Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Stok buah kehabisan. Nak beli buah rock melon tak jumpa-jumpa. Buah epal hijau dah biasa makan. Tiba-tiba teringat dah lama tak makan buah jambu batu. Terpandang serbuk asam beli jeruk mangga susu masih ada lagi. Macam sedap je pulak makan dengan jambu batu, kan?

Alang-alang husband keluar membeli barang, listkan sekali buah jambu batu. Tengok tengok dia beli guava seedless atau bahasa melayu dia jenis jambu batu tanpa biji. Tak pernah rasanya makan buah jambu batu tanpa biji.


Husband main hentam beli. Janji ada membeli untuk isteri dia ni. Sebenarnya saya nak jambu batu yang biasa tu je. Dia pun first time beli buah jambu batu. Tak tahu nak beli yang mana katanya. Dia ambil guava seedless ni je lah. Tak kisahlah janji jambu batu.

Buah tanpa biji ni mahal sikit. Kira premium, saya expect rasa pun premium. Tapi silap jangkaan saya. Isi buah jambu batu ni agak lembik tak rangup macam jambu batu biasa tu. Ada juga bijinya pun. Tapi mudahlah tak perlu susah payah buang biji. 

Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Nampak macam rangup tapi tak ye. Ke sebenarnya dia sejenis kurang rangup macam jambu batu biasa? Tak rangup pun habis  juga saya makan sorang. Syukur ada rezeki dapat makan. Sekali makan, sebiji saya habiskan taburkan serbuk asam tu. Sedap betul!

Sila jangan tiru makan dengan asam, dia akan jadi makanan kurang sihat. Sesekali craving boleh dimaafkan tak? Hihi...

Harga 4 biji buah jambu batu tanpa biji RM8.63. Sebiji RM2 lebih. Boleh tahan juga harga dia. Buah jambu batu tanpa biji ni bentuk bulat tak macam jambu batu biasa yang lebih lonjong sedikit.

Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless

Baru tahu buah jambu batu ni boleh ditanam dalam pasu sebab pokoknya renek rendang macam tu. Ada yang bercita cita nak tanam buah jambu batu, boleh mulakan menanam. 

60 comments:

  1. Sekali sekala makan takpe kak fiza, dimaafkan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kurang feel mengunyah tu sikit sebab tak rangup.

      Delete
  2. suka yg ni sbb dia lembut hahaha.. dah tua2 ni takut gg goyang makan keras2 wkakakakka :D

    ReplyDelete
  3. Di R&R Tapah banyak jual seedless guava ni. Selalu kami singgah beli di sini. Kami panggiljambu Tapah hehe .. Buahnya rangup & manis, sedap digigit gitu je. Macam jambu batu biasa juga

    Akk rasa mungkin buah yg husb fiza beli ni buah lama kot, sbb tu lembik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sana kaya dengan buah buahan lokal yang rare kan.
      Tak pasti buah lama ke apa, 2 kali beli sama jugak rasa dia. Memang jenis lembik sikit kot rasanya.

      Delete
  4. Jambu ni memang mahal sikit.Tapi sedap.Kalau rendam dalam air ais,rasa dia jadi crunchy jer bila makan.Kena pulak tu cicah dengan serbuk asam.memang layan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Bolehlah cuba kalau beli lagi nanti. Kena makan dengan serbuk asam baru sedap layan.

      Delete
  5. Rasa mcm tu tp harga boleh tahan ye..atau kena pndai pilih buahnyee. Jambu ni shida kurg mkn skali boleh la..pernah beli kat pasar jambu batu manis..sedap rasa manis dia..mkn begitu saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah tu kena pilih pilih jugak. Tapi yang dah siap balut tak dapatlah nak membelek. Kalau dapat yang sedap tu best lah makan macam tu je.

      Delete
  6. sedapnya slu duk mkn sejak mengandung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Bagus juga makan buah jambu. Banyak khasiatnya.

      Delete
  7. Kecoq ayaq lioq teringat jambu batu sejuk cicah serbuk asamko 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..nampaknya kena membeli buah jambu dan asam ni nanti.

      Delete
  8. Alamak teringin pulak. Tapi cecah sambal gula belacan pedas >.<

    00:29am | Mini Purse

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecur pulak cakap gula belacan pedas tu. Yang tu biasanya makan dengan mangga muda sikit. Bertambah kecur air liur camni. Huhuhu...

