Check Out Eastin Hotel Penang
Bangun subuh rasa sejuk betul. Rupanya hujan di luar. Patutlah! Nak ambil wuduk pun bukan main sejuk lagi airnya. Malas nak guna air panas, biar sejuk segar sikit. Lepas solat subuh konon nak buat timelapse tapi cermin kabur pula. Embun pagi. Kena tunggu terang sikit.
Kami menginap di sini tanpa ambil sarapan. Kalau tidak, lepas subuh dah turun dah. Tak ambil sarapan, kita bersantai je lah pagi-pagi dalam bilik. Nanti lepas check out terus brunch je senang.

Hujan masih turun renyai-renyai. Belum menunjukkan tanda-tanda nak berhenti. Nun jauh di sana permandangan gunung yang dihiasi dengan kabus pagi. Lena kami tidur disebabkan kepenatan dan kemengantukkan sebelum perjalanan tak cukup tidur.
Dapat pula bantal empuk, sejuk pula tu. Confirm lena. Biasa tempat baru payah sikit nak lelap. Benarlah bagai di kata oleh blogger Faizal R dalam blogpost check in sebelum ni. Bantal, katil dan selimutnya win boleh buat orang tidur lena selena-lenanya.
Mana tak lenanya. Dengan penat, dengan tak cukup tidurnya, dengan berperang dengan alahan lagi. Baru sehari di Penang, dah dapat alahan begini. Dia kembali menyerang saya. Agaknya panas sangat kot. Kulit dah macam udang kena bakar!

Balik dari makan di Nibong Cafe & Restaurant, nak bersihkan diri baru terasa pedihnya tu bila air kena kulit muka. Masa ambil wuduk solat asar tak rasa pula pedihnya tu. Kulit terbakar akibat panahan matahari ke? Padahal pakai sunscreen. Ke sunscreen tak sesuai? Sebab panas mungkin. Puteri lilin betullah.
Terpaksalah bertarung dengan alahan ni. Pedih, merah, gatal-gatal dan bengkak. Semua ada! Sabar je lah. Potong mood sikitlah nak berjalan-jalan. Sakita tak tau nak habaq laaa...
Bukan alahan je, mata pun sakit juga sebenarnya sehari sebelum ke Penang. Masuk habuk ke macamana entah. Kalau letak eye mo lega sikit. Tak boleh tengok cerah-cerah, auto sakit dan berair. Mata pun dah macam terjuling pula tengok camera. Sakit punya pasal.
Kita nak jalan-jalan hilangkan stress, stress ikut sekali. Stress terpaksa hadap sakit yang datang sekaligus ni. Bertabahlah Fiza oiii..pakai spek mata baru lega tengok cuaca panas.



Duduk sekejap di sini sementara tunggu encik suami uruskan urusan check out. Semalam tak sempat nak duduk sini terus naik bilik je.

Lampu yang cantik. Nak juga ambil gambar lampu ni.

Sebelah tu ruang dine in. Sebelah kiri receptionist ada lounge bar. Ada live band juga. Yang tu saya tak ambil gambar. Bukan tempat untuk kita tu.

Eastin Hotel Penang ni bertaraf 4 bintang. Hotel yang sangat-sangat selesa dan perkhidmatan pun bagus. Bilik pun bersih dan kemas. Berbaloilah dengan nilai ringgit yang telah dikeluarkan. Puas hati walaupun harga dia keras sikit.
Mcm2 dugaan nak berjalan yer...
ReplyDeleteItulah tu, kita pun tak jangka nak jadi. Jadi kena bersabar je lah.
Deleteberbaloi lah dengan harganya
ReplyDeleteYa, sangat berbaloi.
DeleteHotelnya keren banget
ReplyDeleteNyaman
Serasa tidak mau pulang
Ya, bagus dan selesa. Dapat stay lagi sehari pun okay juga. Tapi ada tempat lain yang perlu dituju.
DeleteKena jumpa pakar, buat ujian allergik apa tu, Fizah. Bestnya, dapat get away, cuti sebentar di hotel yang selesa, tengok tempat orang.
ReplyDeleteDah plan, tunggu masa yang sesuai untuk jumpa pakar. Haritu dah jumpa doktor biasa kat klinik tu.
DeleteAlhamdulillah dapat keluar sekejap dari rutin biasa. Hotel pun best dan selesa.
Hujan rahmat membasahi bumi
ReplyDeleteAlhamdulillah..sejuk sikit.
DeletePotong mood betul tengah2 berjalan ni kita tak sihat pulak. Dahla melibatkan area muka pulak tu, mesti rimas huhh
ReplyDeleteItulah tu. Tapi nak buat macam mana. Kita hadap je la dengan naikkan level kesabaran di tahap tinggi sikit.
DeleteOwh.. Faizal R pun dah sampai sini eh?
ReplyDeleteYa, seperti yang diberitahu oleh beliau sendiri.
DeleteAda alahan makanan kot Fiza.
ReplyDeleteTak try makan pil anti-histamine?
Cuaca di utara ni memang terasa lebih panas, semakin ke utara semakin bahang.
Tapi dah beberapa minggu ni utara selalu hujan, atau mendung. Lega la sikit.
Tak pasti lah kak Ujie. Yang pernah jadi sebelum ni, sebelum jumpa doktor pernah makan loratadine je. Itupun mengantuk ya amat ubatnya. Anti-histamine ni tak pernah cuba lagi.
DeleteYa, panas sikit. Pagi hujan tu terasalah sejuk sikit.
Kesiannya Fiza..masalah allergic plak ye...tengah nak berjalan plak tu dia keluar..
ReplyDeleteItulah tu, terpaksalah menahan sakit.
DeleteAlaa kesian Fiza. Moga sembuh sepenuhnya dan tak kena lagi.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih doakan untuk saya. semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
berubah terus muka fiza bila kena alahan tu...
ReplyDeletelama x fiza nak surut merah2 tu?
Biasa macam tu lah kalau kena satu muka. Gatal dan merah bukan main. Biasanya seminggu lebih macam tu. Sekarang dalam proses healing, tengah mengelupas kecil-kecil. Kena rajin topup moisturiser aloe vera.
Delete