Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai
Sebelum check out Eastin Hotel Penang tu, encik suami cari tempat makan sedap di Balik Pulau dalam aplikasi TikTok. Jumpa post TikToker makan di Ina Cafe dengan reviewsnya sekali.
Nampak menarik Ina Cafe ni sebab kedai makan tepi sungai. Sambil makan sambil menikmati permandangan sungai pun syok juga kan.
Mulanya kami nak makan nasi 7 benua tapi tak jadi. Jomlah kita makan di Balik Pulau sebab akan melalui Balik Pulau untuk ke hotel kedua kami di Batu Ferringhi.
Memandangkan kami berdua tak pernah jejak Balik Pulau lagi, jomlah kita lalu ikut situ. Malas nak ikut Georgetown yang agak sesak tu. Tempat tu dah biasa sangat pergi. Kali ni kita ikut route lain. Nak rasa pengalaman yang berbeza bercuti di Pulau Pinang. Asyik tempat sama, bosan juga.
Balik Pulau, kawasan kampung yang tenang sikit tanpa kesesakkan. Tak jem yang pastinya. Perjalanan yang menyeronokkan tanpa stress. Nampak old fisherman mural ni. Di Balik Pulau ni banyak mural-mural yang menarik.

Waktu operasinya dari jam 8.00 pagi sampai 4.00 petang untuk hidangan makan tengahari. Konsepnya nasi campur buffet dan self service.

Dari tepi banner ni, kena ke kanan masuk kedai untuk ambil makanan dan minuman. Lepas ambil makanan semua, tunjukkan pada tukang kira tu. Dia akan kira dan berikan kertas jumlah harga makanan dan minuman kita.

Selesai makan, kita nikmati permandangan di sini. Yang tak bestnya di sini ada lalat sikit. Sambil makan, kena bergaduh dengan lalat. Puaslah tangan ni dok halau lalat. Lain kali kena bawa kipas mini baru selesa nak makan. Lalat tak dapat nak hinggap. Harapnya lah.

Cantik sungai ni. Airnya bersih dan jernih tapi hujung sana tu macam sampah plastik terperangkap di tepi batu jadi benteng. Ish ish ish..baru nak puji cantik.

Seronok dengar deruan air yang mengalir. Macam bunyi ombak, satu terapi juga.

Seronok ye dapat makan di Ina Cafe Balik Pulau ni. Tenangggg...ribut jiwa. Total harga kami berdua makan, RM44 lebih. Harga berpatutanlah tu kan.

Ada lagi satu yang menarik muralnya di rumah burung tengah-tengah sawah padi. Tak tahu lah kat mana lokasi tu. Mungkin kalau ada peluang datang ke Balik Pulau lagi, bolehlah ke situ.

Berbalik kepada tajuk, dengan pertolongan pakcik waze sampailah kami di Ina Cafe Balik Pulau. Kami parkir di tepi jalan Cafe. Mujurlah ada satu tapak kosong yang muat untuk parkir kereta kami. Dengan hujan renyai-renyai, turun jugalah sebab nak makan dan perut pun meminta-minta.

Waktu operasinya dari jam 8.00 pagi sampai 4.00 petang untuk hidangan makan tengahari. Konsepnya nasi campur buffet dan self service.

Dari tepi banner ni, kena ke kanan masuk kedai untuk ambil makanan dan minuman. Lepas ambil makanan semua, tunjukkan pada tukang kira tu. Dia akan kira dan berikan kertas jumlah harga makanan dan minuman kita.
Di belakang banner tu lah tempat makan. Ada juga ruang makan dalam kedai di depan yang menghidangkan makanan tu. Tapi depan tu macam ruang kedai biasa je. Tak ada permandangan menarik tepi sungai macam di ruang makan belakang kedai.
Kami pilih meja di hujung dengan permandangan tepi sungai yang indah ni. Sambil layan permandangan sungai, dapat layan bunyi air sungai yang deras. Terfikir jap, air terjun ke air sungai. Mana-mana pun bolehlah.

Hidangan kami. Saya ambil nasi sikit. Sayur kacang campur carrot dan telur. Sambal belacan sikit. Ikan siakap bakar dan air asam.
Encik suami ambil nasi, ayam bakar dan sayur apa entah tu campur suhun. Ikan bakar tu kongsi berdua sampai berlebih-lebih makan meratah gitu.
Ikan siakap bakar dia sedap betul. Bahan perapan dia berasa. Tak cicah dengan sambal apa-apa pun, makan gitu je pun dah sedap. Tak ada bau dan tak rasa hanyir. Isi ikan siakap yang lembut selepas masak. Sedap betullah! Tak menyesal datang sini.
Lauk pauk lain macam biasa je. Menu biasa yang kita makan. Ayam bakar tu saya lupa pula nak rasa. Seberang sungai depan tu ada dusun buah-buahan. Kami tak singgah lah pula. Jadi tak tahu apa yang ada dalam dusun tu. Hanya tengok dari jauh je lah.

