Malaysia. Cuma lately ni harga dia semakin naik dan naik. Beli masa promosi baru berbaloi sebab harga akan turun RM20 daripada harga asal.

Walaupun agak pricey tapi tahan lama ye. "Kalah membeli, menang memakai".

Post a Comment

10 Comments

  1. owh, baru buka.. wife saya suka shoping kat uniqlo.. saya tak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Yang standalone store ni baru buka di Seremban 2.

      Delete
  2. x sampai lagi...gaji nanti leh jengah ni.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila-bila nanti boleh sampai sebab dah dekat je tu. hihi...

      Delete
  3. Suka tengok design baju2 di Uniqlo ni. Tapi cutting tak sesuai sangat sebab lengan kita sado hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...takpe, boleh cari lain yang lebih sesuai dengan kita.

      Delete
  4. Sekarang banyak kedai yang dah boleh self checkout ni, bagus sebab memudahkan dan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah banyak sudah. Yang saya jumpa dua store ni je. hihi...Senang dan cepat gitu.

      Delete
  5. saya pun suka uniqlo sebab material kain best sangat! sampai lusuh saya pakai tshirt kemeja saya tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang lama tu pun masih selesa dipakai sampai sekarang. Kita pakai selagi boleh pakai gitu.

      Delete