Melabel Barangan Rumah

Wednesday, January 25, 2017

Perempuan kalau dah rajin, gigih betul berfikir kerja apa nak dibuat selagi belum malas. Ting! Tertiba terfikir nak buat label untuk barangan dalam rumah mana yang belum buat label tu. Hari tu cuma buat label sticker transparent untuk rempah ratus je. Bila dah rajin ni, Fiza buat untuk bekas-bekas pulak. Macam biasalah, Fiza cuma DIY Sticker label jenis transparent tu. Kononnya nak design lain sikit menggunakan tulisan yang comel-comel.

Memang cantik sangat letak pada bekas yang bewarna putih sebab tak nampak kecacatan sticker label tu.


Tapi bila tampal pada bekas plastik transparent barulah nampak kecacatan sticker label ni dimana korang akan nampak kesan putih-putih kertas tu kalau korang tak betul-betul pastikan kertas putih tu tanggal sebelum tampal. 

Failed!
Tampal kat bekas kaca pun ada masalah yang sama. Bekas ni untuk letak dalam bilik air bilik tetamu. Bilik air tu jarang guna, bila ada tetamu je baru guna. Jadi, kena buat bekas refill macam ni senang tak perlu nak beli shampoo or shower gel baru. Tetamu datang just perlu topup je. Nampaknya kena tukar design sticker label yang lebih sesuai baru nampak menarik.

Failed juga!
Kesimpulannya, kalau nak buat transparent sticker label ni kena pastikan bersihkan betul-betul kertas putih yang melekat pada selotape sebelum tampal di bekas transparent. Kalau tak, nampak macam buruk sikit. Kena rajin buat design baru lah nampaknya ni. Adudududu..semangat rajin silalah datang segera. Bila hasil kerja tak memuaskan rasa nak mereput malas je.

12 comments

  1. wlu mcm mana pun still nampak kemas .... defect sikit tu ok la

    ReplyDelete
  2. rajinnya fiza. tapi memang comel kalau boleh label camni, memudahkan kita jugak.

    ReplyDelete
  3. takpe fiza..nanti boleh buat lagi..tapi ni kira rajinlah..dari akak terus xde sticker...haha

    ReplyDelete
  4. Waa comelnyer..rajon fiza buat sticker..ok la jugak drp takde fiza..

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaa. dan semua barang nampak tersusun. busyra slalu tngok dekat pinterest gambar2 mcm ni. sticker2 tu.

    ReplyDelete
  6. kreatifnya fiza.. kalau ciktie memang tak sanggup la hikhik

    ReplyDelete
  7. kalau dah kreatif ditambah pulak rajin rumah konfem teratur dan cantik.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.