Header Ads

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony, DoubleTree by Hilton Hotel

Selesai urusan check in, kami terus ke bilik. Tak ada tangguh-tangguh dah. Nak buka penghawa dingin dan sejukkan badan je. Encik suami pun nak kena kejar masa untuk meeting online.

Masa booking di agoda malam tadinya, kami pilih bilik King Premier sea view balcony. Semalam dah menyaksikan hamparan mountain view, hari ni giliran sea view lah pula.

Masuk bilik je, saya dah terbau wangi biliknya. Wow cantiknya! Luas betul dan semestinya selasa untuk kami bermalam. Ala-ala honeymoon pun boleh lah. Dahlah cantik, wangi pula tu. Saya suka!

Bilik King Premier Sea View Balcony

Dari pintu masuk sebelah kanan tandas dan bilik air berasingan terpisah dengan dinding berkaca. Layout bilik air yang lain sikit. Bilik air luas dan bersih. Tekanan air dan saluran pun bagus. Tandas ada bidet ditepinya.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Semua kelengkapan mandi disediakan. Bilik yang menyediakan tuala paling banyak. 2 helai tuala mandi, 2 helai tuala extra di rak bawah tu, sehelai tuala alas kaki dan 2 helai tuala muka. Extra tuala tu boleh guna untuk mandi swimming pool.

Bilik King Premier Sea View Balcony

  • Shower gel
  • Shampoo
  • Conditioner
  • Vanity kit
  • Shower cap
  • Sanitary bag
  • Bathrobe

Bilik King Premier Sea View Balcony

Tak lupa juga, ada laundry service. Wardrobe jenis terbuka. Hanger banyak dan bukan jenis yang terlekat tu. Senang nak ambil dan gantung pakaian untuk orang yang rendah macam saya. Tak payah nak minta suami tolong gantungkan.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Disediakan peti besi keselamatan untuk simpan barang-barang berharga. Dalam laci atas tu disediakan sejadah. Bagus kan ada sejadah. Tapi kami dah siap-siap bawa sejadah travel. 

Dalam laci bawah pula ada hair dryer. Disediakan juga iron dan iron board dan selipar. Selipar wajib pakai sebab saya rasa lantai dia macam kasar dan tak selesa di pijak. 

Bilik King Premier Sea View Balcony

Berhadapan wardrobe ni disediakan cermin besar. Dah nampak cermin besar, apa lagi selfie duluan. Puas  hati nak bersiap pun kalau ada cermin besar bagi seorang perempuan. Lelaki tak kisah sangat cermin ni. 

Bilik King Premier Sea View Balcony

Dah kena penghawa dingin, lega sikit. Dalam gambar ni nampak elok je kulit muka. Padahal macam udang kena bakar dah. Membongak cormin ni. Sebab lighting kot. Senyumlah walaupun perit.

Sebelah kiri dari pintu masuk kabinet. Dalamnya ada peti ais mini, gelas dan cawan . Juga untuk kupi-kupi tak ketinggalan.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Macam biasa, air minuman wajib ada. In room dining service pun ada. 

Bilik King Premier Sea View Balcony

Berdekatan kabinet terletaknya TV yang terpahat di dinding. Tak explore channel apa yang ada. Buka TV sekadar meriuhkan suasana je. Encik suami sibuk dengan meeting onlinenya. Saya pula rehat dengan handphonenya. TV yang tengok kami. Hiks~

Bilik King Premier Sea View Balcony

TV setentang dengan katil. Senang nak tengok TV pun. Hiasan bilik yang menarik dengan bingkai gambar kain motif batik. Pada bahagian terendak lampu dinding dan meja pun ada bermotifkan batik.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Inilah permandangan indah di bilik kami menginap. Permandangan sea view di balkoni. Disediakan chaise lounge untuk lepak di luar. Ada meja sekali. Mengopi di luar syok juga tu layan bayu laut.

Bilik King Premier Sea View Balcony
Katil bersaiz king yang luas dan tilam yang yang empuk


Kami dapat bilik tepi gitu, kalau ambil gambar nampaklah balkoni bilik sebelah. Pula tu dekat dengan bangunan resident di bangunan tepi tu. 

Agak spoil sikit permandangan tu. Tak bolehlah nak lepak di luar. Kenalah pakai proper baju dan tudung. Saya sarungkan telekung terus nak ambil gambar di luar ni. 

Tilam dan batal empuk. Cuma bantal dia agak lembut sikit. Rasa tenggelam kepala bila letak atas bantal. Tapi lena je tidur. Tak ada masalah.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Di sebelah meja sisi katil, ada chair lounge chair juga untuk berehat sambil layan permandangan luar kalau malas duduk di balkoni.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Meja bulat dan kerusi. Macam tak kena pula meja bulat ni. Andai ada meja petak menghadap permandangan luar lagi best buat kerja sambil tengok permandangan luar. Sila bayangkan. Mesti nice kan.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Saya ingatkan fully sea view tanpa halangan. Nampak macam partial je. Patutnya kena mention partial sea view pada bilik tu sebab terhalang dek beranda dan bangunan resident depan tu. 

Ke macam ni memang dah dikira full sea view. Kalau dapat bilik yang tengah-tengah bangunan mesti dapat permandangan sea view yang lagi cantik tanpa halangan kiri dan kanan. Kann...

Nak tukar malas. Bukan masalah besar sangat tu. Lainlah kalau ada kerosakan ke atau tak selesa ke lain cerita.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Kita zoom je lah untuk bagi gambar nampak macam fully sea view gitu. Jadilah kan.

Bilik King Premier Sea View Balcony

Petang tu saya buat timelaspe. Lambat benar nak tunggu dia gelap. Berdekatan laut ni lambat sikit nak gelap kot sebab masih nampak cahaya terang tu. Sebelum tidur sempatlah juga jengah luar, dah malam sikit barulah nampak gelap betul.

Bilik King Premier Sea View Balcony
bawah tu lobby hotel

Bilik King Premier Sea View Balcony

Malam banyak lampu-lampu kapal kelihatan. Tenang suasana malam di sini. Kami tidur lena betul. 

Sekian review bilik. Bersambung lagi...

8 comments:

  1. Cantik..rasa nak g honeymoon...2 ketoi nk tggl mana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolahlah ni bolehlah pergi. Angkut sekali anak-anak.

      Delete
  2. Cantik gak tu pemandangan partial seaview...rindu plak akak ngan laut..best la bilik ni..nampak mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masih menarik. Laut ni menenangkan kannn...harga weekend extra sikit kak. Kena booking awal. Kami pun last minit. Huhu...

      Delete

Powered by Blogger.