Sambal belacan tu pedas ya amat. Mujur juga air asam yang kurang pedas. Dapatlah cover rasa kepedasan sambal belacan.

Tengok gambar ikan siakap bakar ni terasa-rasa kesedapan beliau. Air asam saya ambil sikit je sebab encik suami tak reti makan ikan bakar cicah air asam. Cicah sambal kicap pun tak pandai. Sambal belacan pun tak makan. Apoooo...
Kalau sambal kuah ikan bakar yang merah-merah tu dia makan. Ratah makan tanpa sambal pun dia okay je.

Selesai makan, kita nikmati permandangan di sini. Yang tak bestnya di sini ada lalat sikit. Sambil makan, kena bergaduh dengan lalat. Puaslah tangan ni dok halau lalat. Lain kali kena bawa kipas mini baru selesa nak makan. Lalat tak dapat nak hinggap. Harapnya lah.

Cantik sungai ni. Airnya bersih dan jernih tapi hujung sana tu macam sampah plastik terperangkap di tepi batu jadi benteng. Ish ish ish..baru nak puji cantik.

Seronok dengar deruan air yang mengalir. Macam bunyi ombak, satu terapi juga.

Seronok ye dapat makan di Ina Cafe Balik Pulau ni. Tenangggg...ribut jiwa. Total harga kami berdua makan, RM44 lebih. Harga berpatutanlah tu kan.
Lokasi Ina Cafe
50, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau PinangKedai dia kalau dari depan macam kedai kopitiam lama tu. Bangunan lama. Tapi kalau jumpa banner tu dari laluan tepi, kira dah sampai di tempat yang betul lah tu.
Saya tak cari nasi kandaq sebab kurang minat. Encik suami suka tapi semalam dia dah makan dengan kawan kerja lepas selesaikan urusan kerja. Tak surrr katanya.
Wahhh.. seronoknya tukar angin ke Penang makan nasi lauk ikan bakar macam ni. Bolehlah ubah selera dari asyik makan nasi kandar. Boleh masuk dalam list ni.
ReplyDeleteYa, lari dari kebiasaan. Asyik nasi kandaq je kan kalau ke Penang ni. hihi...Silalah masuk dalam list dan kena datang sini.
DeleteDapat sambal belacan yg pedas mmg terangkat!
ReplyDeleteBertambah sedap dapat ikan bakar sedap dan makan pula di tepi sungai. Paduuuuu
Betui! Berpeluh makan. Memang padulah kak.
Deleteboleh tak nak celup-celup kaki kat sungai tu?
ReplyDeletehahaha...
awat org nismilan tak makan sambal belacan? ;-)
Boleh je kot tak ada siapa marah. hihi...Dia kata sebab bau tak best.
DeleteSesekali dapat makan kat tempat makan macam ni memang best...
ReplyDeleteYa, memang best makan kat sini. Makanan sedap dan view menarik.
DeleteIkan siakap bakar tepi sungai, dengan air asam. Aduiii kecur air liur.
ReplyDeleteTerus kecur air liur dibuatnya kan...Sedap betul.
DeleteMakan dalam suasana aman damai, tepi anak sungai, sangatlah best. 👍 Sedapnya, Fizah, ikan bakor cicah air asam.😋
ReplyDeleteSemestinya kak Nur. Suasananya tu yang menarik. Tambah pula tu makanan sedap. Aman damai dan perut pun happy.
DeleteTenangnya tempat makan ni... Aduh, teringin pulak ikan bakar bila nengok tu.. Huhu..
ReplyDeleteTenang nak makan pun. Area nona sana lagi banyak makanan seafood bakar kan. Bolehlah tu kalau lepaskan hajat teringin makan ikan bakar.
DeleteAmmi pernah ke Balik Pulau tahun 98/99. Ikut kawan ITM balik rumah dia…mmg bestkan kat situ damai je. Tp nak naik atas tu boleh tahan peningnya
ReplyDeleteYa, tenang sikit daripada sesak belah-belah Georgetown tu. Itulah tu macam nak naik Cameron Highland kaedahnya. Mujur tak pening masa tu. Layan permandangan dusun durian je lah.
Deletesedap nampak ikan bakar tu, makin sedap .. tempat makan pun cantik..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..Makan sedap, tempat cantik. Satu nikmat yang tak perlu kita dustakan.
Delete