Header Ads

Rak Essential Oils & Diffuser Young Living Yang Comel

Lama saya tak guna desert mist diffuser Young Living. Adalah lebih kurang 5 bulan macam tu. Bila saya nak guna masa demam batuk haritu, tiba-tiba dia OFF sendiri. Selepas dah google, saya bersihkan semua dan buat apa yang disuruh. Tetap begitu juga keadaan dia. 

Lepas tu saya tanya leader saya, dia tanya saya lama tak guna ke? Ye, jawab saya. Masalah ni common kalau dah lama tak ON katanya. Oooo patutlah. Kena hantar pada yang pakar lah untuk baiki. Hmmm..kena fikir banyak kali ni.

Kalau kos baiki sama dengan kos diffuser baru, baik beli baru kan. Tunggu lah bajet ada nanti baru beli untuk renew membership. Desert mist tu saya beli tahun 2019. Mungkin juga dah sampai masanya. Dah jadi macam tu, kena rajin gunakan diffuser owl ni. Saya beli tahun 2021. 

Nampak macam togel je letak begitu atas rak. So saya belilah rak untuk essential oils dan diffuser sekali. Rupa bentuk pokok ada daun dan bunga. Bunga tu tempat letak diffuser dan daun berlubang tu untuk letak essential oils.

Rak Essential Oils & Diffuser Young Living

Haa barulah nampak berseri-seri dia di situ. Nampaklah menarik sikit dekorasi di ruang tamu. Kann...Saya beli di shopee je rak ni. Ada satu lagi buaian. Tapi macam tak sesuai sebab nanti wap air tu kena kayu dia lah pula. Jadi, saya pilih yang ni je. Comel pun comel. Cantik pun cantik.

Harga pun berpatutan, lima puluh lebih dengan guna kupon penghantaran percuma. 

12 comments:

  1. Dulu-dulu ada guna juga. Isteri yang beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak guna lagi ye? OK tak? Sebab saya punya lagi satu tu lama tak guna tengok tak function elok. Suddenly off bila guna.

      Delete
  2. Cantinya rak essential oil diffuser yong living tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je kan rupa paras dia. Kena dengan diffuser owl tu.

      Delete
    2. Saya punya diffuser entah lesap ke mana. Lama tak pakai dah produk living young.

      Delete
    3. Kena cari dan keluarkan tu kak Amie. Jangan jadi macam saya punya. Tahu tahu rosak je bila dah lama tak guna. Nasib baik ada satu lagi ni.

      Delete
  3. Haah cantik tersusun diffuser dengan eo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kemas sikit dan boleh jadi decoration juga kan.

      Delete

Powered by Blogger.