Header Ads

Beli Putu Bambu World Di Senawang

Lepas selesai jual barangan kitar semula. Jomlah kita ke Senawang cari makanan minum petang di sekitar Pasaraya Besar Giant tu. Area tepi-tepi jalan tu banyak orang jual makanan dan minuman. 

Tak ada idea nak makan apa sebenarnya. Kita jalan-jalanlah dulu tengok apa yang ada.

Nampak orang jual Putu Bambu World, encik suami beli sebekas. Beli yang original. Baru tahu Putu Bambu World ni ada macam-macam topping. Ada coklat, strawberi, cheese dan durian. Kami pilih yang original je.

Lama tak makan putu bambu ni. Paling gemar makan putu bambu Juriah di Ayer Hitam tu. Kalau lalu Ayer Hitam, mesti beli. Sedap betul putu bambunya. 

Putu Bambu World ni ada banyak cawangan juga ye. Saya baru tahu. Pertama kali makan putu bambu jenama ni. 

Putu Bambu World

Satu bekas ni RM6, ada 5 biji putu bambu. Isi gula melaka bersesuailah dengan saiznya. Kelapa parut pun banyak juga. Kira okaylah ni dengan harganya. Rasa putu bambu world ni pun sedap. 

Aroma daun pandan membangkit selera. Rasa lemak kelapa parut bergabung dengan rasa manis gula melaka memang ngam. Yang penting tak terlalu manis. Sedang elok seimbang dengan rasa tepungnya. Sekali hadap je habis kami makan berdua. 

Bambu World Di Senawang

Ini kalau makan sorang pun boleh habis. Lain kali boleh ulang membeli.

28 comments:

  1. Last beli 2 kali kelapa macam basi terus stop beli putu Bambu World ni. Awal2 sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya kalau dia tak jaga kualiti kan. Senang hilang pelanggan gitu.

      Delete
  2. Kalau di kampung saya namanya putu bumbung
    Biasanya yang jual ,abang-abang keliling
    Jajanan kesukaan saya banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang bunyinya. Kuih yang sedap pasti jadi kegemaran ramai.

      Delete
  3. Boleh tahan tersohor juga brand ni....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kuih putu ni jarang mengecewakan selera kan wak.

      Delete
  5. Sekali tengok macam onde-onde. 😅

    Tak pernah nampak lagi jual kat sini. Harap ada lah nanti. Boleh cuba jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau packaging bertutup sekali imbas memang nampak macam onde-onde.
      Kalau ada orang jual, sila cuba OK.

      Delete
  6. MA kalau gi sana, mcm2 terbeli.. he he he..sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terbeli benda lain jugak. Keropok lekor, popia big mag tapi tu tak sempat ambil gambar. Dah lesap masuk perut. hihi

      Delete
  7. di saya namanya kue putu. biasanya dijual abang - abang dengan cara di panggul disekolah SD tapi sekarangsudah jarang sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ramai orang jual ye. Kuih begini memang jarang orang jual.

      Delete
  8. Baru ni makan jugak..suami beli kat rnr..ada kiosk kalau x salah...tapi best la dapat beli yang masih panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga ada di RNR. Lagi ramai pembelinya. Yang panas-panas tu lah sedapnya kan.

      Delete
  9. Ada cawangannya di sini. Tapi akak tak pernah cuba.
    Putu piring je pernah makan. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah cuba. Putu piring pun sedap jugak. Lebih kurang je kan

      Delete
  10. selalu makan yg versi ori jer, tak pernah jumpe plak yg jual lain2 versi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Saya pun first time tengok ada macam-macam perisa.

      Delete
  11. Selalu juga makan putu bambu World ini. Hehe selalu anak-anak buah suka sangat jadi kadang-kadang mengalah bagi bahagian akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah biasa makan, kira sedaplah tu kan. Takpe kak, kita mengalah.

      Delete
  12. Akak dulu suka beli Putu Bambu World ni. Favourite. Tapi dah a few times beli, rasa dan kualiti putunya macam dah kurang. Kadang-kadang rasa pandan tu terlebih jadi terlalu artificial, ada sekali tu kelapanya dah rosak… serik dibuatnya.

    Sekarang ni kalau teringin, cari putu piring kat pasar malam je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bestlah kalau tak jaga kualiti kan. Di Pasar malam jarang tak sedap. Dapat makann panas-panas tu yang lagi sedap.

      Delete
  13. antara menu yang sedap dimakan pada waktu petang...tempat saya tak ramai yang jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, biasa minum petang tu lagi ngam. Mungkin bukan makanan yang biasa di sana kot.

      Delete
  14. sblm PKP food truck putu bambu ni ada merata-rata... tp lps PKP dah jarang2 jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu pula dia hilang ek. Tapi yang ni banyak juga cawangannya.

      Delete

Powered by Blogger.