Singgah Sebentar Bergambar Di Empangan Teluk Bahang
Perjalanan dari Ina Cafe sampailah di Empangan Teluk Bahang ni mencabar sungguh la. Jalan di lereng bukit macam nak pergi Cameron Highland. Banyak selekoh tajam. Macam jalan bukit putus juga.
Sepanjang perjalanan, kiri-kanan dipenuhi dengan dusun buah durian dan buah-buahan lain pun ada juga. Nikmati sajalah permandangan hijau sepanjang perjalanan.
Sebenarnya tak rancang pun nak ke Empangan Teluk Bahang ni. Kebetulan je dah terlimpas di situ. Saya pun tak tahu akan melalui empangan ni sebelum sampai ke hotel. Kewujudannya di sini pun saya tak ambil tahu. Punyalah tak study sebelum ke sini.
Sebab tak tahu nak singgah, nampak je permandangan ni terus cepat-cepat ambil gambar. Gegar dan kabur pun tak kisah. Janji ada gambarnya.
Sebab tak tahu nak singgah, nampak je permandangan ni terus cepat-cepat ambil gambar. Gegar dan kabur pun tak kisah. Janji ada gambarnya.

Boleh masuk dan tak perlu bayar, PERCUMA je. Jomlah kita!


Saya ambil gambar berlatarbelakang kan jalan masuk di pos pengawal polis tadi. Nak view sebelah depan tu ada orang pula. Tak tahu dah nak buat gaya apa lagi. Cheecky love pose satu! Mata pejam pun pejamlah. Tidur lah tu.

Luas dan besar empangan Teluk Bahang. Nampak macam susut paras air ni. Pertama kali saya sampai di kawasan empangan air. Rasa excited betul. Tu yang beria nak singgah juga.

Di tengah-tengah laluan empangan ni nampak entopia dari aras atas. Tak rasa nak pergi sini. Mungkin sebab tak sesuai dengan masa. Ada tempat lain yang perlu dituju. Nanti kalau masuk sini mesti lama punya.


Masuk atas risiko sendiri dan jangan buat perkara-perkara yang tidak dibenarkan tu. Apa-apa jadi sila tanggung sendiri.
Hujan renyai, ku redahi jua. Jauh dan panjang juga laluan jalan di tengah-tengah empangan ni. Disebabkan cuaca tak berapa nak cerah, gambar pun ikut mendung.

Saya ambil gambar berlatarbelakang kan jalan masuk di pos pengawal polis tadi. Nak view sebelah depan tu ada orang pula. Tak tahu dah nak buat gaya apa lagi. Cheecky love pose satu! Mata pejam pun pejamlah. Tidur lah tu.

Luas dan besar empangan Teluk Bahang. Nampak macam susut paras air ni. Pertama kali saya sampai di kawasan empangan air. Rasa excited betul. Tu yang beria nak singgah juga.

Di tengah-tengah laluan empangan ni nampak entopia dari aras atas. Tak rasa nak pergi sini. Mungkin sebab tak sesuai dengan masa. Ada tempat lain yang perlu dituju. Nanti kalau masuk sini mesti lama punya.

Di kejauhan nampak laut membiru menghijau. Ada juga kapal-kapal yang sedang berlayar. Seronoknya dapat tengok laut biru hijau. Dapat juga tengok kehijauan pokok-pokok sekitar entopia ni. Dekat sini juga ada ESCAPE Penang yang besar tu.
Pun kami tak pergi. Kalau bercuti, bolehlah rancang pergi awal. Masuk situ kenalah setengah hari dari pagi barulah puas spend masa dalam tu.
Ini kita datang pun mengejut last minit. Mana sempat nak rancang apa-apa. Singgah mana yang sempat je lah. Contohnya macam singgah di empangan ni. Tak lama pun.
tempat penuh memory ni...
ReplyDelete1st dating kat sini dulu
hahahha...
tp kan masa tu kat sini sunyi je tau...
dah nak balik baru laa dtg dua tiga org...
Wahh lain macam dating kat empangan ni. hihi...
DeleteMasa kami datang pun tak ramai orang. Jadi, tak sunyi sangat. Seram juga kalau sunyi tak ada orang tu.
bahang kepanasan x situ.. hehe
ReplyDeletegmbr 2 semua ohsem 😁
Bahang sikit sebab tengah mendung nak hujan macam tu. Terik tu tidaklah. Kelam pun ohsem jugak ek wak. Maceh wak.
DeleteCantiknya view dari atas.
ReplyDeleteYa, cantik permandangan dari atas bukit empangan ni.
DeleteGambar last tu ingatkan langit rupanya laut..2 kali tengok baru nampak...subhanallah cantik pemandangan..akak memang x pernah la sampai
ReplyDeleteA'ah laut dia tak berapa nak nampak sangat sebab sama warna dengan langit. Ada rezeki ke Penang bolehlah jalan-jalan sini singgah kejap.
DeleteSitu ke tempat orang jogging pagi² tu? Tak silap, blogger Ujie pernah share. Ke, akak salah empangan. Apa pun, view cantik, di kejauhan boleh nampak laut.
ReplyDeleteYang tu rasanya Empangan Mengkuang kat Bukit Mertajam kot bukan kat pulau ni. View dia memang cantik. Tak menyesal singgah.
DeleteCantik pemandangannya
ReplyDeleteYa, cantik permandangannya wak.
Deletecantik pemandangan ....
ReplyDeleteYa, pemandangan cantik yang jarang kita dapat tengok.
Delete