Header Ads

Fine Dining Di Nibong Cafe And Restaurant

Lepas encik suami selesaikan urusan kerjanya, dia ambil saya di luar lobby hotel. Kami terus ke Nibong Cafe And Restaurant by Jeruk Madu Pak Ali untuk makan malam. Makan malam awal sikit sebab malamnya dah malas keluar dah. Perjalanan jauh, jadi nak rehat je. 

Nibong Cafe And Restaurant

Sementara menunggu encik suami di hotel, saya cari dulu tempat makan menarik di sekitar hotel. Disebabkan urusan kerja, saya pun taklah merancang nak ke sana ke sini. Lainlah kalau bercuti, dah siap senaraikan tempat-tempat yang bakal dituju.

Jadi, saya pun carilah di TikTok dan suggest pada encik suami makan di Nibong Cafe and Restaurant sebab dekat je dengan hotel. Tak perlu pergi jauh-jauh. Masing-masing pun penat. Lagi jauh perjalanan, lagi penat. Itu belum tambah lagi dengan jem sikit menuju ke sini.

Baru tahu Jenama Jeruk Madu Pak Ali ni ada cafe and restaurant yang cantik.Saya tengok di instagram, cafe dan restoran ni baru dibuka sejak bulan Februari 2025 yang lepas. Tertarik dengan suasana fine dining cafe ni. Dia semi fine dining sebenarnya. Tidaklah terlalu formal berprotokol bagai. 

Rumah dua tingkat corner lot ni berkonsepkan ala industri. Cantik sangat. Sekarang ni macam trend buat perusahaan F&B di taman perumahanan. 

Nibong Cafe And Restaurant

Sewaktu kami hampir tiba di pintu masuk, pintu dibuka dan disambut mesra oleh pekerja cafe. Oleh kerana kami berdua sahaja, pekerja berikan kami meja yang sesuai untuk berdua. Kemudian diberikan buku menu.

Ambil masa nak memilih menu sebab semuanya nampak sedap. Dah pilih menu, terus pekerja datang semula untuk ambil pesanan.

Saya pilih creamy carbonara dan juga air caramel macchiato panas. 

Nibong Cafe And Restaurant

Encik suami pula pilih Hokkaido Fried Rice with wagyu slice dan sunset at Nibong nama airnya. 

Nibong Cafe And Restaurant

Sementara menunggu pesanan tiba. Kita ambil gambar di sudut-sudut yang menarik pandangan mata. 

Nibong Cafe And Restaurant

Ruang makan ada indoor dan juga outdoor. Semua ruang makan pun menarik. Kami pilih duduk dalam sebab ada air cond walaupun dah petang tak panas sangat. 

Nibong Cafe And Restaurant

Suka dengan suasana di sini. Selesa dan tenang untuk makan-makan. Tertarik juga hiasan pada dinding dan pintu kaca ni.

Nibong Cafe And Restaurant

Tak ada orang nak ambil gambar, kita ambil gambar berdua melalui cermin je lah.

Nibong Cafe And Restaurant

Creamy Carbonara

Tak lama menunggu, makanan saya pun sampai. Wow! Food presentation dia menarik betul! Ada hiasan bunga lagi atasnya. Saya ingatkan spagetthi, rupanya pasta alfredo. Dalam menu dia tak mention pasta apa. 

Nibong Cafe And Restaurant

Yang atas warna oren  tu saya tak pasti. Lobak goreng ke ek? Dah rasa pun saya tak tahu apakah ia. Sedaplah tapi. 

Pasta alfredo nya cukup masak dan sos creamy carbonara dia sedap nak mamps...Lain betul rasa creamy carbonara dia. Tak pernah rasa sesedap ini. Terpaling sedap! Rasa kayangan betul. Nak repeat, kena datang Penang lah pula.

Ini bukan cubaan, ini betul-betul sedap. Ikut tekak saya, sedaplah. Sedap itu subjektif ikut selera masing-masing.

Hokkaido Fried Rice

Encik suami pesan menu ni sebab nak cuba rasa wagyu tu. Dia fikir omelette tu kalau dibelah tengah isi dalamnya akan melimpah. Tapi tidak ye. Beku luar dalam macam omelette biasa je. Tak cair pun telur dalam tu. 

Nibong Cafe And Restaurant

Sekali lagi wow untuk food presentation nasi goreng ni. Didatangkan dengan bendera nibong yang comel. Ada beberapa hirisan wagyu nipis-nipis dan beberapa ketul dim sum.

Baru sesuap, encik suami kata sedap nasi goreng ni. Unik rasa dia lain daripada yang lain. Tak macam typical nasi goreng yang pernah kami makan. Rasa macam nasi goreng rasa daging di tambah dengan kicap gitu. Entahlah, tak tahu nak describe rasa dia.

Daging wagyunya lembut, tak ada rasa lembu. Tak ada aroma pelik-pelik ni saya okay. Kami berdua bukan pemakan daging sangat. Jadi tak biasa kalau ada bau pelik.

Dimsumnya agak keras sikit sebab dah sejuk, saya makan lambat sikit selepas habiskan separuh menu saya. Kami makan kongsi separuh-separuh menu kedua-duanya. Dua-dua sedap sangat. Licin pinggan.

Caramel Macchiato

Tak pernah dapat latte art caramel macchiato yang secantik ini. Biasanya kalau caramel  macchito hiasan latte art dia ringkas je. Tak petak-petak, spiral. Tak pernah lagi dapat corak yang ni. 

Nibong Cafe And Restaurant

Nikmatnya menghirup secawan kopi panas di waktu petang walaupun digandingkan dengan makanan berat. Rasa kopi yang sedap dengan pahit-pahit kopi yang tak terlalu pahit.

Sunset at Nibong

Minuman ni pilihan encik suami. Nak cuba katanya. Nampak menarik betul dia punya rupa paras. Sedang elok lah pilih menu ni diwaktu petang menunggu sunset. Kalau tepi pantai ni lagi ngam.

Nibong Cafe And Restaurant

Ada bermacam-macam rasa dalam satu gelas ni. Segar tekak. Tak tahu gabungan air apa tapi dalamnya ada hirisan lemon, daun pudina. Yang penting sedap dan manis dia just nice. 

Total semua hidangan kami berdua RM110.60. Kalau ke Bayan Lepas, bolehlah cuba dine in di sini. 

Lokasi Nibong Cafe & Restaurant

1A, Jalan Aziz Ibrahim, Taman Pantai Jerjak, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

10 comments:

  1. Carbonara adalah makanan hotel pertama yang saya makan semasa bekerja di Putrajaya dulu....sampai sekarang masih jadi favourite....jeruk Pak Ali tu memang padu hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carbonara all time favourite ramai. Jeruk madu Pak Ali yang tiada tandingan.

      Delete
  2. looks yummy! sedap-sedap menunya.
    bendera kecik tu, leh bawa balik tak? letak dlm planner. comey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Boleh je tu kalau nak bawa balik. Nice juga idea tu kan. Aduhaiii dah terlepas lah pulak.

      Delete
  3. betul2 wow nie...presentation memang lawa...harap kekal lah sampai bila2...

    ReplyDelete
  4. Wow, puas hati dapat makan sedap macam ni. Bestnya, minum kopi pula. 👍😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati kak Nur. Lagilah dapat mengopi pulak kan.

      Delete
  5. Sedapnya...especially nasi goreng tu...prentation dia menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap. Lain rasa dia daripada nasi goreng biasa. Ya, presentaion dia menarik.

      Delete

Powered by Blogger.