Apa Yang Menarik Staycation Di DoubleTree by Hilton Hotel Penang
Apa yang menarik staycation di DoubleTree by Hilton Hotel Penang? Ada banyak aktiviti menarik seisi keluarga di sini.
Saya sertakan sekali gambar sebagai rujukan. Jadi bolehlah rancang apa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di sini. Pasti tak sempat nak bosan.
Apa yang menarik staycation di DoubleTree by Hilton Hotel Penang

1. Lobby lounge
Lobby lounge hotel yang sangat-sangat besar, luas dan selesa. Bukan itu je, ada banyak jenis pilihan suasana dan permandangan. Ikut keselesaan masing-masing untuk lepak dimana-mana.




2. Grab & Go Cafe, The Food Store
Sekitar lobby lounge ada food store. Boleh juga makan dan minum di sini.


Ada jual cookies juga. Bolehlah beli buat gift ke.

3. TeddyVille Museum
Searas dengan lobby lounge juga ada TeddyVille Museum. Comel eh Teddy ni.



Kami tak masuk TeddyVille Museum ni. Tak cukup muda dah nak masuk dalam ni. Kita bergambar je lah dengan Teddy ni. Kesian dia berdiri sorang-sorang. Rasanya nak masuk kena bayar juga tu. Tak pasti berapa.

4. Games Space & activities
Di lobby lounge juga ada menyediakan perlbagai jenis permainan untuk semua peringkat usia. Boleh main bila-bila masa je. Ada billiards, table football, board games dan macam-macam lagi. Tak sempat nak explore.

Di luar boleh main chess gergasi.

5. Swimming pool
Yang saya nampak ada 3 jenis swimming pool. Untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi ada permainan dalam pool dalam gambar di bawah ni. Kami turun tangga ni untuk pergi ke beach access via link bridge tu.

Pool orang dewasa ramai jugalah yang berendam dan berenang. Duduk lepak baring di pool lounger tepi swimming pool acah-acah kat pantai pun syok juga ni.

6. Dining restaurant
Agak-agak lapar malas keluar boleh makan di sini. Menunya saya tak pasti apa yang ada. Mungkin sama macam buku menu dalam bilik kot.

7. Beach access via link bridge
Ada laluan ke pantai seberang jalan hotel. Kalau nak lepak di pantai bolehlah ikut laluan jejantas yang disediakan. Pastikan bawa kad access juga. Sama kad untuk access bilik.
baca juga : pantai di DoubleTree by Hilton Hotel

8. Sourvenir shop
Masa nak ke bilik selepas ke pantai tu saya baru perasan sourvenir shop ni. Kami tak masuk sebab baru lepas ke pantai, kaki masih basah. Ingatkan masa check out nak singgah tapi terlupa sudah. Kita tengok dalam gambar je lah apa yang ada.

9. Mural & Dekorasi yang menarik
Saya juga tertarik dengan lukisan dinding mural yang menarik. Disertakan juga dekorasi yang sepadan dengan suasananya. Ceria suasananya dan boleh OOTD. Ambil gambar di sini pun cantik.



10. Dapat cookies
Semasa check ini, tetamu akan diberikan soft cookies yang masih panas lagi. Sedap makan panas-panas lembut je. Aroma cookies tu rasa tak sabar nak makan. Cuma dia sedikit manis untuk saya.

11. Bilik yang selesa
Bilik yang kami booking ni sangat selesa dengan ruangnya yang luas. Keadaan bilik yang kemas dan bersih. Bau bilik pun wangi. Sangat-sangat selesa. Semua keperluan ada disediakan.

12. Perkhidmatan yang bagus
Dari urusan check in sampailah check out, semuanya lancar. Tak ada pengalaman buruk di sini. Semuanya best dan sangat berbaloi. Duduk staycation habiskan masa di sini pun dah seronok untuk percutian yang menarik.
Ada banyak lagi yang menarik di sini saya tak sempat nak explore. Menginap 2 hari 1 malam rasa tak cukup masa nak explore semua. Berbaloi sangat staycation di DoubleTree by Hilton Penang ni.
Sebelum ni teringin nak stay di DoubleTree by Hilton Melaka tapi tak kesampaian lagi. Yang jauh ni juga kita sampai dulu.
Macam2 ada tu syok juga holiday kat Penang. Lama tak ke Penang. Last pi tak ingat tahun bila ziarah maktok suami tapi tak sampai ke pulau. Kampung maktok sebelum jambatan. Kakak Cie duk pulau.
ReplyDeleteItu yang best tu macam-macam aktiviti ada. Saya pun lama tak Penang, baru ni lah dapat jejak semula ke sana. Ada saudara mara, lagi seronok tu dapat ziarah sambil jalan-jalan.
DeleteMenarik ni Fiza. Siap sediakan link bridge ke pantai.
ReplyDeleteAkak belum pernah staycation area Batu Ferringhi. Insya Allah bolehlah try menginap di sini.
Menarik kak Ujie. Akak dah dekat utara tu bolehlah lajak jalan-jalan sini kalau ada masa. Batu Ferringhi banyak tempat best. Susah juga nak buat pilihan menginap di mana.
DeleteHotel ni memang outstanding dari segi kemudahan dan aktiviti. Kat tengah tu kadang ada pertunjukan macam2. Kalau tak tahu nak ke mana boleh stay sini. Betul kata penulis satu malam memang tak cukup. Lepak2 tepi pantai pun syok dan boleh jalan kaki ke Ferringhi Night Market.
ReplyDeleteTengah lounge lobby ye? Menarik tu kalau ada show apa-apa. Sayangnya masa saya pergi tak ada apa-apa pula. Atau mungkin kami ketinggalan. Betul tu, semalam tak cukup. Ada tengok juga di TikTok aktiviti malam di Batu Ferringhi memang meriah. Macam vibes Langkawi gitu.
DeleteSekali beruang berdiri tu bergerak... Acaner?
ReplyDeleteLari dulu lah uncle.hihihi...
DeleteStay satu malam tapi feeling dia macam seminggu siap dapat cookies panas-panas, siapa tak cair kan? 😂 Teddy pun sedih tak dapat selfie dengan semua orang!
ReplyDeleteKita feeling je lah macam seminggu walaupun sehari. Pandai dia ambil hati kita kan bagi cookies sedap panas-panas. Haha..Teddy terpaksa overtime hari-hari berdiri situ.
Deletenampak teddy museum tu terus teringat drama Princess Hour
ReplyDeletehehehe...
best laa ada macam2 benda kita boleh buat kat sini
double tree melaka sy pernah pergi majlis kat situ
mknn kat sana mmg sedap2 belaka.... habis je diorg trs refill yg lain...
Princess Hour tak pernah tengok lagi la Anies.
DeleteMemang best macam-macam adaaa...
DoubleTree Melaka best tak? Dah lama nak ke situ tapi tak dan dan lagi. Kalau makanan sedap okaylah kan. Sini kurang sikit.