Header Ads

Check In Eastin Hotel Penang

Dari kejauhan dan nampak bangunan Eastin Hotel ni. Dekat je dengan Queensbay Mall. Sempat saya potretkan bangunan hotel ni dari dalam kereta. 

Eastin Hotel Penang

Agak bersimpang siur jugalah nak ke hotel Eastin ni. Kita ikut je lah pakcik waze yang tunjukkan jalan menuju ke destinasi.

Eastin Hotel Penang

Encik suami dah kelewatan, dia hanya turunkan saya di luar lobby hotel. Saya bawa barang apa yang perlu je dulu. Nak bawa semua memang tak larat lah. Memandangkan dah pukul 3 lebih, saya terus check in tanpa perlu menunggu masa.

Eastin Hotel Penang

Ruang menunggu dan cafe selaras dengan receptionist. Luas ruang lobby Eastin Hotel ni. Segan nak ambil di receptionist sebab saya seorang je tetamu yang nak check in masa tu. Saya ni pemalu orangnya.

Eastin Hotel Penang

Urusan check in tak lama sangat. Tak perlu bayar deposit tapi perlu bayar caj warisan negeri sebanyak RM3. Penang ni macam Melaka, ada cukai kena bayar. 

Selesai urusan check in, saya terus ke bilik. Pihak hotel bagi access kad 1 je. Nak naik lif kena guna kad, kena touch baru boleh tekan number level.

Eastin Hotel Penang
Perempuan dan cermin berpisah tiada

Saya ingatkan hotel yang kongsi dengan resident je kena ada kad access kalau nak naik lif. Jenis hotel sahaja pun ada begitu ye. Okay sangat kalau macam ni, lebih selamat. Taklah orang senang-senang turun naik lif.

Dapat bilik tingkat 11. Macam biasa request high level. Kami booking last minit, jadi tak banyak bilik yang available. Dapatlah booking bilik Deluxe dengan katil king melalui agoda. Itupun dah kira okay sangat dah

Masuk bilik je dah terbau wangian yang segar. Sedap baunya macam bauan citrus. Bilik jenis berkarpet yang tebal, selesa pijak dan tak bau kepam. Cuma corak dia macam vibrance sangat. 

Eastin Hotel Penang

Kebersihan dan kekemasan memang tiptop. Ruang yang luas juga dan selesa semestinya. Di sebelah kiri pintu masuk, bilik air dan tandas di dalam ruang bilik yang sama.

Eastin Hotel Penang

Sinki berasingan. Sebelah tu ada disediakan phone. Senanglah kalau ada emergency dalam bilik air. Ke nak menyembang sambil memerut? Takkanlah kan...

Eastin Hotel Penang
selfie di cermin sinki dulu

Saya tercari-cari mana bidet. Rupanya bidet dia dah built in dalam toilet bowl. Ada adjustable di tepi sebelah kanan mangkuk tandas. 

Eastin Hotel Penang

Kelengkapan mandi disediakan. 
  • Shampoo & conditioner
  • Body wash
  • Dental kit
  • Vanity kit
  • Shower cap
  • Sanitary bag
  • Liquid soap
  • Hair dryer
Eastin Hotel Penang

Bilik air bersih dan ventilation bagus. Di luar bilik air sebelah kanan ke ruangan bilik ada cermin besar. Saya suka bilik ada cermin besar macam ni. Puas hati nak bersiap pun.

Eastin Hotel Penang

Jom ke ruangan bilik pula. Katil king yang lebar dan selesa. Ruangan tingkap yang kurang luas. Tapi kira ok ada tingkap dan ada permandangan luar. Saya tak boleh kalau bilik tanpa tingkap. Rasa terperangkap.

Eastin Hotel Penang

Di sisi katil, meja dan cermin. Bolehlah buat kerja di sini. Kerusi pun selesa.

Eastin Hotel Penang

Di sisi katil sebelah lagi disediakan wardrobe.
  • Hanger
  • Iron board
  • Iron
Eastin Hotel Penang

Disediakan juga perkhidmatan cuci baju. Channel TV pun banyak siarannya. Sempat lah juga layan drama di TV3.

Eastin Hotel Penang

TV betul-betul berhadapan dengan katil. Boleh layan drama sambil baring gitu. Lagi santai kawan.

Eastin Hotel Penang

Sebelah TV ada ruangan minuman, peti besi keselamatan dan peti ais mini. 

Eastin Hotel Penang

Gelas, cawan, krimer, gula, 3 in 1 nescafe, teh dan air minuman disediakan. Kami minum air masak dalam botol je lah. Sejak berhenti minum kopi 3 in 1 ni kalau tidur hotel memang tak usik lansung.

Eastin Hotel Penang

Dalam peti ais ada pula minuman dalam tin. Kami tak sempat minum tapi ambil bawa balik buat bekal.

Eastin Hotel Penang

Ini pula permandangan dari dalam bilik menuju ke pintu keluar. Selesai ambil gambar, solat dan rehat sementara menunggu encik suami selesaikan kerja.

Eastin Hotel Penang

Di luarnya permandangan jalan raya, hutan batu dan gunung-ganang. Agak sibuk juga jalan raya ni. Cuaca panas terik diluar. 

Eastin Hotel Penang

Malam tu layan permandangan waktu malam dari tingkap bilik.

Eastin Hotel Penang

Bilik ni tak ada beranda. Kalau pandang bawah rasa gayatlah pula. Agak kurang sibuk jalan di waktu malam. 

Eastin Hotel Penang

Oleh kerana penat, kami tidur awal. Lepas solat isya', rehat dan tidur lebih kurang jam 10 malam. Encik suami terpaksa tidur lewat sikit siapkan kerjanya. 

Bersambung...

5 comments:

  1. Besar lobi hotel. Syoknya Fizah, sangat selesa biliknya. :)

    ReplyDelete
  2. Kat Pahang pun ada cukai kelestarian RM3. Cantik la hotelnya semua kelengkapan disediakan. Suka bilik bau wangi baru selesa nak menginap.

    ReplyDelete
  3. Eastin ni antara hotel yang saya suka juga cuma itulah harganya boleh tahan. Masa mula-mula hotel ni dibuka dah dapat merasa berbengkel di sini. Satu benda yang saya rasa tak banyak hotel boleh lawan ialah katil, bantal dan selimutnya memang sedap betul. Cantik-cantik gambarnya.

    ReplyDelete
  4. Cantik biliknya. Menarik pula bila deco guna warna terang ceria begitu. Cantik bebenor view yang Phizha captured. I like! 😍

    ReplyDelete
  5. Sedap mata memandang suasana bilik hotel tu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.