Header Ads

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Lambat sikit bersiaran hari ni. Biasalah hari Isnin, hari yang sibuk sikit dengan mood Monday Blues. Hampir dua bulan lebih saya mencari-cari ulam daun pucuk tenggek burung.

Sebelum ni dah jumpa dah tempat nak beli ulam daun pucuk tenggek burung ni. Beli di kedai sayur-sayuran di KIPMall/ Kip Mart Lavender Heights Senawang tu. Tapi sejak renovate dan wujudnya Rosyam Mart, tak jumpa dah kedai tu. Tak tahulah jual kat mana sekarang.

Lepas tu mencari di Pasar Ampangan. Pun tak ada. Tak pernah nampak orang jual pun. Nak cari pucuk paku pun payah di Pasar Ampangan ni. Pasar Seremban tak pernah jejak lagi.

Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung

Encik suami kata nak cari di Pasar Tani Ahad di Stadium Paroi. Minggu pertama pergi, pakcik tu dah balik awal. Kita yang pergi lambat. Minggu kedua, pakcik tu tak berniaga pula. Lepas tu tak pergi dah. Tak ada rezeki nampaknya.

Semalam, encik suami pergi awal sikit. Akhirnya, rezeki sayalah ada ulam daun pucuk tenggek burung ni. Bukan 1, bukan 2 encik suami beli. Tapi 5 ikat dia beli. Perli bini ke apa ni? Orang dah beli, kita jangan banyak bunyi.

Jadi, minggu ni kita berulamkan daun pucuk tenggek burung je lah ye. Tak payah masak-masak sayur dah. Muka ada senyum, banyak happy. Yang ni banyak sikit daun pucuk daripada daun matang. Tapi masih lembut lagi boleh makan.

Saya suka daun ulam tenggek burung ni sebab tak pahit. Rangup dan ada rasa berangin sikit. Sedap di gandingkan bersama ikan goreng dan sambal belacan atau sambal geprek. Nasi curah kicap manis sikit. Fuhh..berselera makan!

Nampaknya kena cari jugalah benih pokok tenggek burung ni. Nak tanam kat kampung, baru senang hidup kan. 




19 comments:

  1. First time tengok daun ni. Boleh cari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki jumpa dan dapat rasa ulam ni.

      Delete
  2. Rasa macam tak pernah makan ulam ni. Cie suka ulam juga. Lagi sedap dari sayur bergoreng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun suka ulam. Nanti bolehlah cari dan tanya peniaga sayur di pasar atau pasar tani. Kalau ada, jangan lupa beli dan rasa.

      Delete
  3. Favorite Akk juga ni...
    Sedap ulam daun ni cicah sambal belacan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jumpa ulam tenggek burung di LD. Teringat dulu kalau balik kampung arwah Kak Ros rajin petik di kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin di sana orang tak makan ulam ni kot kak Amie. Masih ada lagi ke pokok tu? Kalau ada benih anak pokoknya boleh tanam. Sesuatu makanan tu mesti kita teringat akan seseorang bila dia tiada.

      Delete
  5. kita minat gak ulam2 ni, tapi ni feveret mak ayah saya la.. saya plk suka pucuk jambu masam2 gitu time makan ngn nasi cicah ngn budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk jambu saya tak pernah cuba lagi. Pucuk jambu apa tu? Jambu batu ke?

      Delete
  6. First time dengar nama ulam tu. Kena pergi cari jugak ni kat Pasar Paroi tu. Pakcik tu jugal bahagian mane kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband saya yang pergi haritu. Nanti saya tanyakan dan inform kat sini ye.

      Delete
    2. Pakcik jual sayur yang kepala lori warna merah 2 tan tu. Belah dekat stadium.

      Delete
  7. x pernah plak makan..but kalau masuk dlm makanan tu maybe ada la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu buat ulam je. Dalam masakan tu tak pernah jumpa lagi.

      Delete
  8. Tenggek burung. Bestnya! Lama dah tak makan. Susah nak jumpa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan ulam ni kak Farrah. Itulah tu, susah betul nak jumpa. Pasar Tani je lah yang selalunya ada kot.

      Delete
  9. blkg umah mak cik sy byk fiza... moh ler turun ke melaka...amik free je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh nau tu nak kena turun Melaka Anies. hihi...Apa² pun Terima kasih Anies untuk itu.

      Delete

Powered by Blogger.