Header Ads

Nama Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik/Lama


Warna kata nama sinonim dengan rona. Warna merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Warna ada berbagai jenis warna.

Sedia maklum kita tahu bahawa warna asas atau dikenali warna primer adalah warna utama dalam pembentukan warna-warna yang pelbagai.

Warna asas ada 3 warna iaitu :
  1. Merah
  2. Biru
  3. Kuning

Warna sekunder
Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas dan mempunyai tiga warna sekunder  :

Warna Asas 1 +  Warna Asas 2 = Hasil Warna
  1. Merah + Kuning = Jingga
  2. Kuning + Biru = Hijau
  3. Biru + Merah = Ungu

Warna tertier
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas +  Warna Sekunder = Hasil Warna
  1. Kuning + Hijau = Kuning Hijau
  2. Kuning + Jingga = Kuning Jingga
  3. Merah + Jingga = Merah Jingga
  4. Merah + Ungu = Merah Ungu
  5. Biru + Ungu = Biru Ungu
  6. Biru + Hijau = Biru Hijau
baca juga 

Menurut jantungmelayu, warna ada banyak variannya dalam bahasa Melayu. Ada 11 varian warna biru, 12 varian warna putih, 14 varian warna kuning, 15 varian warna hitam, 26 varian warna merah dan banyak lagi

Nama Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik

Senarai nama nama warna dalam Bahasa Melayu

  1. Perak/Silver : Galuh
  2. Merah/Red : Biram
  3. Ungu/Purple : Kundang
  4. Merah Jambu/Pink : Kalas/Samor
  5. Emas/Gold : Kencana
  6. Violet (Warna biru kemerah-merahan, merah ungu) : Lembayung
  7. Teal (Warna biru kehijau-hijauan, hijau tua) : Wilis
  8. Vermillion (Warna oren kemerah merahan, merah merona) : Jernang
  9. Indigo )Warna biru tua keungu-unguan, nila) : Tarum
  10. Ivory (Warna putih kekuning-kuningan) : Gading
  11. Turquoise (Warna biru kehijau-hijauan) : Firus
  12. Beige (Warna coklat kekuningan) : Kapuk
  13. Cyan (Warna biru kehijau-hijauan) : Nilangsuka
  14. Amber (Warna kuning kemerah-merahan) : Layung
  15. Royal Blue (Warna biru gelap) : Nilakandi
  16. Orcchre (Warna kuning keperangan) : Hartal
  17. Azure (Warna biru gelap seperti warna permata lapis lazuli) : Lazuardi
  18. Amethyst (Warna ungu/lembayung seperti warna batuan Amethyst) : Kecubung
  19. Plum (Warna merah keungu-unguan) : Ijas
  20. Lavender/Periwinkle (Warna ungu/lembayung yang lebih cerah/terang seperti warna bunga lavender) : Gandaria
  21. Salmon (Warna merah jambu kejingaan seperti ikan salmon) : Jingga Kesumba
  22. Olive (Warna hijau gelap kekuningan seperti buah zaitun) : Zaitun
  23. Scarlet (Warna merah menyala yang hampir sama dengan warna jingga) : Kirmizi
  24. Verdigris (Warna biru kehijauan yang terhasil pada tembaga yang terdedah terlalu lama kepada persekitaran) : Kerak Terusi
  25. Grenadine (Campuran warna merah dan merah jambu menghasilkan seakan akan merah delima) : Dewangga
  26. Hijau/ Green : Gadung
  27. Biru/ Blue : Belau
  28. Hitam / Black : Langking
  29. Merah/ Red : Jahang
  30. Gangsa / Bronze : Perunggu
Saja highlightkan warna merah jambu tu. Lepas ni boleh guna kalas atau samor. Menarik bukan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik atau bahasa melayu lama yang kita tak tahu dan jarang dengar. Selain varian warna di atas , terdapat nama varian lain daripada 7 warna utama alam melayu.

7 Warna Utama Alam Melayu

  1. Merah
  2. Putih
  3. Kuning
  4. Biru
  5. Hitam
  6. Hijau
  7. Kelabu
  • Merah
1. Merah kesumba - merah tua
2. Merah padma - merah (warna muka kemerahan)
3. Merah murup - merah terang menyala
4. Merah bata - merah campur coklat
5. Merah darah ikan - merah gelap yang terang
6. Merah asam - merah coklat
7. Merah lembayung - merah oren
8. Merah pulasan

  • Putih
1. Putih gading
2. Putih umbut
3. Putih awan
4. Putih melepak
5. Putih bersadur
6. Putih jelepak
7. Putih langsat

