Selepas penat mendaki Gunung Lambak Kluang dan dah berehat kejap kat hotel. Dalam pukul 3 petang rancang nak pergi UK Farm Kluang. Salah satu tempat menarik di Kluang. Ada apa di UK Farm Kluang ni pun Fiza tak tahu sebab tu beria nak pergi. Sebenarnya nak ambil gambar cantik ala-ala kat Desa Cattle Dairy Farm Kundasang Sabah tu. Tak dapat pergi sabah dapat ambil gambar kat sini pun jadilah kan.
Datang sini guna applikasi waze je. Terus bawa korang sampai sini. Ada signboard besar tepi jalan. Masuk sikit pintu pagar ni ada pos pengawal. Kena daftar masuk kat sini. So, kenalah turun ke pos pengawal. Sorang je tak perlu ramai-ramai.
Datang sini guna applikasi waze je. Terus bawa korang sampai sini. Ada signboard besar tepi jalan. Masuk sikit pintu pagar ni ada pos pengawal. Kena daftar masuk kat sini. So, kenalah turun ke pos pengawal. Sorang je tak perlu ramai-ramai.
Dari pos pengawal korang akan nampak jalan merah berbatu ni. Kena melalui jalan merah ni sepanjang 5km. Bertabahlah drive slow-slow je. Orang lain berdesup je naik 4 wheel drive. Sepanjang 5km korang akan menikmati permandangan kawasan ladang yang luas, pokok bunga dan haiwan. Tapi permandangan biasa-biasa je la macam kat Ladang.
Selepas 5km tu akan masuk ke kanan jalan ber tar pulak. Nampak entrance UK Farm ni dah dekat lah tu.
Sampai je di destinasi, Fiza pun melilau lah cari ladang yang cantik tu. Sekali nampaklah tempat cantik tapi tak boleh masuk sebab ada gate dan pos pengawal jaga. Tak boleh masuk, kena beli tiket katanya. Dia tunjuk kat mana nak beli tiket. Kena beli tiket kat UK Farm Agro Resort ni. Siapa yang suka suasana ladang alam semulajadi tu bolehlah menginap kat sini. Kalau Fiza tak sanggup lah sebab jalan keluar masuk tak berapa okay, jadi akan mengurangkan mood bercuti tu. Kalau dok sini tak kemana-mana lain cerita.
Masuk je sini ada sorang staff layan kamiorang. Setelah tanya itu ini, tak jadilah kamiorang nak masuk UK Farm. Tak boleh masuk naik kenderaan sendiri dan tak masuk sesuka hati sebab mereka ada sediakan pakej tertentu untuk day trip sekitar UK Farm dan pelbagai aktiviti yang menarik di sediakan.
Memandangkan kamiorang cuma nak ambil gambar je. Jadi, takdelah kamiorang berminat untuk buat segala aktiviti selama 2 jam tu mengikut pakej. Tapi tak dapat pun ambil gambar sebab tak dapat masuk dalam farm kan. Tiket masuk pun agak mahal pada Fiza. Kalau bayar mahal semata-mata nak ambil gambar better tak perlu kan. Maybe next time.
Antara aktiviti menarik di UK Farm.
Kawasan UK Farm yang luas.
Harga pakej yang ada. Kalau naik bas untuk dewasa RM47.70/seorang dan kanak-kanak RM37.10/seorang. Kalau naik kereta kuda lagi mahal RM254.40 untuk satu kereta kuda. Tiket mahal salah satu faktor kamiorang tak masuk dalam UK Farm ni. Lagipun kekurangan masa juga. Ada setengah jam sebelum ambil adik ipar. Memang tak dapatlah nak masuk sebabnya cuma nak ambil gambar je kan.
Jadi, kamiorang balik dalam keadaan kecewa. Ambil gambar kat entrance je la jawabnya. Pun bolehlah kan.
tak sangka rupanya banyak lagi tempat menarik di peta Johor ni ye...
ReplyDeleteok jela tuuu...lain kali ade rezeki boleh g ikut tour pulak :)
ReplyDeleteBoleh tahan jugak mahalnya ya Fizahmm
ReplyDelete