Header Ads

Shopping Handle Long Wallet Dan Wrislet Card Holder Charles & Keith Dari Temasek

Bahaya betul eh kalau sponsored post lalu lalang di media sosial. Biasanya kalau keluar sponsored post tu maksudnya kita tengah cari benda tu lah kan. Tak silap masa tu saya tengah cari handle mini hand bag. Sekali keluar lah gambar Kristine sculptural handle long wallet Noir Charles & Keith ni.

Eh nampak macam cantik je. Macam menarik je. Terus tengok di website. Nampak ada stok, laju membeli. Kebetulan tengah cari wallet yang bersaiz kecil dan nipis untuk muat masuk dalam hand bag, tertarik dengan multi slot wristlet card holder ni.

Alang-alang membeli tu, beli sekali je lah sebab beli online pos dari Temasek. Macam best pula sebut Temasek, nama lama Singapura.

Charles & Keith

Ikutkan malas nak beli online sebab pos dari Singapura kan. Tapi pernah je pergi butik di IOI City Mall tu, tak ada stok yang sana nak. Tak banyak pilihan berbanding di website. Terpaksalah kita beli online juga. 

Penghantaran pun tak sampai seminggu. Kira okaylah tu kan. Bukan urgent tak apa. 

Charles & Keith

Kristine Sculptural-Handle Long Wallet - Noir

Saya suka dengan design beg yang unik. Pemegang besi yang menarik dengan kemasan beg yang ringkas. Minimalist tapi nampak ekslusif gitu. Sesuailah di bawa untuk event dinner, wedding dan yang bersesuaian.

Charles & Keith

Didatangkan dengan chain strap. Boleh dijadikan sebagai cross bag. Tapi sayangnya strap dia tak boleh adjust. Nasib baik elok je cukup panjangnya bila pakai.

Charles & Keith

Lupa pula nak ambil gambar dalamnya. Ada 3 compartment. Tengah-tengah ada zip. Muatlah handphone, wrislet wallet, sebatang lipstick dan cermin muka yang nipis comel. Saya pilih warna hitam, senang nak di sedondonkan dengan apa-apa warna baju. 

Charles & Keith

Lepas saya beli beg ni, saya nampak design yang sama di TT tapi bukan jenama Charles & Keith ni lah. Design beg ni mana-mana memang ada je copy ori. Itu fenomena biasa. Bukan benda pelik. Pilihan masing-masing nak beli yang mana.

Multi-Slot Wristlet Card Holder

Zaman cashless ni nak pakai wallet nipis-nipis je letak IC, lesen, kad bank, kad nikah dan mana yang penting. Kad nikah tu bilalah nak di digital kan ek. Senang sikit. wrislet wallet ni saya pilih warna hitam juga. 

Charles & Keith
bahagian depan

Ada 3 compartment. Tengah berzip. Belakang dan depan jenis terbuka. Bahagian belakang ada beberapa slot untuk letak kad. Senanglah nak ambil dan simpan kad.

Charles & Keith

Bila malas bawa hand bag, bawa wrislet wallet ni je. Tak payah bawa wallet tebal panjang besar gedabak tu. Kalau masukkan dalam hand beg pun tak makan ruang sangat. Just nice. Saya suka!

Saya beli ni tahun lepas bulan Ogos. Masa tu ada promo 10% diskaun setiap item. Memang berbaloilah beli. Penghantaran percuma kalau pembelian RM250 ke atas. Standard postage RM40 sekali dengan tax semua tu. Tapi kalau nak laju nak cepat, sampai postage RM60. Boleh check di website.

Kalau nak beli sila semak dulu tarikh-tarikh cuti di Singapura dan Malaysia. Saya beli haritu tak ingat nak tengok tarikh. Parcel sampai di Malaysia sehari sebelum Merdeka ke hari Merdeka entah. Lepas tu lambat dapat sebab cuti kan. Sabar je lah.

2 comments:

  1. Cantik laaaa...serius cantik...terbekenan plak

    ReplyDelete
  2. card holder tu comeyyyyy kak . saya tak pernah beli lagi bag jenama charles & keith

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.