  • Kuning
1. Kuning kunyit
2. Kuning pinang masak
3. Kuning lemak ketam
4. Kuning gading - kuning keputihan
5. Kuning cempaka
6. Kuning tembaga
7. Kuning pingai - kuning muda/kuning air
8. Kuning langsat
9. Kuning tembaga
10. Kuning kepodang - kuning burung kepodang

  • Biru
1. Biru telur itik - biru cair
2. Biru azuri / lazuardi - biru kehijauan warna laut
3. Biru nila - biru gelap
4. Biru firus
5. Biru gandaria - biru lavender
6. Biru ceraka - biru lembut/periwinkle
7. Biru telang - biru nasi kerabu
8. Senam - biru tua atau kehitaman

  • Hitam
1. Hitam legam
2. Hitam lotong
3. Hitam tampuk manggis
4. Hitam tedas
5. Hitam manis - hitam kemerahan
6. Hitam jengat
7. Hitam kumbang

  • Hijau
1. Hijau serindit -hijau muda dari pucuk pisang
2. Hijau lumut
3. Hijau pucuk pisang
4. Hijau bemban
5. Hijau kepala itik - hijau kebiruan
6. Hijau gadung - hijau muda

  • Kelabu
1. Galuh - perak
2. Kelabu asap
3. Kelabu tahi anjing
4. Kelabu asap api
5. Kelabu abu-abu

  • Ungu
1. Ungu Remia/ungu biji setar
2. Ungu Biji Kundang
3. Ungu lembayung
4. Merah bongor
5. Ungu Kecubung - ungu kebiruan

Orang dulu kalau sebut warna kelabu mesti sebut kelabu tahi anjing. Teringat juga scene dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk si Ketua Penyamun (P.Ramlee) marah Sarjan (Ibrahim Pendek) sebab salah pangkah rumah. Kelabu asap!" 

sumber : 
https://www.tiktok.com/@5fakta_
https://twitter.com/ainunlmuaiyanah/status/944095925663711232
https://ms.wikipedia.org/wiki/Warna

20 comments:

  1. Bagi akak susah nak ingat nama warna dalam bahasa klasik ni, sebab otak ni dah tak menyerap macam span. Kalau belajar masa kecik2 dulu, mungkin boleh ingat sampai sekarang, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kak. Memang susah nak ingat. Ingat mana yang suka je lah. hihi..

      Delete
  2. Nice knowledge kak fiza, saya tak pernah tahu nama-nama klasik warna ni hahaha, macam lagi senang sebut nama-nama yang selalu sebut ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru nak kenal kenal ni Atiqah. Ye, betul. Senang lagi sebut nama warna yang kita belajar dari kecil.

      Delete
  3. orang laki cakap tudung perempuan banyak warna yang sama sbnrnya tak betul kan bila tengok senarai warna ni confirm la orang perempuan yang betul bukan semata2 kuning,biru,merah,hijau tapi setiap warna ada pecahan lagi kuning lemak ketam,biru azuri,merah bata hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang laki memang nampak satu warna je. Dia tak tahu yang dalam satu warna tu ada varian lagi. hihi...

      Delete
  4. warna lain jarang dengar orang sebut kecuali warna kundang... tak ingat sapa yg sebut

    ReplyDelete
  5. cantik betul nama dewangga. tak sangka kundang tu rupanya warna ungu. jadi malin kundang tu malin ungu lah ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan nama dewangga tu. Yang tu lain kot maksudnya..tak pasti.

      Delete
  6. Bila baca entri ni teringat pulak subjek seni zaman sekolah dulu . Memang belajar jenis2 warna & pelbagai jenis pecahan warna dalam satu warna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat sampai sekarang tak? hihi..seronok belajar tentang warna kan

      Delete
  7. Menariknya! Boleh tambah ilmu ni. Dulu-dulu hanya tahu nama warna yang asas sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat kan kak Amie. Nama nama warna pun sedap menyebut dan mendengarnya :)

      Delete
  8. Hehe ini macam jawab dilema akak pasal warna ada macam-macam terutama sebut warna salmon (jingga kesumba) masa komen Fiza beli tudung dan hijau serindit yang akak kena cari.
    Tq Fiza sebab buat pencarian dan kongsi.
    Banyak nama belum dilazimi. Kena hafal juga sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening juga kadang nak tengok warna yang sebetulnya. Sama sama kak Wina :)

      Delete
  9. Tiba-tiba teringat lesson Pendidikan Seni kat sekolah dulu, belajar roda warna 😂 warna klasik akak memang fail… tanyalah kecubung ke, nilakandi ke… semua akak jawab hijau 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... memang susah nak ingat pelbagai nama warna ni. Nama warna warna biasa je lah yang kita ingat.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.