Trend Chalkboard Wall


Dah jadi trend agaknya chalkboard wall ni. Nampak sesuatu yang menarik untuk dekorasi dalam rumah, office, pusat asuhan kanak-kanak dan tempat yang sesuai. Macam Fiza jenis yang suka conteng-conteng ni nampak macam teringin je nak buat satu chalkboard wall tapi macam tak dapat je sebab rumah pun baru je cat baru kan. Tunggu lah dah bertahun nanti baru kita upgrade ke chalkboard wall pulak.

Terpaling suka dengan chalkboard wall yang besar ni kat ruang tamu. Kalau dapat macam ni memang penuh Fiza conteng setiap hari. Jenuh lah nak beli kapur dan bersihkan setiap hari. 

Trend Chalkboard Wall

Idea yang menarik kalau letak kat meja study atau workstation. Conteng je kat mana suka.





Setakat ni Fiza ada chalkboard kecik je kat dapur. Senang nak senaraikan apa yang patut. Tapi kalau dapat macam ni memang besar-besar Fiza tulis. Hahaha...





Sangat bagus kalau buat chalkboard wall ni kat bilik anak-anak. Bolehlah tunjuk bakat melukis dan menulis. Mungkin boleh ajar mereka conteng dinding kat situ je dan kurangkan potensi untuk mereka conteng dinding yang lain.

Kredit foto : google
Selamat mendeko rumah dengan chalkboard wall.

2 comments:

  1. Kalau kreatif chalkboard pun boleh jadi wallpaper yg sgt cantik :)

    ReplyDelete
  2. cantik.
    but aida risau bab habuk kapur tu nanti, fiza.
    famili keturunan semput. hi hi hi susah ler nanti kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.