Header Ads

Selamat Hari Guru 2025, Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Selamat Hari Guru 2025 buat semua pendidik yang telah banyak berjasa dan berbakti dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat para pelajar.

Selamat Hari Guru 2025

Hari ini, 16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun bagi menghargai jasa para pendidik. Guru pertama kita adalah ibu dan ayah kita, jasa mereka juga takkan pernah kita lupakan. 

Tema Hari Guru 2025

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan adalah tema Hari Guru pada tahun 2025. 

Sempena sambutan Hari Guru, setiap sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru yang di isi dengan pelbagai aktiviti antara pelajar dan guru. Pelajar juga akan memberikan hadiah pada guru-guru yang mengajar mereka.

Paling tidak, para pelajar akan memberikan ucapan atau membuat kad ucapan sendiri kepada guru-guru yang disayangi untuk menzahirkan rasa berterima kasih kepada guru.

Koleksi ucapan dan hadiah Hari Guru


Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pensyarah yang telah mengajar saya. Juga kepada rakan-rakan yang bergelar guru. Teruskan bersemangat mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu, beradab dan berguna pada masa akan datang demi agama, bangsa dan negara.

Tugas guru sangat mencabar di zaman serba canggih dengan teknologi ni. Besar pengorbanan seorang. Terutamanya yang mengajar di pendalaman sana. Nak pergi sekolah pun terpaksa bersusah payah demi memberikan ilmu. 

Jadi, jangan kita sia-siakan pengorbanan seorang guru. Hargai guru kita. Semoga Allah membalas jasa guru-guru kita dengan segala kebaikan. Aamiin...

1 comment:

Powered by Blogger.