Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box
Teman encik suami buat cermin mata di Focus Point bulan puasa hari tu. Padahal sebelum tu dah buat cermin mata juga di Yelo Factory Eyewear. Sajalah tu nak tambah koleksi cermin mata. Satu cermin mata plastik, satu lagi kaca yang ada nose pad tu.
Alang-alang dah pergi kedai cermin mata tu, saya pun tumpanglah beli stok contact lens. Baru perasan tinggal sekotak je lagi.
Kali ni saya terpaksa curang dengan FreshKon sebabnya tak ada stok. Aduhaii...kita ni dah lah jenis setia. Tak ada pula dia. Bukan apa, risau tak biasa dengan contact lens. Pernah pakai blincon tapi tak selesa pakai.
Okaylah okaylah, kita cuba dulu tengok macamana. Masa tu Freshlook ada promosi buy 2 boxes free 1 box. Harga nanti saya update. Lupa dah resit letak mana.
Biasanya promosi contact lens begitulah. Mulanya saya pilih brown, gray dan pure hazel. Lepas tu staff check tak ada pula pure hazel, kena order. Okaylah saya setuju.
Tapi nanti dah sampai stok dia akan inform dan baru ambil sekali dengan cermin mata encik suami. Hari masa nak ambil cermin mata encik suami tu katanya pure hazel tu tak ada. Yang ada brown je. Okay ambil je lah apa yang ada.
Jadinya 2 warna brown dan 1 gray. Tapi gray tu saya dah pakai masa raya. Jadi, tak ada kenangan dia dalam gambar.

Masih pakai power yang sama. Saya rasa contact lens freshlook ni lembut sikit dan selesa pakai. Tak rasa kering mata. Pendek kata, selesa!

Dulu masa mula-mula pakai contact lens zaman study macam senang je nak beli contact lens di kedai. Mesti ada stok untuk power macam saya.
Mungkin sebab sekarang banyak dah jual online dan orang lebih memilih untuk beli secara online. Tapi kalau nak beli online tu silalah beli di kedai yang berdaftar ye.
Risau betul kalau nak beli contact lens yang bukan-bukan. Takut rosak mata. Saya pakai contact lens kalau keluar rumah jalan-jalan. Sebab tak nak tudung kembang pakai cermin mata.
Tapi kalau nak cepat, setakat pergi beli barang sikit tu pakai cermin mata je lah lagi cepat siap. Bergantung pada keadaan.
Post a Comment