Check In Eastin Hotel Penang
Dari kejauhan dan nampak bangunan Eastin Hotel ni. Dekat je dengan Queensbay Mall. Sempat saya potretkan bangunan hotel ni dari dalam kereta.

Agak bersimpang siur jugalah nak ke hotel Eastin ni. Kita ikut je lah pakcik waze yang tunjukkan jalan menuju ke destinasi.



Selesai urusan check in, saya terus ke bilik. Pihak hotel bagi access kad 1 je. Nak naik lif kena guna kad, kena touch baru boleh tekan number level.
![]() |
Perempuan dan cermin berpisah tiada |
Saya ingatkan hotel yang kongsi dengan resident je kena ada kad access kalau nak naik lif. Jenis hotel sahaja pun ada begitu ye. Okay sangat kalau macam ni, lebih selamat. Taklah orang senang-senang turun naik lif.
Dapat bilik tingkat 11. Macam biasa request high level. Kami booking last minit, jadi tak banyak bilik yang available. Dapatlah booking bilik Deluxe dengan katil king melalui agoda. Itupun dah kira okay sangat dah
Masuk bilik je dah terbau wangian yang segar. Sedap baunya macam bauan citrus. Bilik jenis berkarpet yang tebal, selesa pijak dan tak bau kepam. Cuma corak dia macam vibrance sangat.

Kebersihan dan kekemasan memang tiptop. Ruang yang luas juga dan selesa semestinya. Di sebelah kiri pintu masuk, bilik air dan tandas di dalam ruang bilik yang sama.

Sinki berasingan. Sebelah tu ada disediakan phone. Senanglah kalau ada emergency dalam bilik air. Ke nak menyembang sambil memerut? Takkanlah kan...
![]() |
selfie di cermin sinki dulu |
Saya tercari-cari mana bidet. Rupanya bidet dia dah built in dalam toilet bowl. Ada adjustable di tepi sebelah kanan mangkuk tandas.

Kelengkapan mandi disediakan.
- Shampoo & conditioner
- Body wash
- Dental kit
- Vanity kit
- Shower cap
- Sanitary bag
- Liquid soap
- Hair dryer

Bilik air bersih dan ventilation bagus. Di luar bilik air sebelah kanan ke ruangan bilik ada cermin besar. Saya suka bilik ada cermin besar macam ni. Puas hati nak bersiap pun.

Jom ke ruangan bilik pula. Katil king yang lebar dan selesa. Ruangan tingkap yang kurang luas. Tapi kira ok ada tingkap dan ada permandangan luar. Saya tak boleh kalau bilik tanpa tingkap. Rasa terperangkap.

Di sisi katil, meja dan cermin. Bolehlah buat kerja di sini. Kerusi pun selesa.

- Hanger
- Iron board
- Iron

Disediakan juga perkhidmatan cuci baju. Channel TV pun banyak siarannya. Sempat lah juga layan drama di TV3.

TV betul-betul berhadapan dengan katil. Boleh layan drama sambil baring gitu. Lagi santai kawan.

Sebelah TV ada ruangan minuman, peti besi keselamatan dan peti ais mini.

Gelas, cawan, krimer, gula, 3 in 1 nescafe, teh dan air minuman disediakan. Kami minum air masak dalam botol je lah. Sejak berhenti minum kopi 3 in 1 ni kalau tidur hotel memang tak usik lansung.

Dalam peti ais ada pula minuman dalam tin. Kami tak sempat minum tapi ambil bawa balik buat bekal.

Ini pula permandangan dari dalam bilik menuju ke pintu keluar. Selesai ambil gambar, solat dan rehat sementara menunggu encik suami selesaikan kerja.

Di luarnya permandangan jalan raya, hutan batu dan gunung-ganang. Agak sibuk juga jalan raya ni. Cuaca panas terik diluar.

Malam tu layan permandangan waktu malam dari tingkap bilik.

Bilik ni tak ada beranda. Kalau pandang bawah rasa gayatlah pula. Agak kurang sibuk jalan di waktu malam.

Oleh kerana penat, kami tidur awal. Lepas solat isya', rehat dan tidur lebih kurang jam 10 malam. Encik suami terpaksa tidur lewat sikit siapkan kerjanya.
Bersambung...

Bilik ni tak ada beranda. Kalau pandang bawah rasa gayatlah pula. Agak kurang sibuk jalan di waktu malam.

Oleh kerana penat, kami tidur awal. Lepas solat isya', rehat dan tidur lebih kurang jam 10 malam. Encik suami terpaksa tidur lewat sikit siapkan kerjanya.
Bersambung...
Besar lobi hotel. Syoknya Fizah, sangat selesa biliknya. :)
ReplyDeleteLobby hotel ni memang luas dan besar. Ya, bilik pun sangat selesa. Best!
DeleteKat Pahang pun ada cukai kelestarian RM3. Cantik la hotelnya semua kelengkapan disediakan. Suka bilik bau wangi baru selesa nak menginap.
ReplyDeleteCukai kelestarian juga nama dia eh. Ya, hotel ni canti dan lengkap dengan bau wanginya tu. Puas hati dan selesa sangat.
DeleteEastin ni antara hotel yang saya suka juga cuma itulah harganya boleh tahan. Masa mula-mula hotel ni dibuka dah dapat merasa berbengkel di sini. Satu benda yang saya rasa tak banyak hotel boleh lawan ialah katil, bantal dan selimutnya memang sedap betul. Cantik-cantik gambarnya.
ReplyDeleteItulah tu, harga dia keras juga. Betul, saya setuju. Lena betul tidur.
DeleteTerima kasih.
Cantik biliknya. Menarik pula bila deco guna warna terang ceria begitu. Cantik bebenor view yang Phizha captured. I like! 😍
ReplyDeleteCantik dan menarik. Nampak ceria pula guna warna vibrance ni kan.
DeleteTerima kasih kak Farrah.
Sedap mata memandang suasana bilik hotel tu...
ReplyDeleteYa, cantik dan selesa ya amat.
Deleteluas, nyaman dan lumayan., hehe
ReplyDeleteYa, wak. Pasti nyaman dan lumayan kalau ruangnya luas.
DeleteCantik hotel dan selesa biliknya ni ...
ReplyDeleteYa, begitulah ceritanya.
Deletebest gila. boleh guleng puas-puas.
ReplyDeleteada yang sayang nak keluar bilik ni.
u sangat comel!
Tak sempat nak guling dah lena dulu. hihi..Keluar makan je, lepas tu rehat je dalam bilik.
DeleteEheh...termalu pulak. Maceh!
hari tu pergi kelantan..cukai dia RM2.
ReplyDeletewarna karpet dia memang menarik perhatian...segar mata memandang
Ohh ada jugak ye. Ke memang sekarang seluruh Malaysia ada caj.
DeleteYe, warna dia ceria segar mata memandang.