Header Ads

Makan Tengah Hari Nasi Minyak, Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Sambung cerita semalam yang tak sempat nak dihabiskan. Sarapan lontong kuah lodeh, makan tengah hari nasi minyak pula yang encik suami beli sekali waktu pagi tu. Senang hati bila tak payah memasak untuk tengah hari. 

Dapat rehat dan dapat buat kerja lain. Nasi minyak ni juga sudah beberapa kali saya ulang beli di Kedai Roti Canai Sikamat. Banyak sudah bekas-bekasnya di rumah ni. Tunggu masa nak di kitar semula je. 

Bila teringin makan nasi minyak, boleh beli di sini je tanpa perlu tunggu jemputan majlis kenduri kahwin. Nasi minyaknya dibungkus dalam bekas plastik makanan begini. Lauk diasingkan dalam plastik lain.

Nasi Minyak

Begini rupa parasnya bila dibuka bekasnya. Saya suka packaging macam ni untuk elakkan cepat basi, terutamanya acar timun tu. 

Nasi Minyak

Saya juga tak suka kalau lauk disatukan. Nanti nasi banjir dengan sambal, tak sedap dinikmati. Sebab tu saya bukan peminat nasi kandar. Beli nasi kandar pun kena asing lauk dan kuah. Wkwkwkwk

Satu set nasi minyak ni ada ayam masak merah dan acar timun, ada hirisan lobak dan cili besar. Walaupun serba ringkas tapi itu dah cukup sempurna untuk makan hidangan nasi minyak.

Nak makan, hidangkan dalam pinggan. Mudah nak pindahkan nasi dalam pinggan. Terletak elok je begitu. 

Nasi Minyak

Nasi minyak

Nasi minyak ni pada tekak saya, sedap cukup rasa. Walaupun nasinya menggunakan beras biasa, tak ada hal. Janji ada rasa nasi minyak dia. Nasi lembut dan beraroma. Harga sebungkus pun berpatutan. Kalau di Foodpanda RM8 lebih. Di kedai murahlah sikit.

Atasnya ditaburkan bersama bawang goreng. Dah tak ranguplah tapi. Sebab dah lama dibiarkan dalam bekas kan. Kalau makan terus selepas dibeli, masih rangup lagi tu.

Ayam masak merah

Saya suka juga ayam masak merah yang digandingkan dengan nasi minyak ni. Ayamnya digoreng dahulu baru disambalkan. Saya suka masakan ayam begitu. Kurang gemar makan yang tak digoreng dahulu. 

Sambalnya cukup rasa pedasnya. Itu yang saya suka. Seketul tu sepadan dengan porsi nasi. Berselera makan tengah hari. 

Acar timun

Acarnya tak banyak tapi bolehlah buat rasa-rasa. Harga pun murah, nak expect apa kan. Cakap pasal acar timun ni, rasa rindu dengan acar timun rampai macam kenduri kahwin. Acar yang ditumis tu. Macam lama dah tak jumpa di kenduri kahwin. Teringin pula tiba-tiba.

Timun dan lobak merah masih rangup walaupun makan waktu tengahari. Agak lebam sikit sebab makan lambat sikit yang dibeli waktu pagi. Tapi tak basi lagilah.

Agak-agak pagi teringin makan nasi minyak, pun boleh dijadikan sarapan sebab dijual awal pagi. 

Akhirnya saya kembali memotret setelah sekian lamanya berehat. Masa tu mood tercampak jauh. Baru ni mood sampai. Rindu nak ambil gambar dan edit gambar bagi nampak cantik. Saya kemas semula mini studio yang dah berhabuk. Harapnya rajin lah lepas ni.

Jangan hot-hot chicken s*it

Watermark kena letak kat makanan sebabnya ada kes penjual kedai dalam apps food delivery tu ada gunakan gambar saya. Bukan 1 kedai, ada dalam 4-5 kedai jugalah yang saya jumpa. Gambar makanan dan minuman yang kongsikan dalam blog ni.


Antara yang saya pernah jumpa dan sempat screenshot. Kot ada yang lain guna tak tahulah. Terang-terang saya letak watermark besar tu. Ehhh dia nak guna juga. Tapi tak ada lah saya inform mereka sebab dah terang lagi bersuluh ada watermark saya tu. 

