Filem Pengabdi Setan 2 : Communion

Filem Pengabdi Setan 2 : Communion release date Malaysia pada 11 Ogos 2022, Indonesia 4 Ogos 2022 dan Singapura 12 Ogos 2022 ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC). Filem Pengabdi Setan 2 : Communion merupakan sekuel Filem Pengabdi Setan (2017).

Pengabdi Setan 2 : Communion, sebuah filem seram Indonesia tahun 2022 dibintangi pelakon Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz, dan Bront Palarae dibawah arahan Joko Anwar dan juga selaku penulis skrip filem Pengabdi Setan 2 : Communion.

filem pengabdi setan 2 communion

FILEM PENGABDI SETAN 2

Tarikh tayangan : 4 Ogos 2022 (Indonesia), 11 Ogos 2022 (Malaysia), 12 Ogos 2022 (Singapura)
Pengarah : Joko Anwar
Penulis skrip : Joko Anwar
Produksi : Rapi Films, Sky Media, Brown Entertainment, Legacy Pictures, Come and See Pictures
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Tara Basro sebagai Rini Suwono
  • Endy Arfian sebagai Toni Suwono
  • Nasar Anuz sebagai Bondi Suwono
  • Bront Palarae sebagai Bahri Suwono / Bapak
  • Ayu Laksmi sebagai Mawarni Suwono (Ibu) / Raminom
  • Muhammad Adhiyat sebagai Ian Suwono
  • Muzakki Ramdhan sebagai Wisnu Hendrawan
  • Ratu Felisha sebagai Tari Daryati
  • Fatih Unru sebagai Ari Gunawan
  • Moh Iqbal Sulaiman sebagai Darto Suhaimi
  • Egi Fedly sebagai Budiman Syailendra
  • Jourdy Pranata sebagai Dino Suhendar
  • Nafiza Fatia Rani sebagai Wina Endarti
  • Kiki Narendra sebagai Ustaz Mahmud
  • Rukman Rosadi sebagai Heru Kusuma
  • Muhammad Abe sebagai Ayah Ari
  • Asmara Abigail sebagai Darminah
  • Fachri Albar sebagai Batara
  • Maera Panigoro sebagai Diana Sasmi
  • Sita Nursanti sebagai Hayati Darsono
  • Patty Sandya sebagai Ibu Ari
  • Mian Tiara sebagai Ibu Wisnu
  • Mukhlist Abot sebagai Ayah Wisnu

Cameo

  • Ibrahim Mardikusno sebagai Pria muda
  • Cindy Nirmala sebagai Wanita muda
  • Nazira C. Noer sebagai Ibu hamil
  • Ramadhan Al Raysid sebagai Sopir taksi
  • Aimee Saras sebagai Pembawa berita
  • Aghi Narottama sebagai Pembaca berita
  • Tommy Dewo sebagai Pelayat
  • Bonaventura Sarif Andrian sebagai Pendeta
  • Rieviena Yulieta sebagai Penyiar radio
  • Tia Hasibuan sebagai Penelepon radio
  • Joko Anwar sebagai Penyiar radio / Penelepon radio / Penumpang bus

SINOPSIS FILEM PENGABDI SETAN 2

Beberapa tahun setelah berjaya menyelamatkan diri dari kejadian mengerikan yang membuat mereka kehilangan ibu dan si bungsu lan. Rini dan adik-adiknya, Toni dan Bondi, serta Bapak tinggal di rumah susun karena percaya tinggal di rumah susun aman jika terjadi sesuatu karena ada ramai orang.

Namun, setelah mereka segera menyedari bahawa tinggal bersama ramai orang mungkin juga sangat berbahaya, jika mereka tidak sangat mengenali siapa saja yang menjadi jiran mereka. Pada sebuah malam penuh ketakutan, Rini dan keluarganya harus kembali menyelamatkan diri. Tapi kali ini, mungkin sudah terlambat untuk lari.

8 comments:

  1. teringin nak tengok tapi takut. yang first dulu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya seram jugak yang 2nd ni. Bergantung pada tahap ketakutan masing-masing kot. Kena berteman kalau nak tengok gitu Sal.

      Delete
  2. Klu tgk kat TV di rumah boleh tahan lagi, sbb mmg suka tgk cerita seram (walaupun penakut!). Tapi kalau tgk kat panggung, tak berani la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tengok kat rumah kurang sikit seram dia. Kat wayang dengan bunyi kuat lagi, ghisauuu...

      Delete
  3. Saya tengok yang pertama tuu.. tapi yang kedua ni.. kawan saya cakap.. kureng sikit.. hahaa.. tapiiii. nanti.. nak tengok jugak... amek tiket murrr hari Rabu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Ada baca yang katanya seram jugak. Tengok level takut masing masing lah kan gitu. Okay gak tu tengok hari Rabu, jimat sikit tiket murah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.