Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Beberapa hari ni belum sempat blogwalking lagi. Penat balik kampung belum hilang lagi nampaknya. Balik dari kampung, nak buka pintu pagar terpandang bungkusan di sebelah tembok dalam rumah. Eh, bungkusan apa pula? Bukan ada beli barang apa-apa pun.

Ni mesti hadiah dari blogger ni, fikir saya. Haa memang betul pun! Dah angkut barang masuk rumah, kemas barang. Barulah sempat membuat Surprise Box yang tiba entah tak tahu bila tanpa sebarang notifikasi. Tahu-tahu sampai.

Cantik menarik Surprise Box. Surprise Box yang cantik ni dibungkus dengan pembalut berwarna galuh. Lupa pula nak ambil gambar sebelum membuka. Ampunkan saya.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Teruja nak tahu apa isi dalam Surprise Box ni. Sekali buka, tudiaaaaa...macam-macam ada!
  • Teddy bear comel
  • Beg kain guni bercorak anime
  • Eye shadow lemooc
  • Pin tudung fareha
  • Lip glaze LEADR
  • Chocolates

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Cute lah teddy bear ni. Teringat pula zaman bercinta dulu dapat teddy bear. Dari sekecil teddy bear sampailah sebesar teddy bear. Pin tudung fareha pun comel. Baru tahu ada pin tudung fareha.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Pek lipstick warna merah Mak Ngah ni menangkap mata betul. Warna merah terang cantik. Mesti kemasan lipstick juga menarik. Ada masa nanti boleh review lagi tentang produk ni. Pertama kali dengar jenama lipstick ni.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Bukan lipstick sahaja, eh ada juga eye shadow jenama lemooc. Baru tahu juga kewujudan jenama ni. Cantik-cantik warna eye shadow palette ni. Pink pink saya suka!

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Terima kasih buat blogger Kak Suriaamanda yang kirimkan hadiah Surprise Box ni. Saya terpilih dalam top komentator bulan Oktober. Rezeki saya dapat hadiah Surprise Box. Alhamdulillah...

Semoga akak suriaamanda dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia serta Allah permudah segala urusan. Aamiin...

Masa buka Surprise Box ni, terbau bau yang wangi betul. Macam masuk Lovely Lace store! 

24 comments:

  1. Hehe perasaan ingin tahu membuak-buak.
    Banyak betul hadiah yang dapat.
    Alhamdulillah semoga murah rezeki si pemberi dan si penerima dapat guna semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..begitulah kalau dapat hadiah. Tak sabar nak tengok hadiahnya. Alhamdulillah...InshaAllah. Aamiin...

      Delete
  2. wahh seronoknya dapat banyak hadiah tu macam2 jenis hadiahnya
    betul la dulu zaman bercinta byk dpt teddy bear punya la simpan.dah ada anak konon blh buat toys dia rupanya anak tak layan teddy bear,last2 orang yg bagi teddybear tu pi buang sebab dah semak dalam stor haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat macam-macam hadiah. Kann..zaman bercinta, teddy bear lah yang biasa dapat. hehe...budak budak zaman sekarang tak layan dah teddy bear, lebih kepada gadget.

      Delete
  3. congrats!!! meriah hadiah..best best!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Fizah. Macam-macam hadiahnya. Moga tambah rezeki pemberi dan penerimanya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sampai jugak...x sempat nak inform dah post sebab kirim kat dispatch office je..akak busy giler kan minggu lepas...syukur Fiza suka...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Best jugak dapat hadiah surprise macam ni. Comel teddy bear. Yang penting skaf warna pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seronok kan dapat hadiah macam ni. haa..ada pink pink tu yang suka :)

      Delete
  7. wah seronoknya byk betul hadiah2 dalam suprised box tu ye

    ReplyDelete
  8. Hahaha comel teddy bear tu... Teddy2 kita semua dah bungkus dalam plastik ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..teddy bear comel dengan saiznya yang comel juga. Samalah kita KakRet, teddy bear habis semua dah bungkus.

      Delete
  9. mujur cuaca sekarang agak sejuk...kalau tak ntah apa rupa coklat tu agaknya kan

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Best macam-macam ada. Alhamdulillah. Terima kasih kak Aida.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.