Header Ads

Ke Pantai Melalui Jejantas Dari DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Sebelum booking bilik di DoubleTree by Hilton Hotel Penang ni kami tengok review dulu di TikTok. Nampak menarik ada pantai di seberang jalan hotel. Boleh access ke pantai melalui jejantas yang disediakan. Tapi bukan private beach lah kot kan.

Lepas encik suami habis meeting online dan usai solat asar kami turun ke pantai. Nak melalui jejantas ni kena guna access kad yang diberikan masa check in tadi.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Dah lepas jambatan ni dapatlah ambil gambar signboard hotel dengan terang dan tajam sikit. Kalau ambil dari dalam kereta kabur dan bergegar.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Dah turun jejantas, lepas tu lalu bus stop dan kena turun tangga ni. Seram pula tengok tangga ni. Kemain menjunam. Agak mengah jugalah bila nak naik tangga ni masa balik. Jadi, tak sesuai untuk mereka yang ada masalah sakit kaki.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Turun je tangga ada lorong kecil ni menuju ke pantai. Sebelah kiri ni cafe. Tengok gaya macam kedai minum-minum. Malamlah kot baru buka. Siang macam tak hidup je. 

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Hujung lorong kedai tu ada anak panah beach. Turun je kat situ. Alamak, macam kurang menarik je. Pool lounger pun nampak menyedihkan. Nampak ada yang uzur. 3 unit je pula tu. Letaklah payung ke, tambah meja ke. Sedaplah sikit mata memandang. Suasana pun macam suram tak ada dekorasi apa.

Mungkin sebab bukan private beach kot. Sebab tu macam ni je rupa dia. Sekadaran ada je buat syarat. Harap ada lah buat penambahbaikan. Sedap sikit mata memandang. Nak lepak pun best lah juga.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Alang-alang dah sampai tu, layanlah sekejap suasana pantai di sini. Pantai di sebelah sana sebalik batu tu meriah ramai juga budak-budak mandi. Di sebelah kami pergi ni cuma ada orang photoshoot je.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Orang tak mandi belah sini sebab macam jerlus je. Tak berani kami nak ke main-main air. Letak kaki kejap di persisiran pantai pun boleh tenggelam sikit. Tak jauh dari tepi pantai pun dah nampak macam dalam.

Kawasan pantai sebelah pulau ni memang banyak dengan batu-batunya. Pasir-pasirnya banyak yang kasar. Sakit kaki memijak.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Bergambar je lah kita kat sini ye. Layan juga permandangan laut yang tak berapa terik. Tapi rasa jugalah bahang tu. Macam nak hujan tapi tak.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Nampak bangau laut. Bangau laut ke tu? Ke bukan? Zoom je lah nun jauh di sana atas batu.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Nampak juga cik ketam bergurau senda dengan ombak yang menerpa badan beliau. Nak tolong tak dapat. Nun jauh di sana. Tapi kalau dekat pun takut nak pegang. Kang disepitnya, naya pak karimmm...

DoubleTree Resort by Hilton Hotel

Tak lama kami lepak di sini. Jomlah kita balik bilik dan berehat. Buat cukup syarat je ke pantai ni. Sajalah nak rasa pengalaman alang-alang dah menginap di sini. Pantai apa ek nama dia? Pantai Miami ke?

Tengok dalam map ada Pantai Miami berdekatan. Cafe yang lalu tadi tu pun namanya Miami Cafe beachfront. Siapa tahu sila komen.

Kaki dah melekit kena air laut. Pasir pun melekat. Basuh kaki di tepi swimming pool sebelum naik ke bilik.

Bersambung...

4 comments:

  1. tgk gambar macam cantik je pantai tu. sesuailah untuk rehat bg mereka yg tak suke orang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantainya cantik dan sesuai untuk rehat-rehat. Budak-budak pun boleh mandi disebelah sana. Tapi kalau panas situ, nak duduk pun tak mahu. Kena ada payung baru best teduh. hihi...

      Delete
  2. Lama juga tak ke Penang.. Biasa juga kr Penang sebab pakcik kawen dengan orang sana, jadi kenal jugalah sedara mara dia kat Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Kalau ada sedara mara tu lagi bestlah sambil berjalan dapat ziarah sekali.

      Delete

Powered by Blogger.