Header Ads

Breakfast di Ruang Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Lepas solat subuh, kami bersiap terus turun bawah. Turun awal sebab jam 6.30 dah boleh makan sarapan di ruang makan kitchen.

Makan Kitchen

Masuk ke ruang makan, berhenti kejap di kaunter. Dalam gambar sebelah kanan. Masuk-masuk je terus nampak kaunternya.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Check nama dan nombor bilik. Kemudian kami di bawa oleh pekerja hotel untuk ke meja makan kami. Di hujung sudut diberikan kepada kami. Macam tahu-tahu je kami inginkan privacy sikit.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Kami pusing-pusing dulu tengok apa yang menarik. Ambil sarapan berat dulu untuk pusingan pertama. 

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Nasi lemak sikit je. Ambil maggi goreng, bukan mi goreng. Tak ada bihun goreng, nasi goreng ada lah. Tapi tak ambil. Tomago,scrambled eggs, sosej, daging dan salad kentang jepun. Itu je untuk pusingan pertama.

Nasi lemak dia sedap jenis nasi berderai ada aroma santan tu. Sambal pun sedap. Mi goreng kurang sedap sikit. Apa yang kurang pun tak tahulah. Yang lain tu okay standard makanan hotel.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Bini suruh ambil gambar elok-elok, ini hasilnya dia ambil. Hmmm...Ikutkan lepas sarapan nak pergi brisk walk ke slow jog ke tepi pantai. Tapi sebab semalam kita tengok macam tak menarik je pantai tu. Terbatal niatnya. Pakai je lah outfit untuk bersenam. Muka masih sembap ada bengkak bengkak kecil.

Sementara tengah makan, encik suami ambilkan asam laksa. Saya ingatkan dia nak ambil mi sup. Saya rasa sikit je sebab tak boleh nak masuk. Saya suka laksa dan suka asam tapi kalau asam laksa saya tak boleh masuk. Pelik bin ajaib.

Encik suami lagilah tak makan laksa, inikan pula asam laksa. Aduhaii...terpaksa menyerah kalah.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Lepas tu ambil buah untuk pusingan ketiga. Buah potong hanya ada 3 jenis buah ni je. Yang lain pisang, longan dan buah apa lagi entah. Dah lupa sebab tak ambil gambar. Sikit betul pilihan buah-buahannya. 

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Lama tak makan buah melon sejak pakai braces. Ambillah buat rasa-rasa. Mujurlah lembut sikit. Bolehlah makan.

Last round saya ambil kuih muih dan kek. Saya rasa tak ada yang menarik untuk saya makan. Mujur saya ambil sikit je sebab semuanya tak mencapai KPI selera.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Paling sedap pun pancake lembut dan gebu. Kek pisang, kek marble dan muffin jenis texture kering dan tak moist. Tak lembut. Kuih seri muka versi bunga telang ke bunga keladi entah, dia punya pulut keras betul macam pulut terdedah dibiarkan kena angin tu. 

Habiskan jugalah. Itupun jenuh nak habiskan suap dalam mulut sikit-sikit. Selain nasi lemak, latte ni 2 kali ambil. Sedap nau menghirup kopi panas-panas. Kopi guna mesin bukan ready made. Itu yang sedap tu guna biji kopi.

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Hirup kopi panas sampai panas badan. Ye lah, kita pakai parka senang panas badan dan berpeluh. Kalau breakfast di hotel suka turun awal tak ramai dan boleh bersantai-santai makan. Tak rushing. 

Makan Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Lama jugalah kami lepak makan perlahan dari jam 6 lebih hampir pukul 7 sampai jam 8 lebih macam tu. Cuaca pun dah terang.

Kitchen Double Tree by Hilton Hotel

Perkhidmatan dia okay sangat, pantang pinggan licin terus je datang nak ambil. Pekarja mesra tetamu murah senyuman. Tapi tulah makanan dia kena upgrade bagi sedap. Tak tahulah kot orang lain kata sedap. Lain orang, lain rasa seleranya.

5 comments:

  1. Selalu gitu kan makanan hotel sepatutnya semua sedap la bayar mahal. Hihi. Cie pun sejenis turun breakfast awal supaya jadi orang terawal ceduk makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Harga bukan murah-murah. Seronok dapat turun awal kan. Dapat jadi orang terawal. Lepas tu boleh lepak.

      Delete
  2. kalau sarapan hotel ni jam 6.30 tu memang elok untuk turun sarapan di hotel...sebab nanti memang ramai sangat orang dan tak tenang.

    ReplyDelete
  3. asam laksa tu dia masukkan mi kuning ke tu?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.