      Delete
  9. Susah penanaman dan penjagaan pokok jambu tanpa biji ni berbanding jambu batu biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke wak. Jenis seedless memang mahal pun sebab macam wak cakap tu lah susah nak tanam dan jaga.

      Delete
  10. kakmim suka pink guava.. hehehe... manis selalunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pink guava lagilah susah nak jumpa kakmim. Saya tak pernah lagi kot makan fresh guava pink tu.

      Delete
  11. Kalau kat pasaraya ni cepat je habis.

    ReplyDelete
  12. kadang ada yang ranggup dik, kalau lembut selalunya dia macam dah masak gitu... sebab biasa jugak beli yang ranggup... dia sedikit keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rangup seedless tak jumpa lagi. Beli 2 kali dah sama jugak agak lembik. Dah masak lah tu agaknya kan.

      Delete
  13. Oklah kalau tak rangup sangat, orang tua takde gigi and kanak-kanak mesti suka. Nak try la nanti, tapi rasanya mesti jarang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mereka okaylah kan. Kat rumah ni saya berdua je. Itu yang prefer yang rangup lagi. hihi

      Delete
  14. Replies
    1. Favourite saya jugak. Sedapkan! Lagi lagi lama tak makan

      Delete
  15. Sedapnyaaa. Da lme xmakan buah nii.. agaknya percenaan pon dah xelok nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Haaa kena makan buah buahan baru okay penghadaman.

      Delete
  16. Sedapnya . Selalu kalau pergi bercuti wajib singgah RnR tapah . Jambu sana besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sesekali makan. Kat situ memang kaya dengan buah jambu kan

      Delete
  17. Replies
    1. Memang sedap buah jambu batu ni. Cuma tu lah kurang rangup sikit

      Delete
  18. Hahahaa... samalah dengan suami Kak Amie, main hentam jew kalau beli apa-apa. Tapi terpaksa terima sajalah sebab tak ikut sama membeli. Jambu tanpa biji memang senang nak makan, lebih lembut dan kurang rangup. Sedap juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...asalkan beli dan ada gitu dari tak ada kan. Sedap jugak even kurang rangup sikit.

      Delete
  19. Sedapnya..dapat pula yang rangup. Dah lama tak makan jambu tanpa bijik ni

    ReplyDelete
  20. Buah buahan yang seedless ni harga selalu camtu gayanya.. macam anggur tanpa biji, mahal boleh tahan.. tapi tuhla . memudahkan proses waktu makan... haha.. Pssst.. sesekali taruk asam takpa... sy suka je dedua.. ada asam or not.. hhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, betul tu. Jenis seedless memang mahal sikit. Faham sebab premium dan mudah makan. Nak tanam dan jaga pun susah. No wonderlah mahal. Sedap juga makan begitu je tanpa asam.

      Delete
  21. sedapnyaaaaa cicah asam ....lama tk jmp buah jambu....

    ReplyDelete
  22. akak beli jga smlm Rm10 dpt 6 biji je
    memang suka buah ni he hee

    ReplyDelete
  23. akak suka yang lembut..kekadang, yang masih rangup tu sengaja biar lama2 tak potong makan, nak bagi dia lembut hahahahhaha

    ReplyDelete
  24. feveret aida ni.
    kalau dulu ke famili store, ada seedless guava,mesti beli.
    suka. cicah asam la, fiza, baru syok :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak jumpa lagi seedless rangup. Kalau ada best makan rangup rangup cicah asam.

      Delete
  25. sedapnya. lama sungguh tak makan dengan asam2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sesekali makan bila dah lama tak makan. Makan dengan asam lagi sedap

      Delete
  26. Baru tahu ada jenis kurang biji.

    ReplyDelete
  27. Sha pun lebih suka yang ada biji.. Lebih rangup tapi kalau tak ada, yang nie pun okay je.. hehehe.. Sedap pula kalau dapat makan jambu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada biji tu memang rangup baru sedap makan dengan asam. Kena mencari buah jambu batu pasni KakSha.

      Delete
  28. Lama tak ke RNR, lama tak makan jambu ni, rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak PKP ni lagilah tak menjengah RnR kan kak. RnR pun mesti tak semeriah dulu. Kena mencari kat mall jugalah nampaknya 😊

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.