Tempahan Design Logo dan Facebook Cover The Ratu Legacy

Friday, January 13, 2017


Sebelum bercuti kena struggle siapkan tempahan design yang mampu disiapkan. Kalau tak, lepas bercuti sengsara nak siapkan tempahan yang ada. Sekurang-kurangnya bila kerja banyak dah settle, boleh lah bercuti dengan senang hati sebelum bersusah hati lepas bercuti sambung buat kerja. Bersenang dahulu bersusah kemudian.. Eh? pepatah dah terbalik. Pun boleh digunakan mengikut situasi.

Antara tempahan yang baru siap minggu ni tempahan design logo dan facebook cover The Ratu Legacy (TRL). Untuk Logo ni agak pening nak buat sebenarnya. Risau kalau design yang dibuat terlalu simple dan agak boring. Kekadang bila dah design, diri sendiri rasa bosan dengan style logo tu. Susah juga nak buat design logo yang menarik dan tak boring.

Akhirnya berjaya come out dengan idea logo macam kat dalam default profile bawah ni setelah 2 draft yang agak boring. Client pon okay. Alhamdulillah... Untuk facebook timeline pun design yang simple letak logo yang dah siap dan beberapa social media untuk dihubungi. Settle kerja.

Tempahan Design Logo dan Facebook Cover The Ratu Legacy
Kalau nak tahu apa yang ada kat The Ratu Legacy ni, korang boleh klik link bawah ni ye.
Fanpage : www.facebook.com/theratulegacy

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.