Telefilem Telingkah

Tonton Telefilem /Telemovie Telingkah ulang siar pada hari Rabu 24 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di TV2.

Telemovie Telingkah berdasarkan Sejarah Melayu serta berkisarkan tentang ilmu persilatan arahan Wan Afzam Wan Daud, terbitan Unit Drama TV RTM dibintangi pelakon Azlan Komeng, Yusran Hashim, Che Kem, Farah Ahmad, Siti Elizad, Kamarool Hj Yusoff, Khir Rahman, Kazar Saisi, Bohari Ibrahim, Dato' Rahim Razali, Rahhim Omar dan ramai lagi.

telefilem telemovie telingkah

TELEFILEM TELINGKAH

Waktu siaran : Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV2
Penulis skrip : Hushairi Husain
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Produksi : Unit Drama TV RTM

PELAKON DAN WATAK

  • Azlan Komeng sebagai Indera Sri
  • Yusran Hashim sebagai Luk Seiras
  • Kamarulzaman Taib @Che Kem sebagai Megat Pawan
  • Nur Farahaizah Ahmad @ Farah Ahmad sebagai Teratai
  • Siti Elizad sebagai Tun Fatimah
  • Kamarool Hj Yusoff sebagai Orang Kanan Megat Pawan
  • Khir Rahman sebagai Anak Bendahara
  • Kazar Saisi sebagai Kidol
  • Bohari Ibrahim sebagai Hang Berkat
  • Dato' Rahim Razali sebagai Imam Daruni
  • Rahhim Omar sebagai Penghulu
  • Aidaruyati sebagai Mak Indera
  • Myza Rafika sebagai Anum
  • Bella Paloma sebagai Lelasri
  • Syalizawani @Syel Ramlan sebagai Derani

SINOPSIS TELEFILEM TELINGKAH

Pertarungan dua orang pahlawan yang ingin mencapai misi bagi merebut sebuah peti rahsia yang mengandungi dokumen dan peta istana kubu kuat pertahanan Negeri Melaka. Kemudian mereka terperangkap dalam suatu tempat yang sama akhirnya membawa kepada pertelingkahan.


4 comments:

  1. Bagus diketengahkan filem begini. Boleh paparkan seni persilatan warisan bangsa. Tidak ramai generasi hari ini mengetahui apatah lagi meminati seni mempertahankan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu kak Amie. Sejak Filem Mat Kilau dapat sambutan, banyak dah drama macam ni. Tapi yang ni lama dah sebelum Mat Kilau.

      Delete
  2. alamak, terlepas dah nak menonton filem ni...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.