Takkan tak boleh fikir, ye tak? Gambar air tu pula watermark saya di bawah, dia crop. Jadi tak nampaklah watermark saya tu. Macam-macam ye.

Ada juga mereka yang berniaga email saya untuk gunakan gambar yang saya kongsikan tu. Itu okay lagilah minta izin. 

22 comments:

  1. menu kegemaran. jika tapau memang minta asingkan lauk dan nasi. jika tidak, blm apa-apa dah kembang jadi tak lalu nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kembang, lauk tak cepat basi. Kalau basi pun tak kacau nasi. Jenis nasi kembang dengan lauk kurang sikit selera nak makan tu kan.

      Delete
  2. Tengok nasi minyak, ayam masak merah dan acar timun ni, terus lapar. Combi yang sangat sedap walaupun nasi dan 2 lauk saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, walaupun lauk dua je boleh buat berselera dan kenyang makan.

      Delete
  3. Sedapnya nasi minyak dan ayam masak merah. Sama la Cie pun suka ayam masak merah tu ayamnya digoreng dulu baru disambalkan. Baru la feel makan. Bab watermark tu kena besarkan sikit baru depa nampak orang punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kombinasi yang ngam sangat. Selera kita sama. Ada yang dah besarkan pun orang masih guna gambarnya. Sabar je lah.

      Delete
  4. Sedapnya nasi minyak and the gang!
    Pernah sekali balik dari hiking singgah kedai makan. Belek-belek catalogue ada menu ikan bakar ambil dari blog kita. Kita pun diam-diam saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi minyak and the gang ni memang sedap Kak Amie. Siap buat katalog cetak lagi tu. Ambil tanpa rasa bersalah dan buat berniaga, tak tahulah apa dia fikir. Saya pun diamkan je.

      Delete
  5. Wah, nasi minyak siap asing lauk, memang pandai jaga selera ni! Memang betul, nasi banjir sambal tu buat makan tak syok langsung, lain la kalau lauk kena asing-asing, baru ngam. Acar timun pun walaupun sikit, cukup untuk bagi rasa fresh. Macam kenduri kahwin nostalgia. Eh, pasal gambar makanan tu, memang kena jaga betul, jangan sampai ada yang ambil tanpa izin, nanti lauk kita hilang ‘copyright’ pula! Teruskan capture gambar lawa, nanti boleh buat Instagram food influencer pulak, kan? 😄🍽️📸

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lauk diasingkan. Betul, peniaga pandai jaga makanan. Baru berselera pembeli makan.

      Setuju tu, hilang identiti makanan kedai tu. Saya memang upload di medsos tapi tak terfikir ke arah food influencer. Jadi orang biasa yang carca merba tema medsosnya. hihi...

      Delete
  6. Aduh.. Ada kedai sendiri pun nak guna gambar orang lain.. Ambillah sendiri gambar makanan yang telah dimasak sendiri kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...Barulah orang nampak rupa makanan di kedai sendiri.

      Delete
  7. Bagus betul letak macam ni. Elak bercampur. Tapi kalau saya, makan dalam bekas tu terus. 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bagus. Saya sokong. Hihi..ikut keselesaan masing-masing. Kalau beli dan terus makan di luar memang makan terus guna bekas. Di rumah lebih selesa makan dalam pinggan.

      Delete
  8. Kelakar la hot2 chicken 😂
    Tula gambar ada watermark pon dicuri.
    Gambar Cuya lagi la tkde watermark, mls lak nk bubuh, dgn harapan tidk dicuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Sabar je lah orang dok ambil gambar kita. Nak bising macam buang tenaga pulak.

      Delete
  9. Curi gambar makanan takpe
    Jangan curi gambar rupa paras kita

    ReplyDelete
  10. bagus packaging mcm ni...x campur...i like!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat bagus tak bercampur nasi dan lauk.

      Delete
  11. sedapnyaaa...
    dah lama sy tak jumpa org jual set mcm ni tp letak acar nanas... nanas mahal kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Yang ni macam tak ada anas. Dia letak timun, carrot dan cili je.

      Delete

Powered by Blogger.