Header Ads

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Bukan main seronok lagi dapat berehat masak sampai ke petang. Semua hidangan dari pagi dan disiapkan. Tinggal hidang dan makan je. Petangnya menjamu selera nasi impit kuah kacang pula. Satu lagi makanan kegemaran saya. 

Tak payah nak tunggu raya baru dapat makan nasi impit kuah kacang ni. Hari-hari boleh makan, kalau kedai bukalah. Beli di kedai yang sama dengan lontong kuah lodeh dan nasi minyak ayam masak merah.

Dalam satu bungkus set nasi impit ni ada 4 ketul nasi impit jenis saiz besar tu. Kuah kacang dibungkus asing dalam plastik.

Nasi Impit Kuah Kacang

Satu bungkus nasi impit ni kalau tak silap RM3. Bolehlah buat lepas teringin makan nasi impit kuah kacang. Kenyang pun kenyang.

Nasi Impit Kuah Kacang

Saya  suka dengan sambal kuah kacang dia. Cukup rasa. Kacangnya pun tak halus dan tak kasar sangat. Sedang-sedang je. Ada rasa pedas-pedas sikit. Macam tu saya suka.

Saya memang peminat nasi impit dan kuah kacang. Kadang kalau beli sate, beli extra nasi impit dan kuah kacang. 

22 comments:

  1. Sy suka jugak makan nasi impit dengan kuah kacang tapi kejadiannya bukan berdua macam ni. Sedap jugak ek kalau cuma ada dua sahaja dalam pinggan, nasi impit dan kuah kacang sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kena ada yang lain teman juga ye. Macam lontong darat gitu ke? Ke dengan sate? hihi...
      Kalau saya, 2 ni dah dikira sedap dah.

      Delete
  2. Replies
    1. Wahhh...Kalau macam tu kena ada timun dan juga bawang potong wak. hihi...

      Delete
  3. Betul tu nasi impit kuah kacang ni bila2 pun boleh makan. Cie selalu ada kuah serbuk yang instant tu. Beli dari staf. Bila nak makan masak kejap dengan air dah boleh makan. Memang sedap. Kalau beli tempat lain kadang2 tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Ooo ada jual ek. Macam kuah kacang sambal pecal tu ke? Senang gitu, anytime boleh makan. Nasi impit pun rebus je.

      Delete
  4. Nampak rupa pun dah sedap tu. Berbaloi beli sebab saiz nasi tu pun besar jugak. 👍

    ReplyDelete
  5. Peminat nasi himpit kuah kacang hadir!
    Memang sedaplah makan nasi himpit kan Fizah. Pasangan paling cocok sudah tentulah kuah kacang. Kalau balik kampung kakak Kak Amie selalu buat nasi himpit makan dengan rendang kerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, ada geng! Benar kak Amie, sepandan berdua ni. Makan dengan rendang kerang, extra sedap tu.

      Delete
  6. Replies
    1. Orang Johor jaranglah tak suka kan kak. Kegemaran ramai.

      Delete
  7. Sedapnye. Dapat makan macam ni pun dah menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...berselera makan kalau peminat nasi impit dan kuah kacang.

      Delete
  8. Replies
    1. Betul, peminat nasi impit dan kuah kacang mesti suka.

      Delete
  9. Waaah kali di sini nasi impit atau ketupat atau lontong, makan dengan kuah kacang tp pasti ada lauk lainnya. Ntah itu sate, atau tahu goreng atau sayuran 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada lauk lain tu macam lontong darat/kering. Sate pun biasa digandingkan dengan nasi impit dan kuah kacang. Jika sayuran macam lontong tu.

      Delete
  10. tgk kuah kacang tu pun dah tahu sedap...cicah ngan sate syok juga ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.